Menu

Kerap Kentut dan Sendawa, Bukan Angin Biasa

Sekejap kentut, sekejap sendawa, pernah tak alami situasi macam ni dan sampai sekarang masih lagi belum jumpa solusi. Banyak kali pergi berurut, ini biasa kan. Ada juga yang salahkan waktu berpantang dulu tak jaga elok-elok.

Kesian ibu-ibu yang bersalin bertarung nyawa, sudah la dapat masalah kesihatan baru, ditambah dengan gaslighting tak berpantang dengan betul pula tu.

Bahaya Kerap Kentut dan Sendawa

Kentut berkali-kali dalam sejam, atau sendawa berulang walaupun belum makan banyak. Disertai dengan perut kembung dan rasa sesak dada sampai susah nak fokus kerja.

cara buang angin dalam badan
Salah makan boleh jadi masalah besar

Ini bukan perkara yang boleh diabaikan, ini sebenarnya signal yang badan berikan tanda ada permasalahan dalaman. 

Ramai anggap ini masalah kecil. Tapi sebenarnya, bahaya kentut dan sendawa ni mungkin petanda awal gangguan pencernaan seperti gastrik, GERD atau ketidakseimbangan usus. Dan lebih penting, ia juga ada kaitan dengan emosi & anxiety tau.

Tak sedikit juga ibu-ibu selepas bersalin yang dikatakan meroyan, itu pun ada kaitan dengan masalah angin dalam badan ni.

Fahami Proses Kentut dan Sendawa

Sebelum tu, kita fahamkan dulu macam mana proses berlaku kentut dan sendawa ni. Kentut terjadi apabila gas dalam usus kita dikeluarkan melalui rektum. Kadang-kadang, ia boleh jadi sangat memalukan, terutama di tempat awam kan.

cara pulihkan gerd gastrik
Makanan perlun elak

Sendawa pula berlaku apabila udara terperangkap dalam perut kita dan dikeluarkan melalui mulut. Betul, kedua-duanya adalah sebahagian daripada proses semulajadi tubuh kita.  Namun kalau berlaku dengan terlalu kerap, ia petanda tubuh badan kita sedang dalam bahaya.

Punca Kentut & Sendawa Berlebihan

Secara semulajadi, badan kita hasilkan gas semasa proses pencernaan. Tapi bila gas terlalu banyak atau terperangkap, ia boleh sebabkan:

  • Kentut dan sendawa berlebihan
  • Perut kembung, rasa tegang dan tak selesa
  • Rasa sesak nafas atau dada sempit (terutama bila berbaring)
  • Simptom yang menyerupai anxiety seperti rasa gelisah dan tak tenang
cara pulihkan anxiety
Dari hanya kerap kentut dan sendawa membawa kepada anxiety dan panic attack

Punca utama termasuk:

  • Makan terlalu cepat atau sambil bercakap
  • Minum minuman bergas/kafein
  • Makanan tinggi gas (kubis, brokoli, kekacang)
  • Masalah penghadaman seperti GERD/gastrik
  • Tekanan emosi & anxiety yang berpanjangan

Gut-Brain Connection: Bila Perut Tak Sihat, Emosi Pun Terganggu

Usus atau perut ialah otak kedua kita tau. Memang banyak kajian sains moden yang membuktikan hubungan antara usus dan otak yang dikenali sebagai gut-brain axis.

Kalau nak fahamkan perkara ni, senang tengok masa kita lapar. Waktu tu memang emosi akan membuak-buak. Cepat marah dan sebagainya.

Reaksi spontan tubuh badan apabila kita dalam keadaan cemas atau stres (fight or flight response):

  • Tubuh hasilkan hormon kortisol
  • Pergerakan usus jadi tak menentu
  • Penghasilan asid & enzim terganggu
  • Otot di sekitar perut menegang
  • Nafas jadi cetek membuatkan udara masuk lebih banyak (hyperventilation)

Ini semua boleh mencetuskan pengumpulan angin dalam sistem pencernaan, walaupun kita mengamalkan pemakanan yang sihat.

Kesan paling ketara yang boleh berlaku:

  • Lebih banyak kentut/sendawa
  • Sakit perut yang datang pergi
  • Rasa gelisah, dada sempit & sukar tidur

Bila Perlu Ambil Serius?

pemakanan pesakit gerd
Cara makan untuk pulihkan GERD Gastritis dan Anxiety

Bila gejala ini berlaku secara berlebihan dan kerap seperti:

  • Kentut & sendawa hampir setiap masa
  • Perut rasa keras, sebu, kembung berterusan
  • Tak selesa setiap kali selepas makan
  • Rasa cemas tanpa sebab jelas

Ini antara tanda badan kita perlukan bantuan. Jika dibiarkan, ia boleh jadi masalah yang lebih besar yang akan mengganggu rutin harian, tenaga, malah menjejaskan kesihatan mental.

Cara Kawal Angin & Emosi Secara Semulajadi

Antara langkah-langkah yang boleh bantu stabilkan sistem pencernaan dan emosi:

1. Ubah cara makan

  • Kunyah perlahan dan elak bercakap semasa makan
  • Hadkan makanan yang hasilkan gas (kubis, susu, gluten)
  • Elakkan baring selepas makan
  • Elakkan makan selang seli dengan minum air

2. Kawal tekanan emosi

  • Amalkan deep breathing sebelum tidur
  • Ambil masa untuk rehat mental (zikir, journaling, solat awal waktu)
  • Dapatkan tidur yang cukup & berkualiti

3. Amalkan suplemen semulajadi yang bantu stabilkan perut & saraf

Ini antara suplemen yang saya akan cadangangkan kepada mereka yang nak baik pulih usus supaya gejala GERD, gastritis dan anxiety boleh dikurangkan.

B-Complex

  • Mengurangkan tekanan dan bantu stabilkan sistem saraf
  • Sangat membantu untuk yang alami anxiety atau cepat gelabah
  • Juga penting untuk fungsi usus yang normal

Ostenutrix(Kalsium + Magnesium + Vitamin D+Zink)

  • Magnesium bantu relakskan otot perut dan sistem saraf
  • Bantu tidur lebih lena & kurangkan simptom asid naik ke esofagus pada waktu malam
  • Bantu masalah sembelit ringan yang buat angin makin teruk

    vitamin pulihkan gerd gastrik
    Vitamin untuk sokongan GERD, Gastritis dan Anxiety

Herblax

  • Detoks lembut untuk usus – bantu buang lebihan angin & najis tersekat
  • Kurangkan kembung & rasa penuh lepas makan
  • Sangat sesuai untuk yang alami gastrik & susah lawas

Res-V

  • Antioksidan tinggi untuk bantu kawal keradangan dalam badan
  • Lindungi sel saluran penghadaman daripada rosak akibat stres & asid
  • Sokong imun dan baik pulih dari dalam

Vitamin E

  • Anti-radang dan bantu stabilkan hormon stres
  • Bantu sistem saraf tenang & lebih terkawal
  • Juga bagus untuk kulit yang mudah terkesan bila perut tak sihat

Jaga Perut, Jaga Emosi

Bahaya bila kentut dan sendawa berlebihan sebab ia mungkin petanda ada yang perlu dibaiki dari dalaman badan.

Badan kita tak pernah menipu. Kita saja mungkin terleka. Jadi bila ia bagi rasa tak selesa, itu petanda kita perlu buat sesuatu.

Dengan pemakanan seimbang, pengurusan emosi dan sokongan nutrisi semulajadi, kita boleh bantu badan kembali stabil dan hidup dengan lebih tenang.

Jika selalu alami:

  • Perut kembung & tak selesa
  • Mudah cemas tanpa sebab
  • Tidur tak lena & susah rehat

Percayalah, hari ini mungkin baru rasa kentut dan sendawa, tapi kalau diabaikan ia boleh jadi 20 signal yang akan menanti. Bila perut tenang, jiwa pun lapang. Kalau nak guide untuk betulkan pemakanan dan pulihkan usus secara intensif, boleh hubungi saya di sini untuk sertai kelas baiki sistem perut.

Nina Salleh | Coach Diet & Pemakanan

vitamin malaysia
E-Book Ubah Diet

E-Book Ubah Diet

E-book ubah diet yang sesuai bagi kalian yang nak betulkan kesihatan, dengan pemakanan sebagai gaya hidup.

Dengan pembelian e-book, kalian akan dapat guide personal serta group coaching secara PERCUMA.

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: