Menu
kawal anak ketagihan gajet

7 Cara Kawal Anak daripada Ketagihan Gajet

Tahun 2020 ni anak-anak saya dah berumur 3,5 dan 7 tahun, dan masih belum ada iPad di tangan mereka sebab sebolehnya saya cuba kawal anak daripada ketagihan gajet. Walaupun di rumah ada iPad, saya tetap tidak beri kepada anak-anak.

Ini cara bagaimana saya kawal anak daripada ketagihan gajet dan syukur Alhamdulillah berkesan untuk mereka.

1. Rumah tanpa Televisyen

“Saya tak nak rumah kita ada TV”

Saya masih ingat sekitar tahun 2013, pertama kali suarakan pada suami untuk tidak ada televisiyen (TV) di rumah kami. Memang suami terkejut dan sejujurnya saya pun tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa TV. Saya sendiri memang seorang yang suka tengok TV, tapi dalam masa yang sama, dibimbangi anak-anak terlalu bergantung pada TV.

Sebagai seorang follower tegar Ustaz Hasrizal dan isteri, Dr Nazhatul Muna, juga salah seorang pensyarah saya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), saya baca setiap tulisan beliau, saya ikuti dan sebolehnya saya cuba buat juga. Tentang tiada TV di rumah juga hasil membaca tulisan beliau di sini. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari penulisan beliau terutama sebagai ibu bapa baru.

Tidak ada yang mustahil

Selepas kahwin tahun 2012 saya mula tinggal berasingan dari ibu bapa. Kami menyewa di rumah yang tiada perkakas elektrik termasuk TV. Jadi suami beli semua kelengkapan termasuk TV.

Tak tahu macam mana tahun 2015, kerja di Sabah, balik semula tahun 2016 dan TV pun rosak. Suami beritahu nak baiki, saya pula halang. Anak-anak umur 3 dan 1 tahun waktu tu, saya sebolehnya nak elakkan mereka dari TV atau gajet. Sebab benda ini dia macam rokok, semakin dihisap semakin ketagih. Saya fikir lebih baik saya elakkan sebab saya tahu saya sendiri tak mampu kawal.

Episod Tanpa Televisyen dan Gajet

Bila tiada TV di rumah, saya rasa tidaklah sesukar seperti yang saya bayangkan, saya sudah biasa sejak TV rosak. Berita terkini pula boleh diakses melalui telefon bimbit sahaja. Saya kira itu sudah cukup. Tapi cabarannya pada anak-anak. Kalau nak anak-anak tanpa gajet, saya sendiri perlu fikir aktiviti untuk mereka bermain dan sentiasa kena ‘get involved’ dengan mereka.

Walaupun rumah saya tiada TV, ia juga mencabar kerana rumah ibu bapa saya kami tetap ada TV. Maka bila di rumah nenek mereka, anak-anak akan menonton TV juga. Faham-fahamlah kalau antara cucu dan nenek, memang anak tak boleh masuk campur. Nanti kita yang kena. Jadi, saya beri sahaja anak-anak ruang menonton TV di rumah nenek mereka.

2. Bermula dari waktu bayi

Dari kecil, saya memang tak dedahkan anak-anak dengan gajet. Saya cuba kuatkan diri dan halang diri sendiri daripada berikan Youtube jika anak menangis seawal umur mereka masih bayi. Perkara ini kena buat sama-sama dengan suami, agar kita faham matlamat dalam pendidikan anak. Kalau buat seorang diri, suami tak tahu hala tuju dalam pendidikan anak-anak, ia tetap tak menjadi.

‘It takes two to tango’ begitu juga dalam mengawal ketagihan gajet pada anak-anak.

3. Tenangkan anak dengan beri penerangan

Namun, ada juga keadaan di mana kita perlu menjaga hati orang-orang sekeliling. Saya juga begitu. Ada masa, walaupun saya tidak berikan gajet, makcik dan pakcik di sekeliling anak-anak yang akan berikan mereka gajet. Kemudian, bila anak-anak di rumah ada masa mereka akan menangis dan mengamuk minta diberikan gajet.

Dalam hal ini, jangan hentikan tangisan dengan memberikan gajet kepada anak-anak. Ibu bapa perlu terus bertenang.

Tenangkan anak-anak, peluk mereka dan saya akan beritahu yang gajet iaitu handphone yang saya guna adalah untuk buat kerja-kerja atas talian. Saya biasanya beritahu begini,

Handphone ni untuk mom buat kerja. Bukan untuk main-main. Kalau mom tak kerja, nanti macam mana nak beli lagi buku dan mainan untuk Maryam?”

Akan ambil masa untuk tenangkan mereka, tapi apapun saya tak akan beri handphone untuk diamkan anak-anak yang mengamuk. Supaya mereka faham, walaupun mengamuk, ia tak akan selesaikan masalah.

Jika kita mula berikan handphone, anak-anak akan jadikan habit mengamuk lagi untuk dapatkan gajet.

4. Alihkan Perhatian

Kalau anak-anak tak dapat bertenang dengan penerangan macam tentang mengapa mereka tak boleh main handphone, boleh alihkan perhatian mereka. Kadang-kadang mereka juga akan bosan lagi-lagi kalau tak ada adik beradik lain, ibu bapa perlu buat aktiviti bersama anak-anak dan beri perhatian kepada mereka. Tinggalkan handphone dan kerja lain sekejap, luangkan masa bersama mereka. Kebanyakan masa, anak-anak akan lebih baik.

5. Perlu Ada Batas

Impian saya untuk ada anak-anak yang suka membaca, jadi saya perlu rajin membaca. Saya juga inginkan anak-anak yang aktif dan tidak bergantung kepada gajet. Tapi saya tak dapat elak gajet memandangkan saya berkerja dari rumah memang guna medium atas talian yang memerlukan gajet. Namun perlu ada batas. Jadi saya dan suami berbincang agar masing-masing tidak lihat handphone di bilik tidur.

Waktu tidurkan anak-anak pula, kami akan bergilir untuk bacakan buku cerita 1-2 mukasurat sebelum anak-anak tidur untuk pupuk minat membaca ke dalam diri mereka.

6. Guna gajet untuk beri ganjaran

Mungkin ada ibu bapa yang sudah terlanjur beri gajet pada anak-anak, itu tak mengapa. Kalian boleh cuba kurangkan dari hari ke hari.

Bermula dengan bataskan masa anak-anak dari berdamping dengan gajet. Kemudian beri hak milik kekal kepada ibu bapa untuk kawal penggunaan gajet.  Seterusnya beri sebagai ganjaran untuk setiap pencapaian. Ia pasti akan jadi agak sukar, namun tidaklah mustahil.

7. Berbincang dengan suami/isteri

Dalam apa jua keputusan, buatlah dalam keadaan suami dan isteri masing-masing faham hala tuju supaya dapat mainkan peranan masing-masing.

Bayangkan jika suami isteri tidak sehaluan, ia akan jadi bertentangan. Contohnya bila isteri simpan iPad, suami pula yang akan beri pada anak. Bila suami bataskan masa, isteri akan extend kan. Jadi bincanglah, kerana setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak.

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: