Menu

Bahaya Perut Buncit Dan Bagaimana Perlu Atasi

Biasa dengar orang cakap, perut buncit tanda bahagia. Lalu kita pun terlalai dengan rasa bahagia itu, makan saja selagi masih berselera kata mereka. Hakikatnya, kita seperti dah bersiap sedia untuk jatuh sakit, cuci buah pinggang dan ulang alik ke hospital bila usia meningkat nanti.

hilangkan perut buncit
Suka makan boleh buat lupa diri

Kalau lah kita pernah alami bagaimana perit rasa sakit, berhabis ratus ribu demi pulihkan kesihatan, pasti kita tak mahu ulang lagi gaya hidup lama. Pasti kita akan lebih beringat untuk jaga nikmat yang Allah swt bagi.

Kisah Benar Bahaya Perut Buncit yang Merubah Hidup

Pada umur 41 tahun dengan berat badan paling berat mata memandang iaitu 110KG dengan ketinggian 160cm, memang bukan setakat buncit tapi obesiti teruk dah. Memang tak normal berat begitu, dan tak pelik kalau banyak dapat penyakit metabolik.

bahaya perut buncit
Perut buncit bahagia menanti derita

Bahaya perut buncit ni tak semestinya bila obesiti, tanpa berat berlebihan pun perut buncit memang sangat bahaya dan berisiko untuk kesihatan.

1.Visceral Fat Yang Tinggi

Bahaya bila ada perut buncit, ia datang dengan “pakej” visceral fat iaitu lemak yang mengelilingi organ yang tinggi. Lemak inilah yang jadi “pembunuh senyap”.

bahaya perut buncit
Lemak viseral mengelilingi organ

Visceral fat ni sangat mempengaruhi fungsi badan. Lemak ini akan membebaskan bahan bertoksin lebih bahaya daripada lemak di lapisan kulit. Ini akan menyebabkan keradangan yang tinggi.

Kira Tahap Visceral Fat

Untuk bacaan visceral fat yang lebih tepat, boleh buat ujian komposisi badan iaitu InBody Analysis. Ujian ni bloleh dibuat di hospital tertentu dengan bayaran RM80-RM100. Bagi mereka yang join diet FBM, ujian ini akan diberi percuma.

cara hilangkan visceral fat
Bacaan visceral fat menurun selepas diet FBM

Ukur lilit pinggang 35 inci untuk wanita dan 40 inci untuk lelaki menandakan visceral fat pada tahap bahaya.

2.Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis, Gout dan Psoriasis

Bermula dengan “suka makan”, akhirnya mmbawa kepada perut buncit. Dari perut buncit, fungsi tubuh badan pula terjejas. Akhirnya pengumpulan lemak-lemak menyebabkan keradangan yang tinggi.

hilangkan perut buncit
Suka melawat negara luar, dan suka makan.

Sehingga pada awal umur 40-an pun beliau ada penyakit darah tinggi, kencing manis, menderita gout dan juga psoriasis yang ada sejak umur beliau belasan tahun menjadi semakin teruk.

cara hilangkan perut buncit
Tekanan darah tinggi dan risiko penyakit jantung

Lupa diri hingga akhirnya doktor sahkan ada penyakit darah tinggi perlu makan ubat, gout dan kencing manis. Inilah titik perubahan dalam hidup. Bukan lagi boleh makan ikut suka kalau masih nak terus jalani kehidupan harian dengan normal.

bahaya perut buncit
Terlalu makan sedap hingga bahayakan diri sendiri

Bahaya penyakit ni semua sebab ia turut akan bahayakan buah pinggang, penapis dalam badan. Juga akan melibatkan organ lain seperti hati yang terlibat untuk menapis toksin.

cara hilangkan perut buncit
Kalau dah macam ni boleh segera insaf dan join diet FBM

Ia akan jadi seperti domino effect sebelum seluruh jasad kita tidak lagi mampu berkerja dengan baik.

3.Bahaya Perut Buncit Tambah Keradangan 

Masalah keradangan yang tinggi bahaya bila perut buncit. Ia akan lebih tinggi dan tak terkawal menyebabkan banyak penyakit yang akan lebih teruk. Penyakit lain yang akan datang bersama perut buncit ialah masalah metabolik.

hilangkan lemak dalam badan
Bukan result beliau. Bacaan lemak dalam badan berkurang selepas diet FBM

Antara penyakit yang akan dapat bila keradangan bertambah:

  1. Asthma
  2. Penyakit jantung
  3. Serangan strok
  4. Dementia
  5. Masalah kemurungan
  6. Masalah mati pucuk
  7. Masalah sukar hamil

Dan banya lagi senarai penyakit yang akan mudah menyerang bila perut buncit. Sebab itu elakkan dan usaha untuk hilangkan perut buncit dari sekarang.

Bukan tak boleh nak makan sedap-sedap, cuma kena pilih waktu makan serta makanan yang betul sahaja.

cara buat diet fbm
Menu sedap macam ni pun boleh hilangkan perut buncit

Jadi versi diri yang lebih sihat sebagai manifestasi menghargai dan mensyukuri nikmat yang Allah swt beri percuma.

cara hilangkan perut buncit
Lebih mudah nak beribadah bila tubuh badan sihat, itu yang utama

 

Sama-sama kita usaha untuk konsisten menjaga kesihatan tubuh badan. InsyaAllah.

Nina Salleh | Coach Diet FBM

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: