Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.
Niat di hati sudah lama nak tulis pasal ni,tapi al maklum saja lah,kemalasan yang membuak-buak berserta kesibukan memenuhi undangan daripada ibuku terchenta dan bermacam hal lagi lah.Nama jaa cuti,tapi sebenarnya ku tidak bercuti.Hehe.Cuti daripada rutin seorang pelajar.Cuti daripada perlu ke PPUKM,cuti daripada itu la.Cuti la tu:)
Mari mulakan dengan alam sekolahku di asrama.Alhamdulillah,pada usia 13tahun,aku telah diberi peluang untuk bersekolah di sekolah berasrama di jauh nun di puncak Terengganu,Dungun okay.You all tahu tak berapa jam dari Kota Bharu,iaitu tanah tumpah darahku ke Dungun?4jam you all.Ewww.Jauh tuuu.Tapi kan,dek kerana ke ‘over-excited state’ ku,aku tak kisah.Nak juga duduk asrama.Alaa,masa tu tak fikir lagi aku ni tak pernah pun berpisah dengan keluarga terchenta.Kannn,baru 13tahun,nak berpisah pergi mana.One of my uncle told me yang Dungun tu jauh,tapi aku degil juga.
Tiba la masa yang dinanti,
kalau tak silap tanggal 13 Mei 2001,tapi yang aku sure nya bulan Mei.Sampai je daftar,dengar taklimat sedikit sebanyak,pergi asrama,letak barang semua.Aku ingat lagi perasaan aku masa tu,nak cepat-cepat family aku balik sebab aku dah tak sabar sangat ni nak uruskan hidup sendiri.Berkobar-kobar kot.HAHA.Macam kacang lupakan kulit,tapi itu bukan niatku sebenar.Gehehe.
Dah masuk asrama,simpan baju dalam locker,pukul6 makan malam, lepas tu kena berjemaah kat surau.Paling best nya 5 waktu solat WAJIB BERJEMAAH DI SURAU,BUKAN DI BILIK.Dan best nya juga masa tunggu solat tu mesti ada pasang zikir munajat yang memang buat aku rindu family habis lah.Mendayu-dayu.Masa tu memang yang kuat je mampu bertahan.Aku ni dah sah-sah la lemah semangat.Wakakaka:P
Tiap kali maghrib dan subuh,mesti bercucuran airmata.Tssk tskkk.Dalam bilik mandi,keluar je bilik mandi merah je mata sebab menangis dalam bilik air.Pulak tu wajib telefon rumah 5 hingga 6 kali guna telesiswa,ala telefon reverse charge tu.Hehe.Sebab aku memang tak ada stok syiling,ada ramai member yang ada stok syiling,takkan nak tukar dengan mereka kan,kesian laa.Hee.
Aku dah sampai tahap tak tahan,padahal waktu tu Ma or Abah aku mesti pergi melawat,bawa keluar outing almost every week okay.Ma from Kota Bharu,or Abah from Kualala Lumpur.Bawa KFC ke,apa ke.Masa kat Dungun,sebulan sekali je boleh balik bermalam.Aku wajiblah balik setiap bulan tu.Haa,dah tak tahan tu apa lagi,telefon je Abah,nak tukar sekolah,nak masuk Pasir Tumboh yang tak sampai 5minit dari rumah ku.Tak lama lepas tu dapat berita gembira,Abah cakap ada kosong.Pergi Pasir Tumboh,tup tup tup orang kat sana cakap dah penuh.Pening pening,memang pening..Sedih bukan kepalang.
Lepas tu macam-macam la aku,nak Kuala Krai la, yang baru buka masa tu.Tapi aku tak tahu apa kes dengan Kuala Krai tu.
Then aku pasrah,terpaksa habiskan pengajianku di Dungun ni.
Aku rindu dengan Ju Jaya,tempat outing setiap weekend.Dapat pusing bandar Dungun pun sudah heaven ketika itu,nak pergi bandar Kuala Terengganu sangatla jauh.Sejam kot.Pernah juga pergi,kalau nak beli apa-apa cenderamata untuk budak kelas ke.Special case je la.Tak larat nak pergi setiap minggu.Kadang-kadang keluar pun sebab nak makan KFC.Hehe.Comel je pakai baju outing,jalan dengan budak-budak dorm.Aku ingat lagi,kalau outing je mesti ikut dorm.Kadang-kadang kalau ada urusan khas berkaitan kelas baru ikut kelas.Macam tu kan budak-budak.Hikhik.Balik prep pagi tu pukul 10 kot,terus keluar outing,nak kejar masa.Pukul 6petang dah kena masuk.
Macam tu la kehidupan sampai la aku tingkatan 3,iaitu pada tahun 2003 heboh bahawasanya sekolah kami kat Dungun tu akan ditutup.Memang sedih la,masa tu dah sedih dah,sebab jiwa dan raga sepenuhnya kat Dungun,best tau tempat tu,ada pantai kat depan sekolah.Memang terbaik.Awal-awal dulu menangis kan,ye la manusia.Aku ini insan biasa.Hakhakhak.Kononnya kami pelajar tingkatan 3 akan transfer masuk Pasir Tumboh,pelajar form 2 masuk Kuala Krai,tahun tu dah tak ada intake untuk junior means no form 1 students.Ingatkan nak tunggu la kami habis dulu,dah la tahun tu kami akan menduduki Penilaian Menengah Rendah(PMR).Walaupun sekarang ni PMR dah macam tak ada makna,tapi dulu,aku rasa dah ketar lutut nak masuk dewan.
Sekali lagi,pasrah dengan segalanya.Sesungguhnya,manusia hanya mampu merancang dan DIA ialah sebaik-baik perancang.Redha dengan ketentuan-NYA.Pindah masuk Pasir Tumboh.Jumpa ramai lagi kawan,ye la,ada 2 batch form 3,memang kami yang conquer sekolah.Cehh.Agak perasan,tapi betul la.Gila kuasa form 3 masa tu.Hee.
Banyak juga aku menulis,jom la tengok gambar pula.Zaman muda mudi remaja.
|
Ni masa form 1 kot.Perkhemahan badan beruniform:) |
|
Ni form 3,bersama cikgu Geografi,nak berpisah dah ni. |
|
Ni pun form 3,bergambar di kawasan sekolah,hari-hari terakhir di Dungun. |
|
Ni kat Pasir Tumboh.Kawan Pasir Tumboh yang tengah tu:) |
|
Graduasi di Pasir Tumboh. |
|
Baju batik tu la baju outing.Kononnya nak pindah kat Jeli tu,Nasywa nama dia:) |
|
Ni dengan budak dorm.Lupa form berapa kat Dungun.hehe. |
|
Ni kawan homeroom.Aku paling rapat dengan yang paling tinggi tuu.Heee |
Like this:
Like Loading...
2 thoughts
salam kenal 🙂
pengalaman yg amat berharga bila terpaksa berjauhan ngan famili 🙂
Salam kenal,mak su:)
betul,pengalaman mendewasakan.he he
sayang:oh noooo!ye la,glemer dengan kenakalan:P
maluuuuuunyeeeee shaye.huahua