Menu

Surirumah Bisnes Shaklee untuk Tambah Pendapatan

Kisah Hari Raya Seorang Surirumah

Hari raya lepas, kami berziarah dengan saudara mara. Ada juga yang beberapa tahun tak jumpa. Biasalah kalau pergi beraya, saling bertanya khabar. Dapat soalan cepumas dari makcik,

Nina kerja kat mana sekarang?

cara berniaga dari rumah
Gambar raya 2025

Yang bertanya ni tahu tentang perkerjaan saya sebagai Penolong Pegawai Perubatan U41 sebelum sepenuhnya buat bisnes online dari rumah, lebih 10 tahun lepas.

Jawapan saya, “Nina tak berkerja sekarang“, kebetulan kami dah nak berangkat pulang. Jadi saya tak terasa nak ulas panjang. Walaupun boleh dikatakan sepanjang ‘tak berkerja’ ini, hampir 9 tahun, perbelanjaan isi rumah, saya dan suami kami tanggung sama-sama.

Kelebihan Bisnes Online Untuk Surirumah

Bukan niat saya untuk memperkecilkan soalan, tapi agar cerita lebih ringkas. Kalau pun saya seorang surirumah tanpa gaji sekalipun, tetap tak ada salahnya. Cuma saya pilih untuk jadi surirumah dengan pendapatan sendiri.

Dalam era digital begini, semua pun boleh dilakukan dari hujung jari. Surirumah pun ada banyak peluang untuk bisnes sendiri secara atas talian. Semakin ramai yang memilih untuk menjana pendapatan sambil menguruskan rumah tangga.

bisnes online untuk surirumah
Waktu konferens tahunan, boleh la jumpa kawan-kawan

Selain ilmu bisnes, sistem dan juga bisnes bermentor yang saya dapat setelah memulakan bisnes Shaklee, ini antara kelebihan lain,

1.Fleksibiliti Waktu

Salah satu faktor utama yang buat saya tertarik untuk berniaga online dengan Shaklee adalah fleksibiliti waktu. Satu ketika dulu saya pun struggle nak cari ‘tapak’ untuk berkerja sendiri demi nak ada fleksibiliti waktu ni.

Pernah buat dropship produk penjagaan wajah, dropship jual baju dan biskut. Malah, pernah juga mencuba untuk jadi ‘founder‘ pentas fashion wanita. Masa tu berangan untuk jadi sebaris dengan Radiusite, CalaQisya dan Bella Ammara.

Semua hanya tinggal angan-angan apabila yang saya dapat kerugian berganda.

jubah cantik online
Adik beradik terpaksa jadi model sebab percuma

Saya nak kerja sendiri sebab nakkan kebebasan mengatur jadual sendiri tanpa mengganggu rutin harian. Terpulang pada diri sendiri, nak berkerja dalam kereta, sambil masak atau sambil tidurkan anak. Itu yang seronok.

2. Kos Permulaan yang Rendah

Jangan risau sebab nak mulakan bisnes Shaklee ni tak perlukan pelaburan yang besar. Dengan mendaftar sebagai ahli, kita yang surirumah terus boleh akses kepada laman web dan dapat beli produk dengan harga yang lebih jimat. Boleh daftar keahlian Shaklee RM35 sahaja di sini.

cara mula bisnes shaklee
Selain dapat berniaga, jadi ahli Shaklee dapat beli dengan penjimatan berganda

Yang tak ada modal berniaga pun, boleh terus mula dengan adanya internet dan telefon pintar.

Antara kisah yang sangat terkesan di hati saya, bila mana seorang ibu tunggal yang ingin mulakan bisnes Shaklee demi mencari sesuap nasi untuk beliau dan anaknya. Bayangkan nak mula bisnes dengan yuran tak sampai RM100 pun beliau tak mampu. Terpaksa kumpul duit, barulah mula berniaga.

surirumah bergaji
Jadi surirumah pun tak menghalang untuk belanja keluarga

Sekarang ni beliau sudah menikmati pendapatan berganda puluhan ribu setiap bulan, hasil konsisten dan tawakkal tak bertepi.

3. Produk Berkualiti

Shaklee memang terkenal dengan produk berkualiti tinggi dan berkesan. Yang saya tahu, Shaklee sahaja syarikat yang lakukan ujian untuk buktikan keberkesanan produknya.

set berpantang shaklee
Vitamin pilihan saya sejak mengandung, bersalin, berpantang dan sampai hari ini

Sebagai seorang surirumah, saya bukan hanya penjual Shaklee, tapi seluruh keluarga kami pengguna dan dapat banyak manfaat dengan amalkan vitamin Shaklee. Bukan tak percayakan ubatan, tetapi vitamin ini jadi keutamaan kami.

suplement untuk denggi
Mimpi ngeri sewaktu anak bertarung dengan virus denggi di fasa kritikal

Pengguna yang berpuas hati dengan hasil produk Shaklee pula akan mencadangkan kepada rakan-rakan dan keluarga, membantu dalam pengembangan jaringan perniagaan. Mudah kan.

4. Komuniti Sokongan

Bergabung dalam perniagaan Shaklee memberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang saling menyokong. Banyak sangat ilmu, kelas-kelas dan pelbagai sokongan dari Shaklee Malaysia sendiri untuk membimbing.

cara buat bisnes online
Semestinya dengan restu dan redha suami yang terpaling utama

 

Jadi, tak ada pengalaman bisnes pun tak jadi masalah. Bawa diri yang sanggup belajar dan boleh diajar. InsyaAllah akan pergi jauh dengan Shaklee.

5. Peluang Pembelajaran dan Pembangunan Diri

Berniaga Shaklee bukan saja beri saya pendapatan, malah lebih banyak lagi untuk pembangunan diri, cara berfikir dan mengajar kebergantungan kepada Allah swt semata-mata.

Inilah yang saya  cari. Dan saya nak bantu lebih ramai lagi untuk bersama melalui jalan ini agar dapat beri nilai tambah kepada diri kita dalam jangka panjang.

6. Pendapatan Tambahan

Sebagai surirumah, dengan pendapatan inilah saya gunakan untuk menampung keperluan harian, simpanan untuk pendidikan anak-anak, dan percutian keluarga.

team shaklee aktif
Antara pendapatan mereka yang ada di bawah bimbingan saya

Bukan tak boleh meminta dengan suami, tetapi kalau boleh beri, lebih baik kita cuba menyumbang. Potensi pendapatan bergantung kepada usaha kita dalam mempromosikan produk dan membina jaringan pelanggan.

7. Pemasaran Melalui Media Sosial

Dunia digital berikan banyak ruang untuk kita berniaga tanpa perlu keluar dari rumah pun. Dengan menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, dan TikTok untuk berkongsi maklumat tentang produk Shaklee. Dengan strategi pemasaran yang baik, kita akan dapat menjangkau lebih ramai pelanggan dan meningkatkan penjualan.

8. Kesihatan Diri Sendiri

Sebenarnya yang paling mahal dan sering dilupakan ialah nikmat kesihatan. Saya pernah diuji dengan anak yang kritikal demam denggi, kritikal ada kuman dalam paru-paru dan diri sendiri yang menghidap ekzema. Bukan senang nak berkerja dalam keadaan begini.

Syukur Alhamdulillah, Allah swt lorongkan dengan Shaklee, yang mana saya dapat kecapi nikmat sihat dan juga nikmat masa yang fleksibel.

cara rawat denggi
Dapat berada di sisi anak adalah antara nikmat yang besar buat saya..

Menggunakan produk kesihatan dan suplemen yang berkualiti akan membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri saya dan keluarga, sekaligus memberi contoh positif kepada orang sekeliling.

Bisnes dari rumah dengan Shaklee adalah peluang untuk surirumah yang ingin menjana pendapatan sambil berkhidmat untuk keluarga.

cara mula bisnes online
Belanja anak-anak tidur hotel atas salah satu kepuasan untuk surirumah macam saya

Menjadi sebahagian daripada kumpulan perniagan ini bukan sahaja meningkatkan kewangan tetapi juga memberi peluang untuk perkembangan diri dan penyampaian kesihatan yang lebih baik kepada orang lain. Bagi mereka yang ingin mencuba, langkah pertama adalah untuk mendaftar dan mengenali Shaklee dengan lebih dekat.

Untuk bantuan dan pendaftaran sebagai ahli Shaklee, klik sini.

Nina Salleh| Pemimpin Perniagaan Shaklee

vitamin malaysia
E-Book Ubah Diet

E-Book Ubah Diet

E-book ubah diet yang sesuai bagi kalian yang nak betulkan kesihatan, dengan pemakanan sebagai gaya hidup.

Dengan pembelian e-book, kalian akan dapat guide personal serta group coaching secara PERCUMA.

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: