Menu

RESEPI AGLIO E OLIO MUDAH DAN CEPAT UNTUK ANAK

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu, Nina nak share resepi Aglio E Olio yang mudah dan cepat untuk ank, tapi esok dah Isnin sorry tak boleh tolong, nasib baik la Nina dah tak ada episod Monday blues😅

Tapi sebenarnya tak kira awak kerja sendiri atau kerja dengan orang, once kita enjoy dan apa kita kita buat adalah passion kita, kita tak perlu hadap Monday blues dah kan.

Nina nak share resepi aglio e olio yang mudah dan cepat untuk anak, yang Nina masak untuk breakfast hari ni. Kenapa untuk anak? Sebab kalau untuk mak ayah, Nina akan buat pedas😂

Nina kalau nak masak, sejak dari mengandung anak pertama, kalau ikutkan citarasa memang yang pedas ajelah, pedas sampai memang kena gigit cili, kalau tak memang tak lalu masa tu. Mujur la sekarang dah boleh, kalau tak, jenuh nak kena masak menu asing.

Amanda pun dah besar, mom belajar makan pedas tu masa pregnantkan awak tau tak😁

RESEPI AGLIO E OLIO MUDAH DAN CEPAT UNTUK ANAK

Bahan-bahan:

1 labu bawang putih diketuk atau hiris. Biasanya kalau masak menu anak, Nina akan pilih yang banyak guna bawang putih, sebagai sumber antiviral yang baik

1 biji bawang besar holland dihiris dadu, bagi rasa manis dalam masakan

1 sudu besar Lada hitam, tumbuk kasar atau yang segera boleh guna coarse Mc Cormick (Nina pakai)

8 ekor sotong hiris nipis (atau boleh masukkan ayam) asalkan ada sumber protein plus nak bagi penambah rasa

Brokoli potong kecik

Bunga kubis potong kecik

500gm macaroni (1 plastik)

Garam secukup rasa

Cara memasak:

Panaskan minyak, kang ada yang tak buh minyak. Oh, olio tu nama dari olive oil, tapi guna minyak apa pun jalan ajo

Masukkan bawang besar dan bawang putih, tu ada terselit bawang merah sebab nak habiskan lebihan😆 Masukkan sotong yang dah hiris

Masak sotong, perasakan dengan garam, tambah sedikit air untuk bagi perencah dapat cover macaroni

Kalau nampak macam dah cukup perencah, tak perlu tambah air dah. Hihi.

Masukkan sayur

Senang je kan? Masak kejap je, tak perlu habis masa lama sangat di dapur, masa untuk kemas rumah, handle kelas dan coaching anak cucu TBS lagi.

Walaupun bisnes di rumah, kena ada limit. In fact, masa untuk coaching, untuk reply whatsapp dan PM customers pun kena ada limit. Nina pun masih belajar. InsyaALLAH, nak imbangkan tu bukan mudah, tapi tu la, proses pembelajaran tu takes a life time.

Ni pun weekend boleh la makan ni, kalau hari biasa, Nina blend ESP dengan pisang atau apa-apa buah lain untuk Nina dan suami, untuk anak-anak, Meal Shakes yang kenyangkan mereka, dan bagi mereka nutrisi lengkap.

Ini salah satu resepi fav Nina, blend pisang dan walnuts
Biasanya kalau minum ni sampai tengahari tu rasa kenyang lagi, best sangat boleh kawal kalori kita

Jangan lupa cuba resepi aglio e olio mudah dan cepat untuk anak tau, anak mesti suka.

By Nina Salleh

A hot mompreneur,

Pengguna dan pengedar Shaklee

Founder of The Brightstars

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: