Assalamualaikum and good day everyone😁
My crazy life partner
Hari tu, masa kami dalam perjalanan ke rumah abang suami, ada makan-makan. Saja je cakap, memandangkan ,hari Jumaat lepas, kami baru lepas kehilangan bapa saudara(al-Fatihah) , itu satu peringatan untuk kami, terutamanya saya.
Sebenarnya saya ni nampak je macam boleh buat semua, tapi sebenarnya kerja rumah, jaga anak, semua suami buat kalau kami sama-sama kat rumah😂
Saya tukang bagi susu.
Budak ni nak gi sekolah pun dengan Papa, ornag lain tak boleh hantar
Dalam kereta, saya saja je cakap dengan suami,
‘Saya harap, saya mati dulu..
Sebab saya tak tahu macam mana nak hidup tanpa awak..’
Lepas tu ingat ada scene nangis macam drama Korea kan, tapi suami senyum je hampeh😆
Suami tanya,
‘Awak buat perangai tu tak ingat ke?’ (Macam nak cakap, masa buat perangai tu tak ingat pulak benda ni)
Oh man, memang la mana ada ingat kalau buat perangai. Kahkah.
Tak jadi nak buat ayat sedih.
Suami cakap, doa la yang baik-baik. Suami saya ni jenis banyak gila sabar dengan isteri dia, isteri pulak level meroyan tak terkawal. Hahaha. Hanya suami je la tahu macam mana meroyannya diri ini. Bila meroyan tu tak dengar apa dah.
‘Saya sabar je, saya yakin yang ALLAH swt atur ni yang terbaik’
Ouch my husband is such a sweet talker 😍
Tak dinafikan, memang dia sangat sabar, sabar ,sabar saja dalam hidup dia ada sabar je kot layan bini.
Kalau rasa nak meroyan lagi, mohon ingat balik,
Suami la yang basuh baju.
Lipat baju.
Kemas baju.
Kemas rumah.
Tolong pergi branch.
Mandikan anak.
Layan perangai anak.
Material-wise, memang la mungkin tak dapat beri macam orang lain beri, tapi saya kahwin dengan suami pun bukan sebab material.
2-2 nak dengan Papa, mom kat belakang bawak diri je😁
BAGI KEBENARAN KAHWIN LAIN
Wow sangat kan. Bukan senang isteri nak bagi kebenaran.
Besar sangat tu kalau saya nak cakap bagi kebenaran, tapi untuk diri sendiri, mungkin, walaupun bukan sekarang, saya kena terima hakikat.
Jauh kat sudut hati, siapa nak kan? Bermadu kot.
Tapi, padan la muka kalau dapat kan, sebab perangai taknak jaga.
Tolong doakan saya, supaya ubah perangai biar molek sikit.
Tak ada kot orang yang nak bagi suami kebenaran kahwin lain kan? Mungkin dia kena pilih.
‘Setakat sekarang, saya memang tak terfikir ke arah tu’ kata suami bila saya tanya pasal ni.
Sebab orang sekeliling pun ramai kahwin bukan 1.
Harap suami tak terpengaruh, tu je.
KESABARAN DALAM RUMAHTANGGA
Teringat pesan Prof Harlina, untuk puterinya yang baru berkahwin, dalam rumahtangga, kena,
Sabar..
Sabar..
Dan sabar lagi..
Itu je formula. Jangan hadkan kesabaran kita.
Terlebih dahulu saya nak nasihatkan diri saya sendiri, dan mohon semua yang membaca, untuk doakan kerukunan rumahtangga kami.
Masih banyak yang saya kena ubah.
Banyak lagi yang saya kena beri, sebelum saya persoalkan hak saya untuk menerima, kerana erti hidup adalah pada memberi.
Sincerely,
Nina Salleh