Menu

Kelebihan Diet FBM Terhadap Insulin Dalam Badan

Badan manusia ada satu mekanisma di mana ia berupaya memilih untuk gunakan sumber tenaga daripada ‘gula’ atau ‘lemak’. Ia akan buat pilihan berdasarkan apa yang kita makan dan jadikan rutin harian.

Dalam diet biasa bila kita makan berlebihan sumber karbohidrat seperti nasi, badan akan membakar gula untuk digunakan sebagai tenaga. Manakala kelebihan dalam diet FBM, kita akan belajar bagaimana cara supaya badan bakar lemak sendiri sebagai tenaga.

Kelebihan Diet FBM Untuk Bakar Lemak

Karbohidrat merupakan apa saja bentuk gula, kanji, dan selulosa iaitu serat yang banyak dalam sayuran dan buah-buahan, bijirin, nasi, kekacang dan produk tenusu. Kesemua akan menjadi gula dalam bentuk glukosa bila masuk ke salur darah.

gula dalam nasi
Karbohidrat dalam semangkuk nasi putih

Dalam buah-buahan, gula dalam bentuk fruktosa akan terus diproses (metabolize) di hati. Walaupun tidak seperti glukosa yang akan meransang insulin, ia tetap memberi impak yang besar pada metabolisma badan.

Glukosa akan dibakar dengan sangat cepat dan pantas. Dalam situasi yang memerlukan tenaga segera seperti fight or flight response, itulah bergunanya glukosa.

kelebihan diet fbm
Keadaan yang memerlukan tenaga segera

Dalam kehidupan harian biasa tanpa adegan terkejut, glukosa dalam darah yang berlebihan dan tidak dibakar akan disimpan di hati dan tisu otot sebagai glikogen. Ia berfungsi untuk digunakan ‘kemudian hari’ sebagai tenaga simpanan.

cara badan simpan lemak
Keadaan di mana tenaga simpanan semakin banyak hingga tak terguna

Namun, bila tenaga simpanan tidak diguna, dan kita hanya menambah-nambah, apa akan jadi pada simpanan sedia ada, ia akan terus bertambah dan menjadi lemak dalam badan dan sekeliling organ.

Keadaan inilah yang akan diubah bila buat diet FBM. Kita akan ajar badan bukan lagi sebagai penyimpan lemak, tetapi menggunakan lemak sedia ada sebagai tenaga harian.

Keburukan Pengambilan Gula Berlebihan

Sekiranya pengambilan makanan yang akan jadi glukosa dalam badan bukan lah dibuat secara berkala, itu tidak akan beri impak yang teruk.

Namun, bila setiap hari badan disuap dengan sumber karbohidrat (contoh nasi 3 kali sehari), badan akan mula hilang sensitiviti terhadap insulin.

insulin resistance punca gemuk
Keadaan normal insulin akan kerja elok. Lama kelamaan insulin akan ‘penat’

Sepatutnya, tenaga akan dihasilkan, tetapi bila keadaan ini terjadi, badan akan berkerja lebih kuat untuk menukarkan gula dan kanji yang dimakan kepada lemak. Bila keadaan ini terjadi, seringkali kita akan rasa lalok atau mengantuk selepas makan.

Di sebalik perut kenyang, insulin berkerja dengan sangat kuat untuk masukkan gula dari salur darah ke dalam sel.

Dari sini juga mula rasa mengantuk selepas makan dan akan mengidam makanan manis. Mulut akan mahukan gula lagi dan lagi sebab tubuh perlukan ‘tenaga’. Akhirnya inilah kitaran yang memerangkap dan menyebabkan rintangan insulin, permulaan kepada banyaknya masalah kesihatan kronik.

Antara tanda badan kurang sensitiviti insulin:

  • Masalah kulit kusam
  • Haid tidak teratur
  • Sakit sendi
  • Selalu lesu
  • Tidak lawas membuang air besar
  • Kerap buang air kecil
  • Berat badan berlebihan
  • Masalah kesihatan kronik seperti kencing manis, penyakit buah pinggng dan masalah jantung

Ada tanda-tanda seperti dalam senarai di atas, jom daftar diet FBM hari ini untuk ubah pemakanan dan baiki tahap kesihatan. Tidak ada yang dapat ubah nasib melainkan kita sendiri ambil langkah untuk berubah.

Nina Salleh | Coach Diet FBM

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: