Waktu awal puasa baru ni, saya ambil kesempatan untuk tunaikan janji pada anak-anak untuk bermalam di hotel comel ni, hotel yang murah dan sangat berbaloi bagi meraikan anak kecil. Sejak cerita pasal hotel ni, hampir setiap hari lah anak-anak duk tanya bila nak tidur sini.
Sebenarnya saya dah tahu pasal hotel ni dari salah seorang kawan, beliau kongsikan tentang hotel ni. Tak sangka sungguh boleh bermalam di hotel tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, dengan bilik yang selesa serta ada rumah kecil untuk anak-anak bermain dengan harga kurang dari RM100 untuk semalaman.
Saya kongsikan tips dan cara untuk booking hotel dan dapat menginap dengan harga yang jimat ni.
Hotel Murah Tengah Bandar Kuala Lumpur
Mula-mula saya pun tak percaya. Dalam hati duk cakap, “mesti ada hidden cost ni”, atau “mesti ada nak kena bayar cas ke apa” haaa gitulah sebab macam tak logik langsung. Walaupun ada rasa ragu-ragu, tetap nak juga usha pasal hotel ni.
Nama hotel pun baru pertama kali dengar walaupun kerap juga saya lalu di kawasan tu. Hotel Olympic ni terletak dekat Jalan Hang Jebat. Nak pergi Pavillion pun boleh berjalan kaki dalam 20 minit je kot. Hotel ni ada dekat celahan bangunan, kiranya kalau tak ada pengangkutan pun boleh hidup. hihi
Hotel ni seperti nama dia, iaitu Hotel Olympic, menempatkan bahagian pengurusan sukan olimpik di bangunan sebelahnya. Ruangan parking pun tempat yang sama. Sebab itu kalau masuk ruang parking memang banyak ‘reserve’ untuk staf di olimpik.
Cara booking hotel dengan harga yang jimat
Sebelum ni saya pernah tengok di Agoda dan website lain, harga semalaman untuk bilik Junior Suite, yang ada rumah kecil ni lebih dari RM100 untuk semalaman. Rupanya ada cara lain untuk booking dan dapat harga murah.
Mula-mula buat carian hotel yang kita nak duduk di Safari atau Google search. Contohnya, cari Hotel Olympic macam ni:
Scroll ke bawah dan tengok bahagian harga. Kemudian dari sini, tekan web atau aplikasi yang tawarkan harga paling murah. Kalau tengok sini, tripadvisor. Jadi tekan yang itu.
Kemudian harga akan dipaparkan. Tekan view deal dan terus dibawa ke Agoda atau mana-mana aplikasi yang termurah.
Bila jumpa, terus boleh booking dan dapat harga murah.
Buat carian di Google atau Safari sebelum masuk ke aplikasi hotel seperti Agoda atau Booking.com untuk dapatkan harega yang lebih rendah.
Ini pula harga termurah yang saya dapat kalau terus cari melalui aplikasi Agoda:
Mudah saja jika ada hotel yang sudah berkenan di hati, buat carian terlebih dahulu kemudian akan dibawa ke aplikasi berkenaan.
Review Hotel Olympic Malaysia
Ada beberapa tema bilik yang ada di Hotel Olympic Malaysia. Hotel ni diuruskan oleh Olympic Council Malaysia. Ada 155 bilik kesemuanya. Setiap bilik dilengkapi dengan sambungan internet berkelajuan tinggi dan ada kemudahan restoran dalam hotel. Jadi kalau lapar je boleh turun dan makan di restoran. Tak perlu keluar dari bangunan pun. Lebih mudah terutama untuk yang ada anak-anak kecil macam saya.
Yang menarik dan uniknya rekabentuk dalaman hotel ni di setiap aras ada lukisan dan corak yang berbeza. Mana yang suka dengan seni macam ni, sangat lah berbaloi duduk di hotel ni.
Instagrammable lah orang kata kan.
Kebetulan pulak anak-anak tak bersiap sebab saya booking secara mengejut je bila nampak harga hotel ni murah begini. Dari rumah dengan anak-anak, terus kami ke Hotel Olympic ke sini untuk check-in.
Deposit untuk Check-In
Jangan lupa untuk sediakan duit RM100 atau guna kad kredit dengan RM50 yang akan dikembalikan bila check-out nanti. Wang akan dikembalikan sekiranya waktu check-out, keadaan bilik dan peralatan semua seperti sedia kala.
Masa saya check-in, kebetulan duit tunai memang tak ada. Kad kredit pula tak bawa, jadi saya mintak tolong untuk terima duit saya akan transfer ke bank akaun. Mujurlah manager dan staf pun baik belaka. Kalau tidak, satu hal pulak nak kena keluar cari mesin ATM nak keluarkan duit untuk bayar deposit.
Bilik Junior Suite Hotel Olympic
Bilik ni kalau di hotel lain size dia macam bilik Deluxe. Lengkap dengan TV, ada rumah kecil yang buat anak-anak ternganga dan ibu bapa pun sama teruja sangat. Lengkap dengan tuala, tandas yang bersih dan meja untuk buat kopi. Ada juga disediakan kopi 3 dalam 1, teh dan gula. Kan dah cakap, memang bukan biasa-biasa walaupun hotel ni tak sampai RM100 pun semalaman.
Rasa macam tak percaya, kini boleh menginap di hotel comel di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dengan harga jimat begini. Boleh terus klik sini untuk buat tempahan bilik di Hotel Olympic.
Kalau nak bilik yang ada rumah comel ni, pilih Junior Suite. Bilik ni selesa untuk menempatkan 2 orang dewasa dan 4 orang anak kecil macam kami. Dekat dalam rumah kecil tu ada juga disediakan tilam single, bantal dan kain selimut.
Makanan Di Restoran
Disebabkan kami menginap di hotel ni waktu bulan puasa hari tu, jadi tak dapatlah saya nak review makanan di restoran yang ada di lobby hotel. Bayaran untuk makan pagi, RM26 untuk setiap dewasa. Harga makanan ini tak termasuk dengan harga bilik hotel ya.
Hari tu kami bersahur dan berbuka dengan menu yang sama iaitu nasi ayam Baker’s Cottage. Nasi ayam kegemaran anak-anak dari kedai tu, harga pun berpatutan dan rasa pun tak kurang sedapnya.
Walaupun kami hanya menginap di sana semalaman, hati rasa puas dan janji dengan anak-anak sudah ditepati. Anak-anak lah yang paling seronok bermain dalam rumah kecik tu tak berhenti kecuali waktu tidur malam sahaja. Nasib baik tak runtuh je rumah tu. Haha.
Sepatutnya harga bilik yang kami duduk tu RM85 untuk satu malam, tapi saya dapat lagi potongan jadi RM70 sahaja bila booking di sini.
Parking
Ruang parking ada disediakan di hadapan hotel dan bahagian basement. Kadar bayaran parking pula RM6 untuk sehari di basement. Sebelum keluar, jangan lupa validate kad kredit atau kad debit yang digunakan untuk parking di kaunter receptionist untuk dapatkan kadar bayaran parking yang lebih jimat.
Untuk ke hotel ni, boleh gunakan aplikasi Waze. Ia berada di bangunan yang sama dengan dengan Olympic Council di Wisma OCM.
Keesekannya, kami check-out dari hotel jam 12 tengahari.
Alhamdulillah, selesai sudah tunaikan janji saya dengan anak-anak. Kongsi rezeki sebab apa yang kita terima hari ini pun dari doa anak-anak dan orang sekeliling juga. Tak dinafikan anak-anak banyak membantu saya bila sibuk dengan hal bisnes walaupun dari rumah. Mereka juga yang silih berganti jaga adik kecil sejak melahirkan bayi ke-4. Menginap di sini sebagai salah satu cara untuk saya hargai penat mereka.
Nina Salleh | Empowering moms