Menu

Diet FBM Berkesan Turunkan Berat Badan

Soalan biasa saya dapat bila ada yang nak join diet FBM, tentang sejauh mana diet FBM ni berkesan nak turunkaan berat badan.

“Diet FBM ni betul-betul berkesan ke? Saya dah penat ikut macam-macam program, beli macam-macam produk.”

diet fbm berkesan
Memang faham struggle tu bila nak turun berat

Sejujurnya, saya pun tak ada jawapan ya atau tidak. Yang pasti, formula diet FBM ni berkesan bukan hanya turunkan berat badan, tapi nak baik pulih sistem dalaman.

Macam Mana Diet FBM Membantu

Bukan macam diet yang saya pernah amalkan sebelum ni. Kalau sebelum ni, ada yang saya perlu makan makanan masak rebus dan kukus, makan suku-suku separuh atau kena kira kalori, diet FBM betul-betul merubah pandangan saya terhadap diet.

cara buat diet fbm
Antara menu yang lulus diet FBM. Nikmat sangat diet macam ni..

Pernah jadi orang yang give up nak fikir pasal berat badan. Pernah jadi orang yang “lantaklah” apa nak makan. Lantakkan semua. Lantak je badan jadi gemuk ke, baju ketat ke apa, suami tetap sayang. Wah yakinnya kamu.

cara kurus lepas bersalin
Masa ni rasa macam hilang diri sendiri, semakin kembang seiring pertambahan umur.

Sebenarnya turunkan berat, nak jadi lebih sihat bukan semata nak suami lagi sayang. Paling penting nak hargai dan jaga nikmat sihat yang diberi percuma ini. Syukur Allah swt beri kesedaran kepada saya. Takkan saya nak tunggu dapat penyakit baru nak insaf.

cara kurus untuk hamil
Bila sistem dalaman betul, insyaAllah nak hamil pun mudah

 

Sebab saya tak boleh nak konsisten ikut peraturan makanan. Hari-hari tahan diri makan asam peras, ayam merah, nasi lemak, masak lemak cili padi itu semua kegemaran saya.

MasyaAllah rupanya dengan diet FBM, saya boleh makan semua tu.

insulin resistance
Hormon yang untuk signal lapar dan kenyang. Apa jadi bila berat berlebihan? Hormon ni semua akan haywire

Kalau kurus tu pada produk, banyak je produk lain yang boleh turunkan berat badan. Tapi kekuatan diet FBM ialah pada “mealplan” yang dikaji dan diuji keberkesanan.

cara buat diet fbm
Bukti diet FBM berkesan

Bukan hanya turunkan berat, tapi diet FBM juga sangat berkesan untuk baiki tahap kesihatan.

Antaranya:

  • Mengurangakan risiko penyakit buah pinggang
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
  • Mengurangkan masalah berpunca dari keradangan
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan risiko penyakit gout

Mealplan FBM membantu baiki usus seterusnya mengurangkan keradangan yang berlaku dalam badan. Keradangan inilah yang akan menyebabkan banyak masalah kesihatan sekiranya tidak diubah.

Bukti Diet FBM Berkesan Untuk Kesihatan

Bukan kami nak bagi janji palsu, janji bulan bintang, tetapi kalian boleh nilai sendiri apa yang protege Diet FBM sendiri beritahu berkesan atau tidak.

cara hilangkan craving
Dah tak rasa selalu lapar macam bela saka sebelum ni hihi
cara kawal kencing manis
Paling seronok bila gula pun dah tak tinggi melangit

Apa yang kita buat dan amalkan bukanlah magik, perlu ada tekad dan ada perubahan walaupun dapat makan sedap. Kalau dah bersedia nak ubah tahap kesihatan, jom teruskan untuk join diet FBM sebagai gaya hidup.

Nina Salleh | Coach Diet FBM

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: