Salam semua! Hari ni nak cerita ni, sebab ramai yang tanya, ‘how I met my husband’ , my better half. Biasala kan, kalau kawan yang kenal lama, dari tingkatan 1, dorang akan pelik, celah mana titik persamaan, dulu sekolah tak pernah sama.
Nina sekolah rendah di Sekolah Kem sekejap, kemudian di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian(2), SKKK2, manakala suami di Sekolah Perol.
Sekolah menengah Nina di MRSM Yt-Dungun, awal tahun tingkatan 3, 2003 masa tu, sekolah kena tutup. Kami semua pelajar tingkatan 3, berpindah di MRSM Pasir Tumboh, pelajar tingkatan 2 pula ke MRSM Kuala Krai, masa tu sekolah dah tak ambil pelajar baru tingkat 1. Pertama kali dalam sejarah rasanya, sekolah ditutup.
Masa Nina di MRSM Yt-Dungun dan MRSM Pasir Tumboh, suami belajar di Sekolah Menengah Mulong.
Lepas PMR pula, Nina meneruskan tingkatan 4 di MRSM Kuala Terengganu.
DI SINI BERMULA SEBUAH PERTEMUAN
Semasa di MRSM KT, suami pula meneruskan tingkatan 4 di MRSM Muadzam Shah.
Jadi mana tempat kami berjumpa?
Dulu tak pandai nak dating jauh-jauh, KT ke Muadzam tu memang Nina tak pernah jejak.
Jodoh tu benar rahsia ALLAH swt. Nina pun tak tahu, celah mana, dan tak ada idea, akan berkahwin melalui sini.
Semasa cuti akhir tahun tingkatan 4, Nina pergi tusyen untuk SPM, dah la pertama kali tusyen, boleh pulak jumpa jodoh haha!
Nak dijadikan cerita, mula-mula kita masuk kelas, cikgu tusyen edarkan 1 helai kertas untuk tulis nama, nombor telefon dan detail lain.
Nina tulis macam biasa.
Tak tahu pula ada yang sanggup kira tempat duduk Nina di mana, kemudian tengok kertas tu di pass dari hujung ke hujung, untuk dapatkan nama dan nombor telefon dari senarai kedatangan tu.
Nina tahu lepas Nina berkali tanya, macam mana dapat nombor telefon Nina. Pelik kan? Sangat pelik bila kat sekolah masa tu cuti dah habis. Dapat message yang berbunyi lebih kurang,
‘Salam, boleh kenal?‘
Tak ingat la ayat tepat, nanti Nina clarify. Benda macam ni biasanya suami ingat. Hahah.
Pertama sekali dapat message, kita tak layan. Dalam hati, ni main tembak.
Kali kedua, dapat lagi. Disebut pula nama,
‘Nina kan? Saya Yen’
Lebih kurang gitu.
BLIND DATE KE JINJANG PELAMIN
Duk bermesej. Tanpa tahu muka.
Bermula dari suami kenalkan nama dengan nama Yen, dari MRSM Muadzam Shah, kalut la Nina duk cari nama Yen.
Tanya kawan, katanya tak ada nama Yen. Ah sudah. Kena game. Masa minggu Pembimbing Rakan Sebaya, adala kitorang kena kumpul. Dari MRSM Muadzam Shah, ada yang wakil datang ke MRSM KT.
Masa tu jugak dia mula bagi coklat Cadbury sepapan besar tu. Tak boleh blah, dia siap mintak kawan dia ambikkan gambar Nina sorang. Eh boleh pulak aku setuju kan?
Nampak tak kegalokan di situ?😂 ada lagi gambar tu. Pakai baju kurung, pakai tudung hitam. Baju bunga kecik-kecik. Nanti Nina share bila jumpa gambar tu.
Bila cuti sekolah, dia ajak jumpa. Masa tu dia kerja di steseb minyak Esso, boleh la kot kumpul duit nak belanja makan kan. Takkan la pertama kali jumpa, perempuan kena belanja, tak gentle la gitu kot pemikiran suami masa tu.
Nervous!
Macam mana rupa dia ni? Gambar tak pernah tengok.
Sesuai ke?
Boleh ke tahan perangai Nina?
Tibala masa yang ditunggu. Kami jumpa di Noodle Station. Nina dihantar oleh kakak dan makcik.
Uish, nervous tak payah cakap la. Tak tahu muka kan. Sebelum pergi dah bagitau baju apa pakai. Sebab yala, dulu mana ada Whatsapp nak bagi gambar . Suami pulak jenis pemalu.
Pastu korang tau tak dia tipu baju apa dia pakai. Sebab dia nak tengok dulu Nina macam mana. Eeeeee geram pulak kalau fikir!
Itu lah pertemuan kami kali pertama, berutus message, berkenalan, berjumpa, hampir 10 tahun sebelum kami diijabkabulkan.
Betul la, kita takkan dapat tahu, apa yang ada di hadapan kita. Bermula dengan Tusyen Pakar tu, kami jumpa dalam keadaan tak kenal rupa. Kemudian berkahwin dan sekarang, Alhamdulillah, dikurniakan 3 puteri.
Doakan kami semoga saling redha, tabah dan lebih sabar mengharungi ujian hidup, yang hanya Syurga tempat berehat.
Oh pasal nama tu, dari nama Yen tu sampai sekarang keluarga Nina panggil suami dengan nama Yen. Rupanya tu nama mengorat je😂
By Nina Salleh,
A hot mompreneur.
Pengguna dan pengedar Shaklee.
Founder of The Brightstars.