Hari ni saya makan beef bolognese roll dengan chili oil selepas 20 jam puasa berkala (intermittent fasting). Nikmat sungguh rasa dia walaupun simple je cara nak masak ni.
Nama ni saya reka sendiri sebab guna rice paper yang orang buat Vietnamese roll tu, lepas tu isi dia saya masukkan daging kisar masak dengan sos bolognese.
Macam nama dia, untuk buat inti ni mesti lah kena siapkan beef bolognese dulu.
Resepi Beef Bolognese Roll dengan Chili Oil
Sebelum nak jadi beef bolognese roll ni, resepi ni step by step dari pembuatan inti beef bolognese tau. Sebenarnya inti dia ni sama macam nak masak pasta tu. Saya cuma tumis saja, tanpa masukkan pasta. Suka hati kita lah kan nak makan macam mana.
Sebab pasta biasa tak sesuai untuk menu diet FBM, jadi saya adjust la situ sini sikit untuk bagi tetap sedap walaupun kita dah tukar pasta kepada rice paper gituh.
Cara Masak Beef Bolognese
Bawah ni cara dan bahan-bahan yang saya gunakan untuk sediakan inti beef bolognese ni.
Bahan-bahan untuk siapkan inti beef bolognese:
- 500g daging lembu (minced beef), kalau nak kisar sendiri pun boleh
- 1 biji bawang Holland, 1 labu bawang putih kisar kering (boleh juga hiris dadu)
- 1 tin (400g) sos traditional Prego (alternatively boleh juga kisar lumat buah tomato)
- 1 sudu besar serbuk paprika
- 1 sudu kecil rosemary, oregano (atau guna mixed herbs)
- Garam dan perasa secukupnya
- 3 sudu besar butter untuk menumis
- 50 gram cheese
Cara Memasak Inti Beef Bolognese Roll
1. Dalam kuali, cairkan butter
2.Masukkan bawang, tumis hingga kekuningan dan naik bau.
3.Masukkan daging kisar. Biar hingga masak.
4.Masukkan sos. Ejas ikut kepekatan. Sebenarnya saya nak buat sos ni kering, tapi terlalu lama pulak jadinya.
5.Perasakan dengan garam, perasa dan juga mixed herbs.
Siap sudah inti beef bolognese roll, senang sangat je kan.
Cara Buat Gulungan Beef Bolognese
Bagi saya, ini part yang mencabar untuk balut beef bolognese menjadi gulungan. Kalau tengok saya punya ni, tak macam rupa gulungan pun. Petak dan keras kejung je asalkan boleh makan. Memang tangan kurang berseni macam tulah.
Step by Step Menggulung
Apa pun kena sentiasa guna kelebihan yang ada. Kelebihan saya untuk tak pandang pada rupa makanan cewah haha. Sebab itulah walaupun nampak buruk ke saya tak kisah saya boleh makan ye.
1.Perlu ada rice paper
Tanpa rice paper ni maka tak menjadilah gulungan kita.
Saya guna rice paper yang ini, saiz kecil. Saya timbang untuk 1 keping ni berat 5g. Jadi jumlah karbohidrat untuk 1 keping rice paper dalam 3.8 gram.
Kalau makan 10, jadilah 38 gram untuk rice paper sahaja.
2.Sediakan sayuran
Saya suka timun batang dan lobak merah yang dikisar. Kalau suka ada texture, boleh saja hiris. Alah jangan risau, buat lah ikut selera kita kan.
3.Lebihkan protein.
Selain dari beef bolognese, boleh juga tambahkan gulungan telur. Lebih sedap, kaya protein dan kenyang lama.
Kena ingat bila buat diet FBM ni kena lebihkan protein dan lemak sihat, dan minimumkan karbohidrat untuk elakkan lonjakan insulin dalam darah.
4. Goreng atau kukus
Siap menggulung, saya masukkan dalam kuali tapi tak boleh sebab terkeluar isi. Jadi saya tukar kepada airfryer mode. Lebih selamat.
Ini adalah optional. Sebenarnya, lepas siap gulung boleh terus makan begitu saja. Atau pilhan lain untuk stim, dah rasa macam dumpling gitu.
5.Chili Oil Manthul
Untuk jadikan menu diet kita lebih fancy, boleh tambahkan sos dalam menu ni. Sebelum makan beef bolognese roll, saya minum protein ESP terlebih dahulu untuk bagi rasa kenyang.
6.Minuman Wajib
Lepas makan saya minum teh ni. Bancuhan Cinch Tea, cuka epal dan madu waktu ‘eating window‘ bantu saya kawal rasa nak minum manis yang lain-lain selain bagi effect kempis perut yang extra.
Semoga resepi beef bolognese roll ni boleh mengurangkan rasa bosan makan menu yang sama setiap hari. Nanti saya akan kongsikan lagi resepi dan menu yang mesra diet FBM.
Nina Salleh | Coach diet FBM