Menu

5 Cara Hilangkan Perut Buncit Selepas Bersalin

Mimpi ngeri setiap ibu yang baru bersalin, termasuklah saya bila tengok perut sendiri dan macam ada lagi seorang bayi belum keluar. Perut buncit dan menggelebeh. Haaa, lepas tu pergi mana-mana orang tegur,

“Dah berapa bulan ni?”, Ya Allah kalau boleh masa tu juga nak lari masuk bilik kan. Rasa macam taknak jumpa sesiapa selagi perut ni masih buncit.

Perut buncit lepas bersalin

Setiap kali lepas bersalin sejak anak pertama lagi, saya akan ada perasaan malu nak tengok perut sendiri. Menggeleber, buncit berlapis-lapis dan tak kempis. Kalau tanya suami jawapannya tetap sama dari anak satu hingga anak empat,

“Tak la, dah cantik. Dah okey je tu”, maknanya ada benda yang isteri tak boleh percaya bulat-bulat dengan suami. Kalau tidak, lama-kelamaan kita yang membulat tau.

Kenapa Perut Buncit Lepas Bersalin

Tak boleh dibiarkan lama-lama perut ni menggeleber nanti lagi teruk jadinya. Lepas bersalin, bersalin lagi. Lepas tu bersalin, bila masa nya nak kempiskan perut. Ini kalilah saya kena buat dengan bersungguh-sungguh.

Mujurlah saya belajar teknik badan bakar lemak melalui Fat Burning Machine (FBM). Selain dapat turunkan berat, perut buncit, geleber dan bra bulge pun hilang juga.

Untuk ibu yang baru lepas bersalin, bayangkan selama 40 minggu, rahim kita mengembang dan terus mengembang. Dari sekecil tapak tangan sehinggalah bila berdiri, nak tengok ibu jari kaki pun tak nampak.

Saiz rahim yang mengembang berganda-ganda sewaktu kehamilan

Bila bersalin, rahim akan mengecut namun otot pada perut yang menegang untuk menampung rahim akan ambil masa untuk mengecut kembali ke saiz asal. Bukan itu saja, faktor lemak yang banyak juga menyebabkan perut jadi buncit lepas bersalin.

5 Cara untuk Hilangkan Perut Buncit Selepas Bersalin

Cara untuk hilangkan perut buncit selepas bersalin ni semestinya perlu dibuat dengan konsisten setiap hari. Ia bukanlah kerja sehari dua.

Sebenarnya perut buncit disebabkan oleh lemak yang terkumpul. Lemak ni pula terhasil dari pengambilan gula dalam bentuk nasi, roti dan biskut “tawar” tetapi tak digunakan sebagai tenaga.

Perut buncit bukan sebab anak ramai

1. Buat latihan plank setiap hari

Senaman plank akan bantu menguatkan kembali otot di bahagian perut. Bila otot kuat, maka menggeleber dan buncit akan berkurangan.

Kalau belum pernah buat, senaman plank ni agak berat. Saya ingat lagi waktu pertama kali buat plank, menggeletar tangan dan kaki tahan berat badan sendiri. Tapi sekarang ni 60 saat tu masih steady lagi.

Plank untuk kuatkan otot pada perut

Jangan risau, boleh buat secara perlahan-lahan. Mula dengan 10 saat, kemudian naikkan dari hari ke hari.

Ingat, biar sedikit asalkan konsisten.

Selain itu, senaman ni akan bantu gunakan dan bakar lemak yang ada di sekitar perut. Bila buat dengan konsisten, InsyaAllah perut buncit akan hilang.

2. Pakai bengkung setiap hari

Walaupun saya hanya pakai bengkung waktu berpantang, tapi kalau nak kempis dan tak geleber, mesti rajin pakai dari dalam pantang. Tapi bila habis pantang, cuba cari yang strap untuk mudahkan kerja.

Kalau susah nak pakai nanti ke laut dalam juga yek.

Pakai bengkung ni akan bantu hilangkan perut buncit dengan mengurangkan risiko untuk makan berlebihan. Barulah boleh berhenti sebelum kenyang kan. Bengkung juga akan membantu memberi sokongan pada bahagian perut yang sudah mengembang. Lama kelamaan perut akan kembali kempis.

Perut kita ni macam stoking. Kalau banyak isi makanan, akan ada banyak lagi ruang kosong. Jadi kena ajar supaya tidak makan mengikut nafsu tetapi ikut keperluan macam dalam FBM.

3. Beri susu badan

Beri susu badan kepada bayi akan mengecutkan rahim dengan cepat kerana peranan hormon sejurus selepas melahirkan.

Kalori terbakar setiap 24 oz susu yang dipam

Orang kata, ibu menyusu kena makan banyak-banyak untuk cukupkan kalori. Sebenarnya, ambil makanan yang betul tak semestinya banyak.

Penyusuan bayi dengan susu badan juga akan membakar kalori ibu menyusu. Namun, jika kalori yang diambil berlebihan, maka dalam badan kita akan sentiasa ada kalori yang tidak terpakai. Lama-kelamaan akan jadi lemak berlebihan dan geleber yang berterusan. Eh ghisau..Tapi dengan teknik FBM, saya dah tak perlu kira kalori waktu makan.

4. Diet yang seimbang

Sebenarnya, menu yang dihidangkan waktu berpantang yang lengkap dengan karbohidrat, protein dan serat boleh diteruskan selepas habis tempoh berpantang. Ia adalah contoh makanan diet yang seimbang.

Diet yang seimbang membantu untuk kawal kalori

Ini tidak, lepas pantang lah kita nak balas dendam untuk makanan yang kita tak dapat makan sewaktu berpantang. Makan kek, manisan dan air manis secara berlebihan. Keadaan ini akan menyebabkan jumlah kalori yang tinggi dan tidak digunakan dan akan menjadi lemak berlebihan.

Jika mengikuti teknik FBM, kiraan kalori adalah tidak perlu. Malah boleh makan hingga kenyang.

Diet dengan teknik FBM akan bantu badan supaya membakar lemak termasuk di bahagian perut untuk elakkan perut buncit.

Daripada saiz perut akan tentukan tahap kesihatan badan. Namun, diet yang rendah gula adalah lebih baik dan digalakkan supaya perut buncit tidak terus membuncit.

5. Minum air dengan banyak

Air kosong ialah cara paling mudah dan murah untuk kempiskan perut. Dengan air kosong, toksin yang terkumpul dalam badan akan dirembeskan.

Minum air dengan banyak juga akan membantu menggantikan air dalam badan untuk ibu menyusu. Tidaklah terasa sangat kehausan.

Bukan itu aje, air yang cukup dalam badan akan beri kesan kulit glowing.

Salah satu cara untuk minum air kosong, saya akan bawa saja botol berisi air kosong ke mana-mana supaya senang bila haus terus boleh minum. Paling penting supaya tidak tercari-cari air manis yang nampak sedap di depan mata. Heheh.

Cara-cara untuk kempiskan perut buncit selepas bersalin ni akan berkesan sekiranya dibuat secara berterusan. Bila perut kempis, keyakinan diri akan bertambah dan ia akan membantu untuk dapatkan berat badan ideal. Jangan dibiarkan berlarutan, risau nanti banyak penyakit akan singgah.

Kedua-dua gambar di ambil selepas ada 4 orang anak.

Selepas belajar teknik badan untuk bakar lemak, saya rasa lebih senang dan enjoy nak buang perut buncit. Alhamdulillah.

Nina Salleh | Empowering Moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

3 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: