Menu

Cara Salah Untuk Turunkan Berat Badan

Sejak saya pilih untuk fokus bantu orang turunkan berat badan, ini antara cara salah yang biasa mereka buat menyebabkan proses turun berat terganggu.

Ramai juga yang buat separuh jalan disebabkan kesalahan ini, dan ada juga yang dapat kesan berat badan melantun naik.

1.Kira Kalori Semata-Mata

Kalori ialah jumlah tenaga yang diperlukan untuk memusnahkan sesuatu makanan. Perkataan calorie diambil dari bahasa Latin iaitu calor untuk haba. Ia digunakan sebagai unit asas untuk haba pada abad ke-19.

Tidak ada kesalahan untuk kira kalori sebagai petunjuk, namun bergantung kepada kalori semata-mata boleh membawa kepada kemudaratan.

Sebab pertama ialah cara makanan diproses di dalam usus tidak sama walaupun jumlah kalori yang sama.

cara diet kira kalori
Gambar https://foodstruct.com/compare/coca-cola-vs-broccoli

Katalah kita makan 1000cal air bergas, dan 1000cal brokoli. Walaupun kalorinya adalah sama, namun air bergas hanya akan menaikkan gula dalam darah dengan sangat cepat. Tiada serat dan vitamin, hanya kalori semata-mata.

Berbanding 1000cal brokoli, ia mengandung vitamin, fitonutrien, serat dan karbohidrat kompleks yang akan diserap dan dihantar kepada sel badan untuk digunakan.

Ia tidak menaikkan gula dalam darah sebagaimana air bergas.

Sebab kedua ialah kiraan kalori adalah tidak tepat. Bukan saja cara badan proses kalori  berbeza mengikut nutrisi yang ada dalam makanan, kiraan kalori setiap makanan juga tidak tepat.

Ia tidak mengambil kira proses kimia yang berlaku dalam usus, haba dan juga tindakan hormon tergadap makanan tersebut.

Jadi, jangan hanya kira kalori tetapi ambil kira juga nutrisi yang ada dalam makanan.

2.Minum Buah untuk Kurus

Bagi yang nak turunkan berat badan, ini ialah kesalahan yang biasa. Minum buah-buahan dalam bentuk jus. Ia tidak seperti memakan, buahan yang diambil dalam bentuk jus atau minuman tidak akan penuhkan ruang perut.

Ia akan terus dilepaskan oleh pyloric sphincter seperti mana air dilepaskan dari empangan.

Keadaan ini hanya akan memberikan kesan gula naik dengan cepat. Seterusnya ransangan keseronokan dihantar ke otak.

Jus yang diminum akan melepasi perut dan terus ke usus di mana gula akan diserap  ke dalam darah dan dihantar ke otak. Otak akan menyebabkan hormon seronok iaitu dopamin dirembeskan.

perut manusia
Pyloric sphincter sebagai injap untuk melepaskan bahan dari perut

Dari sini kita akan mula craving kepada makanan dan minuman manis.

Benar, ia adalah jus buahan namun tetap akan dicerna sebagai mana minuman bergas.

Oleh itu, makan buah dan jangan minum buah.

Perbezaan ketara bila minum dan makan epal ialah, epal yang dimakan mengandungi lebih banyak zat, serat dan juga akan diproses lebih lama di dalam perut. Keadaan ini tidak akan beri kesan ‘sugar rush‘ kepada sistem badan.

3.Salah Pilih Makanan

Kesalahan biasa bila saya perhatikan ramai nak turunkan berat badan tapi salah pilih makanan. Waktu pagi makan roti dengan planta, tengahari pula nasi penuh pinggan dengan lauk segunung manakala waktu malam ‘makan ringan’ dengan mi goreng.

makanan buat turun berat
Makanan yang cepat bebaskan tenaga dan cepat juga disimpan sebagai lemak jika tak terguna

Makanan ini bukan saja rendah serat, ia juga akan dicerna dengan sangat cepat. Jadi, mana-mana yang tidak digunakan akan ditukarkan kepada lemak.

Daripada nak turunkan berat badan, dalam tak sedar kita sedang menternak lemak. Ia juga akan menyebabkan gula dalam darah naik dengan cepat.

Melainkan kita seorang yang sangat aktif melakukan aktiviti fizikal, ia sangat baik untuk bekalkan tenaga segera.

4.Tidak Menjaga keseimbangan Bakteria dalam Usus

Ada lebih 50 triliun bakteria dengan lebih 1000 spesis yang hidup dalam usus kita.

Dalam proses nak turunkan berat badan, keseimbangan bakteria dalam usus sangat penting. Bakteria jahat akan sukakan makanan segera dan makanan proses. Ia akan merembeskan toksin dan tidak menyerap kalori.

cara rawat kencing manis tanpa ubat
Jutaan bakteria dalam usus menentukan tahap kesihatan

Manakala bakteria baik pula akan menyerap toksin dan kalori yang dimakan. Jadi dalam meal plan lengkap diet FBM sebenarnya ada menu yang akan membantu biakkan lagi bakteria baik. Salah satunya ialah nasi kebal.

Kebanyakan proses yang akan menyebabkan perubahan berat badan dikawal selia oleh bakteria dalam usus. Berapa tenaga yang perlu diekstrak dari makanan, yang mengawal rasa lapar, yang membuatkan kita craving kepada yang manis, juga menentukan berapa banyak kenaikan gula dalam darah untuk setiap makanan yang diambil.

Ini antara peranan bakteria dalam usus. Sangat lah banyak.

Jadi, apa pun yang kita makan perlu ambil kira untuk keseimbangan bakteria ini.

5.Terlalu Bergantung Pada Angka Penimbang

Dalam proses nak turunkan berat badan, ini ialah kesalahan ramai orang buat. Terlalu bergantung pada angka penimbang. Angka penimbang boleh jadi salah satu kayu ukur tetapi bukan lah satu-satunya yang kita akan tengok.

cara bakar lemak badan
Jangan bergantung pada berat semata

Ada orang berat turun, otot turut sama naik dan lemak bertambah. Ini yang kita nak elakkan dalam diet FBM.

Sebab itu bila buat diet FBM, selain berat badan, kita akan ada ukuran:

  • Lemak dalam badan
  • Otot dalam badan
  • Ukur lilit

Sebab proses diet FBM ialah untuk menukarkan lemak sebagai tenaga. Lemak sedia ada akan dibakar dan akan bantu bina otot dalam badan.

cara turunkan berat badan
Baju lama dah muat

Kalau serius nak turunkan berat badan dan lebih sihat, elakkan daripada buat 5 kesalahan ini ya. Nak turunkan berat badan dengan mudah dan berkesan boleh daftar untuk sertai diet FBM.

Nina Salleh | Coach Diet FBM

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: