Menu

BIGPAY UNTUK KUMPUL POINTS BAGI SETIAP TRANSAKSI

Assalamualaikum, hari ni Nina nak share pasal Bigpay sebagai alternatif bagi kad kredit untuk kumpul points bagi setiap transaksi yang. Bigpay ni sejenis kad yang bestnya, semua orang mampu miliki. Menarik tak? Tak perlu akaun bank, tak perlu slip gaji macam nak apply kad kredit, banyak kelebihan untuk redeem points dan paling best sebab ianya PERCUMA!

Sekali pergi ambil baang di branch, rugi pula kalau guna tunai sebab tak dapat points

Sebenarnya Nina dalam fasa nak keluar dari guna kad kredit, masalahnya, memang la dulu buat masa kerja, konon-konon untuk isi minyak masa outstation sebelum claim lulus je. Hampeh. Sebulan, beli iPad, 2 bulan beli iPhone, 3 bulan, beli handbag. Contoh je. Tapi gitu la kebocoran yang saya alami. Dan paling tak best sebab dia masuk CCRIS CTOS kita, berbeza jika kita guna kad Bigpay untuk kumpul points bagi setiap transaksi, ia tak akan masuk CCRIS atau CTOS sebab ia adalah prepaid kad.

Gambar kredit Google Image

JADI BIGPAY IALAH PENYELESAIAN UNTUK COLLECT POINTS TAPI TAKNAK APPLY KAD KREDIT.

ELAKKAN KEBOCORAN DENGAN KAD BIGPAY

Macam Nina cerita kat atas, Nina sebenarnya dalam proses nak buang semua yang berkaitan dengan CCRIS dan CTOS, untuk bagi laluan Nina nak beli rumah impian. Walaupun jauh lagi perjalanan, slowly but surely lah kan. Kalau dulu tak ada option selain kad kredit sebab nak collect point, untuk travel, untuk tukar barang, kalau transaction RM5,000 sekali dah banyak points. Lagipun sejak bisnes Shaklee, sekali pergi ambik barang bukan puluh-puluh dah, boleh cecah ribu ringgit.

Rugi kalau guna cash, bayangkan kalau guna kad boleh dapat beribu points dan boleh redeem macam-macam secara percuma, why not kan?

So Nina guna kad kredit dan bayar balik dengan duit yang customer bayar. Jadi bukan berhutang. Tapi nak collect points guna kad tu. Ada masa kebocoran berlaku sebab kad kredit ni kita boleh berhutang, dengan Bigpay pula, kita kena topup untuk gunakan duit dalam tu.

Kalau kad debit rasanya tak ada points😂

CARA APPLY BIGPAY

Baru-baru ni kami dapat tahu pasal kad Bigpay untuk kumpul points bagi setiap transaksi ni.Wah, good option sangat!Lepas ni dah boleh tutup kad kredit tu dan hanya guna BigPay ni instead.

Tak perlu melalui bank, application pun tak payah bank, tak perlu bagi slip gaji. Kalau orang tak berkerja, tak ada slip gaji, kalau surirumah pulak, yang beli barang dapur guna duit suami bagi, haaa bagus sangat. Kumpul points ni mana tau lama-lama boleh melancong percuma dengan suami.

IKUT CARA MUDAH NI UNTUK APPLY BIGPAY

1) Download apps BigPay di Google Play atau App Store

Type BigPay di Google Play atau App Store

2)Isikan details anda

Masuk pada aplikasi BigPay dan isikan details anda, berserta gambar kad pengenalan untuk pengesahan maklumat diri

PENTING! Masukkan code EP0RPI32FK di bahagian referral

3)Topup minimum RM20 ke dalam kad sebelum kad dihantar ke rumah (Ada baki RM20 dalam kad)

Kad akan sampai kepada anda setelah topup RM20

4)Semak transaksi, topup melalui bank pilihan anda dan semak baki melalui aplikasi BigPay

Segala transaksi dapat dilihat melalui aplikasi BigPay
Banyak beli barang Shaklee je
Boleh guna kad di mana-mana, online transaction pun boleh

Dah siap! Senang kan, macam e-wallet. Boleh monitor thru this app. Sangat senang!

Sambil collect points, dan dapat points untuk bigpoints AirAsia, dapat tiket flight free ke mana-mana ke best juga kan?

Jom download app BigPay dan masa masukkan details jangan luna masukkan code EP0RPI32FK

Selamat mencuba dan menghapuskan kad kredit.

By Nina Salleh

Mompreneur, founder of The Brightstars

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: