Menu

Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee Malaysia

Dulu saya pernah berangan nak jadi founder produk sebab saya nampak dengan jadi founder ni boleh ada bisnes sendiri dan dapat tambah pendapatan keluarga serta dapat duit raya awal sesuka hati.

Misi Nak Tambah Pendapatan

Sebelum masuk kerja kerajaan sekitar tahun 2013, saya mulakan misi untuk jadi founder. Dengan cuba-cuba nak jadi founder macam CalaQisya, Radiusite atau Bella Ammara, sebab itu je antara brand yang saya tahu masa tu.Bayangkan masa tu saya tak pernah belajar dan tak masuk kelas bisnes pun. Cuma redah je tapi redah kali ni memang tak kena tempat lah cerita dia. Haha.

Tengah berangan jadi founder kaya

Sejujurnya saya bukan lah orang yang pandai atau sukakan fashion, pakaian saya pun asal boleh je. Masa tu saya memang tak cakna pun bab pakaian. Itu red flag bila nak berniaga, iaitu buat perkara yang kita tak minat dan tak ada kepakaran pun.

Jadi Founder Yang Rugi

Masa tu saya buat jenama Amanda Imani Apparel, mengambil sempena nama anak sulung. Dalam fikiran saya nak buat pakaian yang boleh di custom ikut selera pelanggan pada harga yang jimat.

Saya bermula dengan modal kecil saja. Jadi kalau ada pelanggan, saya dan suami akan pergi ukur di rumah mereka. Kemudian kami akan beli kain mengikut citarasa dan pilihan pelanggan untuk dihantar kepada tukang jahit. Bukan saja penat sebab  buat kerja bulan puasa demi nak dapat duit raya, saya juga kehabisan modal dan kerugian wang.

Selain baju, saya juga buat tudung dan baju blouse untuk pelbagaikan pilihan dari jenama kami. Semuanya dalam kuantiti yang serba sedikit sebab modal pun tak besar. Jadi semampu dan sekadarnya sahaja.

Antara jubah di bawah jenama Amanda Imani Apparel

Tanpa ilmu, saya mulakan bisnes demi nak tambah pendapatan di samping nak dapat duit raya awal. Ada beberapa kali juga saya tersilap ukur dan silap beli kain, akhirnya duit raya awal pun melepas dan modal juga lebur begitu saja.

Duit Raya Awal Tanpa Modal

Habis cerita nak jadi founder tapi masih lagi nak usahakan dapat duit raya awal dan tambah pendapatan melalui berniaga. Saya hampir terjebak untuk jadi reseller kepada satu brand yang popular ni. Masa tu marketing mereka berbunyi,

Beli 100 helai dengan harga RM7000 dan jual pada harga RM100 sehelai

Jenis saya kalau nak sesuatu, memang jarang nak fikir dulu. Susah juga kalau semua benda nak redah macam ni lagi-lagi yang perlukan modal besar begitu. Saya tak ada duit sebanyak itu tapi disebabkan nak beli juga jadi timbul idea untuk meminjam dengan Abah saya. Bila berbincang dengan Abah, barulah saya nampak banyak lompong dan bakal rugi kali kedua kalau saya jadi reseller mereka.

Angkut adik beradik jadi model

Apa yang Abah beritahu betul-betul buka mata saya. Saya ceritakan situasi yang jenama skirt tu memang dah famous dan saya pula belum ada nama. Setakat nak beli kemudian nak kena berlawan dengan jenama yang terkenal, memang tak mustahil tapi akan ambil masa.

Bila mereka keluarkan design baru, kemungkinan skirt yang ada pada saya akan jadi bahan simpanan bawah katil saja. Syukurlah saya terbuka hati untuk berbincang dengan Abah, barulah nampak perkara tersembunyi begini.

Pendapat dan pandangan Abah sangat tepat. Jadi saya buat keputusan untuk cancel rancangan beli stok tersebut.

Kesilapan Lampau untuk Duit Raya Awal

Selepas kerugian dari jenama sendiri, dan beberapa kali kerugian modal sebagai reseller termasuk produk kecantikan, saya berehat seketika dari cari pendapatan melalui bisnes hingga saya dapat tawaran kerja di sektor kerajaan.

Kebanyakan tudung ni saya pakai sendiri sebab tak terjual haha

Waktu berkerja ada beberapa masalah terutama bila berkaitan dengan kesihatan anak-anak. Walaupun saya yang pilih kerjaya begitu, saya fikir perlu cari jalan keluar supaya ada pendapatan dan dapat berhenti kerja kerajaan.

Saya tak boleh terus berkerja dalam keadaan begini sebab ia beri tekanan dari orang atasan. Memang adat bila kerja dengan orang, perlu ikut apa yang mereka nak. Hinggakan masa anak saya masuk wad pun, saya dipaksa kerja. Sedangkan anak saya masih kecil dan masih menyusu badan waktu itu.

Turning Point Selepas Bersalin

Disebabkan semua kerugian yang saya tanggung demi untuk dapat pendapatan tambahan serta dari niat nak dapat duit raya awal, saya ditemukan dengan bisnes ini. Bisnes yang sangat flexible, mudah, tak perlu beli stok untuk permulaan dan tak perlu berlawan dengan pihak headquarters (HQ).

Anak kerap masuk wad sebelum ni

Bermula dengan ikhtiar untuk mencari penawar masalah kesihatan sendiri iaitu eczema selepas melahirkan anak, saya ditemukan dengan vitamin Shaklee. Saya guna vitamin dari Shaklee dan kini tak perlu bergantung dengan steroid pun. Syukur Alhamdulillah.

Dari situ, saya mula berkongsi untuk membantu mereka yang perlukan penawar seperti saya. Dalam tak sedar, cara begini memudahkan saya untuk dapat duit raya awal. MasyaAllah. Rupanya Allah swt nak lorongkan saya dengan bisnes mudah begini.

Bukan Lagi Founder tapi Untung Berganda

Walaupun saya bukan founder, dengan RM35 sahaja saya boleh pegang bisnes Shaklee ni macam Megah Holdings itu saya yang punya hehe. Sistem bisnes Shaklee ini yang memudahkan ibu-ibu seperti saya untuk ada pendapatan tambahan dan salah satu cara untuk dapat duit raya awal tanpa perlu korek tabung simpanan sebagai modal permulaan.

Duit raya awal dengan bisnes tanpa modal

Bab harga jualan pula pihak Shaklee sudah tetapkan untuk semua vitamin yang ada di pasaran Malaysia. Sebagai ahli berdaftar, saya dapat buat belian dengan harga jimat. Kemudian, hasil jualan akan beri untung runcit pada saya. Amat mudah sekali.

Tak perlu lagi saya bersusah payah untuk fikir mana nak cekau modal demi untung runcit. Dan tak perlu lagi saya tanggung kerugian bisnes bila tak ada ilmu. Dengan bisnes Shaklee, saya diberi tunjuk ajar yang lengkap oleh HQ sendiri dan juga team.

Bila customer order, pergi branch dan beli. Dapat untung runcit

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama tambah pendapatan dengan bisnes Shaklee dan dapat duit raya awal pada 14 haribulan April depan dengan bonus yang Shaklee akan bayar dikreditkan ke dalam akaun bank.

Produk Yang Diperlukan Selagi ada Kehidupan

Salah satu perkara yang perlu diambil kira bila nak buat bisnes ialah kelangsungan produk tersebut. Ada yang laku keras bila viral, kemudian terpaksa tukar bisnes bila tiada permintaan.

Vitamin untuk kesihatan seluruh keluarga

Vitamin Shaklee ini sudah bertapak lebih 30 tahun di Malaysia, dan ada di dunia sejak 1951. Ia sentiasa ada permintaan tinggi selagi mana kesihatan jadi keutamaan dalam kehidupan.

Lagipun, tanpa jadi founder Shaklee, saya lebih yakin sebab:

  • Tak perlu bersusah payah untuk buat ujikaji ke atas vitamin sebab semuanya telah diuruskan oleh Shaklee
  • Pengahsilan produk telah melalui beberapa ujian untuk memastikan kualiti produk top notch
  • Penghasilan dan kajian produk melibtakan para pegawai perubatan yang arif serta pemenang nobel dalam bidang perubatan tahun 2009. Jadi tak perlu ragui lagi untuk mengamalkan Shaklee

Sebelum buat apa-apa bisnes, ambil kira beberapa perkara penting ini. Utamakanlah produk yang terjamin, bermutu dan diperlukan untuk seharian, iaitu yang kita sendiri guna dan dapat manfaatnya. Dalam bisnes, kita bukan saja nak dapat duit raya awal tetapi nak sebarkan juga manfaat.

Bisnes ni bukan sekadar untuk diri saya sendiri, tetapi untuk wariskan kepada anak-anak dan cucu pula. Jangan lepaskan peluang untuk tambah pendapatan dan peluang untuk dapat duit raya awal bersama kami. Hubungi saya untuk bermula.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

2 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: