Sebelum ni saya tak pernah makan pun laksa Johor ni. Biasa kenal laksa Penang dan laksa lemak yang kuah putih. Tapi gara-gara makan rumah makcik masa raya hari tu, dia jadi teringat-ingat. Saya nak beli memang tak tahu kat mana, dan tak tahu la kena selera ke tidak. Jadi saya tanya makcik, katanya resepi laksa Johor sedap yang dia hidang tu dia ikut resepi Che Nom.
Saya pun apa lagi, dah tersangat mengidam anak tekak, jadi Google je la untuk cari laksa Johor resepi Che Nom.
Memandangkan saya memang guna je bahan yang ada kat rumah ni. Jadi mungkin ada sedikit perbezaan dengan Che Nom punya. Apa pun laksa ni memang sedap. Saya bagi keluarga makan, diorang pun tetiba jadi teruka laksa Johor. Haha.
Bahan-Bahan Laksa Johor
Bahan-bahan yang saya guna untuk buat laksa Johor ni sesuai untuk hidangan 10 0rang sekali makan tau. Jadi kalau nak buat seisi rumah yang ada 5 orang tu, bahagi lah sia-siap ye.
Bahan-bahan pula terbahagi kepada beberapa bahagian.
1.Bahan yang perlu kisar halus
Bahan ni semua akan digunakan untuk menumis nanti. Jadi pastikan kisar betul-betul halus, biar tak terasa ampasnya. Kalau ada ampas, rasa terganggu nak makan nanti.
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 4 batang serai
- 2 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 2 inci belacan bakar (saya bakar guna api dapur sekejap)
- 10 tangkai cili kering, Saya guna jenis besar supaya tak terlalu pedas untuk anak-anak makan.
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar udang kering
2.Bahan UTAMA dikisar bersama
- 1kilogram ikan kembung, tenggiri atau sardin direbus dengan garam dan asam keping. Kemudian perisikan.
- 10 ekor udang yang dibuang kulit
3.Bahan kisar untuk stok air udang
Udang yang diambil isinya untuk kisar bersama ikan tadi, kulitnya jangan dibuang. Penting untuk ada stok air udang supaya naik bau dan rasa. Kisar kulit udang bersama 3 ulas bawang dan tapis untuk diambil airnya.
4.Bahan lain untuk masak kuah
Bahan-bahan ini pula akan dimasukkan dalam kuah laksa Johor selepas bahan tumis naik bau dan sebati.
- 2 sudu besar serbuk kari
- 2 batang serai diketuk
- 1 kotak santan 200ml, 1/2 kotak air
- 1 batang bunga kantan dibelah 4
- 1 ikat daun kesom
- 4-5 helai daun pudina hiris nipis
- 3 sudu besar kerisik
- 3 keping asam gelugor
- Perasakan dengan garam dan gula Melaka
5.Bahan-bahan untuk hidang Laksa Johor
Semestinya laksa Johor ni bukan level biasa, tapi level kayangan sebab dihidang dengan spageti.
Ulam-ulaman pula:
- Taugeh
- Bunga kantan hiris nipis
- Timun batang hiris nipis
- Limau nipis
- Cili padi
- Telur rebus
- Sambal belacan
Cara Untuk Sediakan Kuah Laksa Johor
Siap sediakan bahan-bahan tu agak ambil masa. Tapi bila dah siapkan semua bahan, yang lain jadi sekejap je.
1.Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar untuk tumis tadi. Masak hingga naik bau dan pecah minyak.
2.Masukkan serbuk kari dan serai yang diketuk. Kacau sebati.
3.Masukkan bahan kisar yang lain. Kacau hingga sebati.
4. Kacau hingga campuran sebati bersama.
5.Masukkan santan dan bahan-bahan lain.
Resepi laksa Johor sedap yang asal perlu ada spageti. Tapi untuk bolehkan makan dengan banyak tanpa jejaskan diet Fat Burning Machine, saya tukar spageti dengan suhun. Boleh la makan banyak mana pun tak perlu risau. Hihi.
Menu sedap dan rumit macam ni boleh lah hidang waktu hari istimewa sambut hari jadi anak atau hari raya dan menyambut kedatangan tetamu ke rumah kan. Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan resepi ni.
Nina Salleh | Empowering moms