Menu

I took the one less traveled by…

Assalamualaikum and good day to all..

Ehem,kenal tak tajuk entry ku itttewww?Masihkah kau ingat?Hehe.
Ala-ala ‘The road not taken’ yang kita belajar masa Form 3,kan?

Okay,sebenarnya,hari ni mood nak cerita perjalanan sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjanamuda Sains Perubatan Kecemasan,iaitu kos yang julung kalinya ditubuhkan pada tahun 2007,dan aku ialah dikalangan yang pertama grad sebagai pelajar kos ini.
Mesti ada yang cakap macam doktor kan?Haaaa,sebab aku pun memang ingat kerja macam cerita E.R (Emergency Room) channel 701 dulu,ada lagi ke sekarang cerita ni?
Dulu,masa pilih dalam UPU aku memang letak kos ni pilihan pertama,aku kan suka benda-benda mencabar ni kan,sampai terlebih mencabar pun ada rasanya.Haha.Aku pilih kos ni sebab nak kerja macam cerita ER ni lah,lepas tu pilihan yang seterusnya ada Sains Forensik.Tapi rezeki aku,dapat pilihan pertama.Aku memang tak pilih Jurusan Doktor Perubatan,sebab aku fikir aku malas nak menghafal,dan dalam kepala aku,susah laaaa MD.Ropenyaa kos aku pun tak kurang hebat dia.Cuma lebih fokus untuk kecemasan.
Back to the topic..Kos aku ni sebab yang pertama,kami yang pioneer ni jadi macam kena jawab soalan sama yang paling famous ‘ke mana hala tuju kami?’.
Sebab skop kerja lebih kurang Assistant Medical Officer (AMO) yang sekarang ni dipegang oleh mereka yang lepasan kolej KKM sendiri,Diploma Pembantu Perubatan yang bila grad,masuk kerja kerajaan akan dapat gred U29.Disebabkan kami ini lepasan ijazah (la sangat),maka gred kami ialah U41,mengikut sistem pengredan kerajaan Malaysia.
Cerita dia sangat panjang.Terkadang ada juga give up terlintas di hati,menyesal pun ada sebab ambil kos ni,dan menjurus kepada ber ‘kalau’ yang sangat disukai syaitan seperti kalau lah aku pilih Medic dulu,kalau lah aku terima biasiswa MARA dulu,macam-macam kalau..Tapi sebenarnya, ALLAH swt itu Maha Tahu,perjalanan ini telah diatur oleh-NYA,cantik,terbaik untuk hamba-NYA.Pasti terselit hikmah.
Pahit jerih kami lalui,dengan hala tuju yang belum pasti.Tapi semangat pensyarah,dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung,yang tidak putus memberi kata semangat,membantu membuka jalan bersama kami,4 tahun kami harungi dengan jayanya.
Alhamdulillah,dengan kerja keras para pensyarah,antara pencetus idea untuk menubuhkan kos ini iaitu Prof Madya Dr. Hj Ismail bin Saiboon,dan ramai lagi yang bertungkus lumus untuk mendaftarkan kami sebagai AMO di bawah Lembaga Pembantu Perubatan,kami secara rasminya sekarang ialah Penolong Pegawai Perubatan,dan interview pertama dengan pihak SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan U41 akan diadakan pada 16-23 November 2012.
Mohon doa dari kalian yang membaca,agar direzekikan kami untuk berkerja dalam sektor kerajaan,agar dapat kami manfaatkan ilmu yang diamanahkan ini,seterusnya bersama menambahbaikkan khidmat dan professional AMO di Malaysia.Semoga dengan penempatan kami di sektor kerajaan akan mengukuhkan kedudukan kami,dan menaiktarafkan AMO sekarang.Bersama menggembleng tenaga.

Ameen.Ameen.Ameen ya Rabb..

We will make a different.
*Image from Google*

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

2 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: