Menu

7 Cara Mudah untuk Kurus Sebelum Raya

Bila dah dekat bulan puasa, biasanya ramai lah ibu-ibu yang berazam nak kurus sebelum raya supaya bila jumpa sanak saudara nanti tak ada soalan seperti “ada isi ke” atau sewaktu dengannya hihi. Ada juga yang semakin tahun, semakin bertambah saiz baju sebab azam kurus sebelum raya dibawa lagi ke hadapan.

Syukur muat baju nikah 11 tahun lalu, masa tu berat badan 51.5KG

Sebenarnya, bukanlah niat nak ramping macam anak dara pun. Terutama macam saya dah ada anak 4 orang, kena berpijak di Bumi yang nyata. Walaupun sekarang ni baju nikah 11 tahun lalu dah kembali muat. Yuhuuu. Alhamdulillah.

7 Cara Mudah Untuk Kurus Sebelum Raya

Walaupun bulan Ramadan nanti sepatutnya paling cikai pun boleh turun berat 1kilogram, sebab ia adalah bulan untuk menahan diri. Tapi itulah, nak kurus sebelum raya ni tak semudah bicara cewah. Ada yang tak mampu menahan diri, jadi bulan puasa bertukar menjadi bulan pesta makan. Naudzubillah.

Jadi saya nak kongsikan 7 cara mudah untuk kurus sebelum raya yang semua boleh amalkan termasuk mak-mak yang dah lama carry forward azam kurus. Tak kata kat orang lain, saya sendiri pun banyak kali berazam nak kurus sebelum raya tau.

1. Minum air dengan cukup

Bulan puasa nanti ini antara cabaran sebab masa sangat terhad. Waktu makan dan minum ialah antara waktu Maghrib hingga ke Subuh keesokan harinya. Jadi agak mencabar untuk minum air dengan cukup. Tapi tak mengapa, cuba amalkan ikut jadual minum air yang ini.

Minum air dengan cukup

Pentingnya minum air dengan cukup dalam misi kurus ni supaya badan dapat flush segala toksin yang ada. Dengan air yang cukup, sistem badan bermula dari sel akan berfungsi dengan optimum. Air yang cukup akan membantu untuk melancarkan sistem penghadaman serta membantu metabolisma badan dalam proses pembakaran lemak.

Selain itu, minum air kosong juga akan mengurangkan keinginan untuk makan yang bukan-bukan aje. Contohlah kalau terasa nak makan, cuba minum air kosong dulu. Kalau masih rasa, baru lah makan. Tapi memang badan tak mampu nak terima banyak makanan sebab perut dah terisi dengan air kosong.

2.Berpada-pada Dengan Juadah Berbuka

Bila puasa ni perut akan kosong dan kelaparan. Masa inilah terasa nak makan macam-macam dan semua benda nak beli. Jadi, nak elakkan juadah berbuka yang berlebihan. Ia bukan saja menyebabkan pembaziran, tapi boleh menyebabkan terlebih makan.

Iyalah, demi nak habiskan makanan yang banyak, maka kita sanggup sumbat je dalam perut.

Menu yang beri tenaga dan mengenyangkan

Kesiankanlah perut kita. Berpada-pada dalaam penyediaan juadah berbuka. Kalau beli di bazar Ramadan, cukuplah 2 lauk dan sayuran. Kalau masak pula saya akan masak satu lauk, satu sayuran dan satu jenih kuih muih saja. Nak lebih mudah terus siapkan menu berbuka untuk 30 hari di bulan Ramadan nanti.

3.Pilih makanan Yang Betul

Cabaran besar untuk kurus sebelum raya sebab bila tiba bulan puasa, kita lebih suka berbuka dengan makanan manis. Benar, ia sunnah untuk berbuka dengan yang manis-manis seperti buah kurma. Kurma ialah makanan yang baik.

Buah kurma banyak khasiat

Walaupun manis, ia bekalkan tenaga segera dan juga tinggi dengan serat. Manakala makanan manis yang kita selalu pilih seperti kuih muih daripada gandum dan tinggi gula akan menyebabkan ketagihan serta masalah kerintangan insulin dalam badan.

Inilah sebenarnya punca berat naik dan perut buncit.

4.Elakkan Jus Buah

Dalam misi nak kurus sebelum raya, maka banyaklah formula untuk kurus berlegar-legar. Ramai juga pilih untuk ‘minum’ buah. Sebetulnya, jus buah perlu dikurangkan supaya ia tidak melebihi yang badan perlu.

Bulan puasa memang semua nampak sedap

 

Bayangkan untuk buah satu gelas jus tembikai memerlukan separuh biji buah tembikai. Manakala kalau makan buah tembikai, kita hanya perlu 2-3 hiris saja sudah cukup kenyang. Jus buah bukan saja akan buatkan terlebih makan, malah seratnya juga akan ditapis bersama. Maka, kuranglah khasiat yang kita akan dapat dari buah tersebut.

Masalah paling besar dengan jus buah ialah gula berlebihan yang badan akan terima dari jus buah tersebut. Sekali lagi, gula ini akan menyebabkan kerintangan insulin dan badan susah turun berat.

5.Lakukan Senaman Ringan Sebelum Berbuka

Dulu saya dilema juga, nak bersenam sebelum makan atau selepas makan. Lepas tu bila saya join dengan fitness coach, dulu la sebelum Covid-19 lagi tu, saya tanya coach untuk kepastian.

Mulakan dengan apa yang ada

Saya ingat lagi coach jawab, kalau senam sebelum makan, kita akan bakar banyak lemak dalam badan. Kalau senaman selepas makan pulak kita akan bakar kalori yang diambil dari makanan.

Kalau nak kurus sebelum raya, nak buang lemak-lemak dan geleber, ambil masa antara satu hingga dua sebelum berbuka puasa untuk lakukan senaman ringan 20 minit. Tak perlu tunggu ada gym, dekat Youtube berlambak, tinggal nak angkat punggung dan ikut je. Salah satu yang saya suka ialah yang ini.

6.Makan perlahan-lahan untuk berbuka

Bulan puasa nanti ambil lah peluang untukb betulkan cara makan. Salah satunya kalau nak kurus sebelum raya, waktu berbuka puasa makanlah perlahan-lahan. Kebiasaannya, bulan puasa kita akan berlumba makan sampai kenyang padahal lauk tu ada je. Memang cukup pun tapi entah la eh, nafsu gelojoh buatkan diri jadi kurang rasional.

Makan perlahan-lahan waktu berbuka supaya kita tak terlebih makan. Hanya 20 minit selepas makan, barulah signal “kenyang” akan dihantar.

Dengan kaedah makan perlahan ni kita akan dapat berhenti sebelum kenyang.

7. Amalkan Set Kurus Shaklee

Amalkan Set Kurus Shaklee untuk mempercepatkan proses detox serta membantu sistem penghadaman dan pencernaan dalam badan.

Saya tahu bila bab set kurus Shaklee, supplement Shaklee, atau vitamin akan ada kontroversi. Ada yang akan cakap,

“Boleh je kurus tak makan supplement pun”

“Makan supplement nanti rosak buah pinggang”, ini betul sebab kebanyakan ubat kurus yang dijual berleluasa ialah tanpa lesen dan tidak melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun situasi itu berbeza dengan Shaklee.

Cinch Chocolate untuk bersahur supaya kenyang lebih dan bertenaga sepanjang hari

Vitamin Shaklee yang ada di pasaran sudah mendapatkan kebenaran dari KKM bererti selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.

Bukan nak kurus je. Tapi kurus sihat dalaman cantik luaran ni komitmen berbeza

Untuk misi kurus sebelum raya, saya nak bantu mak-mak bukan saja untuk kurus, tapi nampak lebih glowing, lebih cergas dan kulit tak kendur. Perbezaan ketara bila makan Set Kurus Shaklee terutama kulit memang akan tegang gituh. Tak payah cucuk botox dah haa.

Mujur lah sempat insaf hujung tahun 2022 hihi, berat statik 65-63KG. Tahun ni dapat rasa angka 5 di depan.

Lagi satu bila makan supplement, badan akan dapat cukup nutrisi. Bila kita buat kawalan makanan, pasti ada nutrisi yang terhad atau tak cukup. Sebab itu ada yang kurus tapi masalah sakit badan lenguh situ sini. Inilah antara masalah yang akan timbul bila tak jaga pengambilan micronutrien.

Bulan puasa dah hampir, ambil kesempatan untuk kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee digabungkan dengan Set Puasa Shaklee, InsyaAllah dapat puasa bertenaga juga.

Jom saya bantu untuk kurus sebelum raya

Dengan Set Kurus Shaklee, selain kurus, badan kita juga akan dapat kesihatan dalaman. Kalau serius nak kurus dan nak dapat panduan, e-book dan kumpulan sokongan dari saya sendiri, boleh hubungi saya melalui Whatsapp untuk sertai program Fat Burning Machine.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

3 thoughts

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: