Menu

Cara Mudah Dan Jimat Untuk Pos Barang Tanpa Keluar Rumah

Saya nak kongsikan cara yang paling mudah dan jimat untuk pos barang tanpa keluar rumah, hanya dengan Easy Parcel.
Saya dah guna sejak mula berniaga online pada tahun 2106. Guna Easy Parcel memang memudahkan kerja saya, yang mulanya buat sendiri sebab belum ada staf yang uruskan penghantaran.
Mudah sangat sebab boleh arrange untuk courier pick up parcel di rumah. Kalau ada yang berniaga online, dan susah nak keluar pos barang, Easy Parcel ni sangat berguna untuk kalian.
Macam inilah saya (sekarang staf) uruskan penghantaran untuk team dan pelanggan TBS Wellness. Dengan anak kecil yang memang mengikut je ke mana-mana, bab packing tu pandai-pandai la buat masa diorang tidur atau berperang je la dengan anak😆
Kalau barang banyak sangat memang susah nak angkut naik turun lagipun rumah saya yang sekarang jenis apartment. Bayangkan mana tangan nak angkut barang, mana nak dukung dan pimpin anak lepas tu kena ulang naik turun sampai habis barang untuk post dibawa masuk dalam kereta.
Selesai dari rumah, sambung pula di pejabat post, Ya Allah memang boleh menangis kalau dikenang kembali.

Cara Guna Easy Parcel

Tapi sekarang semua tu hanya tinggal kenangan. Sejak kenal Easy Parcel, ia betul-betul mudahkan kerja saya. So ini penyelesaian untuk kalian yang nak jimat masa dan tak payah susah-susah nak keluar rumah untuk pos barang.
Dari isi details penerima dan pengirim, buat bayaran, cetak kertas airwaybill semua kita selesaikan dari rumah. Siap semua hanya perlu tunggu abang posmen datang ambik je.
Paling best ialah kadar bayaran yang lebih rendah berbanding jika pergi ke kaunter pejabat pos.
Ada banyak courier service yang kita boleh pilih hanya dari hujung jari.
Lambakan barang menunggu untuk diambil posman

1. Daftar akaun Easy Parcel

Untuk guna pelbagai jenis courier tanpa deposit di Easy Parcel ialah dengan isi details untuk pendaftaran di sini.

2. Log Masuk ke Akaun Easy Parcel


Pilih bulk upload untuk hantar parcel lebih dari 1 pun.
Saya memang suka guna fungsi bulk upload walaupun 2 parcel je nak hantar😂

3. Download template untuk hantar melebihi 1 parcel

4. Isikan template dengan maklumat yang dikehendaki

Mesti download template dalam bentuk Microsoft Excel ni dan terus save untuk digunakan kemudian hari.

Isi semua maklumat yang diperlukan iaitu nama, alamat, nombor telefon pengirim dan penerima. Yang paling penting ialah berapa berat anggaran untuk tahu jumlah yang perlu dibayar bila check out nanti.
Alamat pengirim ialah di mana abang posman akan pergi untuk pick up barang dari kita😁

Okay ni paling best, ada bermacam courier boleh pilih. InsyaALLAH semua tip top!
Saya dah pernah guna kebanyakannya, termasuk yang tak ada dalam list tu, ‘Aramex’ sebab ada post parcel ke Sarawak, satu daerah tu Aramex yang ambil.
Kat sebelah tu column SMS, untuk beri tracking number dalam bentuk SMS notification kepada penerima. Mudah sangat kerja-kerja pengurusan.

4. Upload order ke Website

Bila selesai isi maklumat yang diperlukan, save file excel tadi. Kemudian log masuk ke website Easy Parcel, pilih bulk upload untuk import order.


Cari file yang kita siap isi, untuk diimport. Saya tulis tarikh supaya senang nak pilih.
Buat 1 folder khas untuk Easy Parcel

Loading untuk masukkan file tadi.

Klik untuk semakan details

Sebelah kanan lagi, boleh klik untuk cek, nama alamat penerima, pick up date dan kalau tak setuju dengan harga, kat sini boleh tukar courier.

5. Check out untuk pembayaran

Buat semakan terakhir. Bila semua dah ok, terus check out!


Tunggu saja, ni lepas tekan check out tau, belum bayar lagi.

Okay sekarang, boleh bayar.
Butang top up tu untuk tambah nilai kredit dalam Easy Parcel.

6. Print semua borang yang dah siap dibayar


Bila dah bayar, kita akan redirected here, boleh print😁

Siap keluar airwaybill untuk dilekat ke parcel.
Sediakan gunting lepas print. Tapi kalau nak lebih mudah, boleh beli Thermal Printer supaya senang print airwaybill dan lekat terus ke parcel di Shopee.
Guna Thermal Printer lebih mudahkan kerja

7. Lekatkan borang pada setiap parcel

Ni contoh airwaybill untuk Poslaju. Lain courier, lain bentuk airwaybill melainkan guna Thermal Printer.

Apa Yang Best Dengan Easy Parcel

Ini antara perkara yang lebih seronok apabila post barang dengan menggunakan Easy Parcel:
  1. Dapat post barang dengan kadar yang lebih rendah
  2. Boleh kumpul reward point dan redeem dengan banyak pilihan yang disediakan
  3. Tidak perlu keluar rumah dan hanya tunggu posman ambil parcel di rumah
  4. Boleh pilih pelbagai jenis courier service yang bersesuaian hanya dari hujung jari
Posman pick up di rumah tanpa bayaran
Dapatkan akaun Easy Parcel percuma di sini
Nina Salleh | Mompreneur
vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: