Sebenarnya kalau ikut perubatan moden, cara nak pulihkan GERD (gastroeasophageal reflux disease) ialah dengan ubat-ubatan. Ia tidak salah tetapi bukan memulihkan dari dalam. Dengan ubat, gejala GERD boleh berkurang tetapi akan datang semula.
Jadi, sangat penting untuk faham bagaimana untuk elakkan kerosakan yang lebih teruk supaya masalah GERD dapat pulih dan tidak berulang.
1.Jaga Makan
Dari perut ia datang, kepada perut ia kembali. Begitulah kitaran masalah seperti GERD dan gastrik. Untuk hentikan kitaran ini, paling utama kita perlu jaga apa yang kita makan.
Kalau sebelum ni, kita akan makan ikut sedap tekak, selagi belum sakit katanya, tapi sekarang kita perlu ubah apa yang biasa makan supaya dapat elak penyakit.
Makanan yang meningkatkan keradangan seperti makanan bergandum yang tinggi gluten sangat bahaya. Ia perlu dielakkan seawal mungkin. Sebagai contoh, roti putih yang dulunya jadi makanan wajib ada di rumah saya, tapi kini tidak lagi.
Selain itu, elakkan makanan yang diproses sebab ia tinggi dengan lemak TRANS, lemak yang jadi punca banyak masalah kesihatan termasuk GERD. Elakkan sekerasnya kalau ingin pulih GERD dengan cepat.
2.Banyakkan berpuasa
Kalau ikutkan, waktu puasa ni sebenarnya masa terbaik untuk pulihkan dan reverse kesihatan. Masa puasa proses detoksifikasi seluruh tubuh berlaku dengan sangat berkesan. Waktu puasa juga kita tidak makan makanan yang biasa dimakan waktu tidak puasa.
Tambahan lagi kalau kita jaga makan waktu bersahur dan berbuka dengan tidak memakan “ikut sedap tekak”, ia akan jadi cara terbaik untuk pulihkan GERD dan kesihatan usus secara menyeluruh.
Namun sayang, ramai yang salahguna waktu berbuka puasa dengan makanan yang tinggi proses, tinggi gula dan tinggi karbohidrat. Ia bukan lagi memulihkan tapi sebaliknya akan memudaratkan.
3.Jaga Waktu Tidur
Cara nak pulihkan GERD memerlukan tidur yang cukup. Tidur awal akan meningkatkan hormon melatonin yang merupakan anti reflux. Yang mana fungsi hormon ini akan mengurangkan lonjakan asid perut ke bahagian esofagus.
Selain itu, waktu tidur juga waktu berlakunya proses autophagy, di mana sel badan akan diperbaharui. Proses ini penting untuk membaiki sel yang sudah rosak terutama di bahagian perut.
Yang paling bahaya sebab tanpa tidur yang cukup, hormon kortisol akan dirembeskan. Ini akan menyebabkan keadaan lapisan perut dan masalah GERD dan gastrik bertambah teruk.
4.Jaga Waktu Makan
Selain berpuasa untuk menjaga waktu makan dan tidak makan berlebihan, kita juga perlu jaga waktu makan. Waktu yang paling perlu elak ialah sebelum tidur.
Makan lewat malam akan menambahkan beban kepada sistem percernaan yang sudah sedia rosak. Tetapkan waktu makan malam supaya lebih awal sekurang-kurangnya ada masa 4 jam sebelum tidur. Ia akan membantu pencernaan yang sempurna dan pulihkan masalah GERD.
5.Cukupkan Nutrisi Harian
Tanpa nutrisi yang cukup, sistem badan yang sudah rosak akan mengalami kesukaran untuk pulih. Malah ia juga akan menerukkan keadaan. Ini antara nutrisi penting untuk cepatkan pemulihan masalah GERD dan gastrik:
Vitamin D: Kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin D boleh menambah masalah pencernaan. Mengambil suplemen vitamin D boleh membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan sistem pencernaan.
Vitamin B : Terutama B12 dan B6, vitamin B membantu dalam metabolisme dan boleh menyokong sistem pencernaan yang sihat.
Probiotik: Walaupun bukan vitamin, probiotik boleh membantu menyeimbangkan mikrobiota usus dan sekaligus membantu mengurangkan gejala GERD. Gejala GERD boleh berpunca dari masalah angin, hasil dari toksin yang dibebaskan oleh mikrobiota jahat dalam usus.
Ketidakstabilan hidupan dalam usus menyebabkan toksin tidak diserap oleh mikrobiota baik dalam usus.
Vitamin C: Antioksidan ini boleh membantu dalam menguatkan sistem imun dan menyokong kesihatan perut, namun harus berhati-hati kerana buah tertentu yang tinggi dengan vitamin C seperti buah limau, anggur dan kiwi boleh mencetuskan masalah angin dan menerukkan GERD.
Magnesium: Mineral ini dapat membantu mengurangkan peradangan dan meningkatkan pergerakan usus.
Omega-3:Banyak manfaat omega-3 dalam pemulihan GERD. Ia mengurangkan keradangan di dalam tubuh, termasuk pada saluran pencernaan, membantu mengurangkan stres dan sebagai sumber lemak sihat yang baik untuk memulihkan masalah GERD.
Nina Salleh | Coach Pemakanan dan Nutrisi Kesihatan