Menu

Cara ALLAH bagi rehat.

Assalamualaikum and Good day to all.:)

Sebelum masuk tajuk,nak ingatkan semua yang hari Selasa ni Maulid Rasul kan,sama-sama kita banyakkan selawat untuk mengingati Baginda,yang al-Quran itu sendiri adalah akhlaknya.Mulia sungguh Rasul junjungan kita,harapnya dapat syafaat dari Baginda nanti.Insya ALLAH,ameen..
Dan,ingat Baginda bukan pada hari itu je tahu,kena istiqamah.Sebagai salah satu cara untuk istiqamahkan diri mengingati Baginda,kita boleh baca selawat sebelum solat,sebelum niat tu kan.Of course,insya ALLAH,kita akan istiqamah sebab solat pun kita wajib kan.:)
Sama-sama amalkan ok..Untuk peringatan saya dan pembaca juga.(Macam ramai pula baca.HAHA)
Okay,get back to the topic.
Minggu lepas,masa 7 Februari-11Februari lepas seronokkk sangat!Eheee.Rasa macam bahagia gila hidup.Sebab biasanya kena posting 10jam kan,kebetulan minggu lepas saya punya turn posting dekat St.John Ambulance,dekat je dengan rumah ni.TAPI,saya paling tak suka tempat tuuuu.Sebabnya kan,sebab nya ada staf kerek kat sana.Ops.Tak boleh sebut nama.
Sangat tak suka,Alhamdulillah,minggu lepas minggu tak payah posting.Sebab kena present case dekat PPUKM,start pukul 8.30 pagi tuu.Itu yang paling best,kalau ikut biasa,posting pagi start pukul 7 kan.Haa,dah banyak masa untuk apa?Untuk tidurrr laaa.Ohh,my favourite.Hehe.
Lepas tu,yang syok juga,balik pun awal,tak sampai pukul 1tengahari dah boleh balik.Heaven!Baru rasa ada life.:D
Sehari je baki posting di St.John,semalam la,posting petang.Masuk pukul 12pm-10pm.Hmm,penat.Penat sebab tak ada case.Aduhh.Buat apa je,belek-belek buku,lepas tu tengok tv,sempat lagi layan Dil To Pagal Hai,tapi tak layan sangat.Sebab cerita tu jenuh duk menyanyi,kalau Kuch Kuch best juga kan.Hee.
Demand,orang dah bagi tu tengok je lah.Haihh.Ini lah salah satu sifat yang perlu disingkirkan dari hati..
Jahat betul kan,tapi semua-semua,yang tak perlu posting tu saya anggap sebagai cara ALLAH nak bagi hamba-Nya rehat.Alhamdulillah.Sangat-sangat syukur.Present case lebih baik daripada kena posting dekat St.John.Huhu.
Rasa boleh bernafas,boleh facebook lama sikit,boleh makan-makan dengan family.Biasanya memang balik tu,terus menuju bantal.Sleeping beauty,tidur kena cukup.Kalau tak cukup tidur nanti merengek.Bajet baby pula kan.
Next week start block baru,critical and non critical posting.Tak perlu ikut ambulance daaa,stay dekat Emergency Department (ED) je.Menggelabah juga nak kena update ni,drugs dilution,drugs dosage,reporting,diagnosis,bla..blaa..blaa..sebabnya kat ED tu semua benda nak kena cepat,lagi-lagi kalau kerja kat resuscitation room aka red zone,kalau lambat,siap la kena maki dengan pakar atau registrar incharge.Ewww,sungguh tidak sanggup.Tapi kalau ada yang baik tu,tak marah la kan.
Maklum la,manusia ni macam-macam,dan kita sebagai pelajar dalam proses menuntut ilmu mesti banyak bersabar.Itu yang sedang nak didik hati ni.Sangat susah nak sabar kalau kena marah,rasa nak balik,tak datang dah.Huhu.
Semoga dipermudahkan segala urusan.Doakan saya supaya dapat belajar dengan baik ye.
Terima kasih kerana membaca.:)
vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: