Hari Jumaat lepas, saya pergi ke Kuching, Sarawak naik flight AirAsia, dapat tiket murah sebab guna points BigPay hihi. Pergi dalam sehari je tapi banyak betul tempat nak lawat di Kuching nanti. Kapal terbang berlepas jam 11 pagi dari KLIA2, dan tepat jam 12.33 tengahari selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
Sebenarnya, Kuching ni jadi satu tempat istimewa di hati saya. Ini lah bandar yang sepatutnya saya menetap dan berkerja, dapat tawaran kerja kerajaan 10 tahun lalu. Saya yang minta ditempatkan di Kuching, saya juga yang menolak tawaran. Masa ni masih mencari arah hidup. Hehe. Alhamdulillah, pengalaman ini mendewasakan. Semua tinggal kenangan dan saya simpan kemas dalam hati. Dan simpan sini untuk tatapan anak cucu nanti.
Beberapa Kali Jejakkan Kaki di Kuching, Sarawak
Negeri Sarawak ni MasyaAllah besar sungguh. Rupanya keluasan Sarawak ni bersamaan dengan Semenanjung Malaysia tanpa negeri Melaka. Kalau nak berjalan dari satu daerah tu; berbelas jam kalau naik kereta. Dan mestilah kena naik flight kalau nak cepat. Huhu. Belum tercapai lagi nak jumpa kawan yang bisnes Shaklee sama-sama, beliau duduk di Bekenu. Katanya 12 jam kalau naik kereta. Saya kena datang lagi supaya dapat pergi sana jumpa beliau. Fuh.
Ini kali kedua saya jejakkan kaki di Sarawak, selepas berhenti kerja dengan syarikat swasta sekitar tahun 2015. Waktu kerja di syarikat tersebut, ada beberapa kali juga saya ke Sarawak untuk urusan kerja di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Kali ni pun saya jejakkan kaki di sini juga untuk urusan kerja. Bezanya kali ni kerja sendiri. Bukan sebagai orang makan gaji😅
Walaupun sehari, tetap nak buat juga tempat best kena lawat di Kuching, Sarawak dalam sehari. Tempat-tempat ni atas cadangan kawan juga pembacaan dari media sosial juga. Haha. Mana lah nak tahu tempat best kalau tak ada semua tu kan.
Harapnya yang saya kongsikan ni juga membantu orang yang nak pergi melawat Kuching, Sarawak.
Tempat Wajib Lawat di Kuching Dalam Sehari
1. Sunny Hills Ice Cream
Sampai di KIA jam 12.30 tengahari, tengah panas terik atas kepala. Saya dari KIA lepas tu terus ke Sunny Hills Ice Cream untuk pekena aiskrim. Sedap juga, ada rasa susu tapi kena makan masa sejuk la. Kalau tidak, memang rasa manis tu. Bagi saya rasa aiskrim ni tak ada yang unik pun, cuma kedai ni dah lama puluhan tahun. Itu yang buat jadi penarik tu. Kedai biasa saja, tak fancy dan tak ada decor gah. Yang ada mungkin memori orang-0rang yang pernah jejakkan kaki di sini satu ketika dulu.
2. Waterfront Kuching
Kalau pergi Kuching, memang kena pergi Waterfront ni. Ada sungai untuk menyeberang ke kedai kek lapis dan ikan terubok. Boleh lah naik bot untuk sight seeing. Bot ni RM19 seorang dewasa untuk 30 minit, RM30 untuk 1 jam. Kami ambik 1 jam. Harga pakej dengan pakcik yang bawa bot ni memang tunggu sampai siap, tunjukkan kedai dah macam pakej private dah. Kami 3 orang je dalam bot.
Ada lagi bot tepi-tepi jalan ni kalau nak seberang, bayar RM1 je. Cumanya tak boleh lah nak angkut luggage macam kami ni. Sebab bot tu memang banyak muatan.
Bila dah menyeberang, beli la kek lapis ada banyak jenis. Kalau rajin nak cuba 1-1 pun boleh je. Yang banyak nampak kat sini Kek Lapis Mira dengan Dayang.
3. Seafood di TopSpot
Ini antara tarikan pelancong di Kuching. Kalau di Johor, tempat ni macam Senibong seafood la. Ada banyak kedai dan boleh pilih. Cumanya konsep kat sini lebih kepada food court. Boleh order dari kedai mana-mana dan duduk di meja mana pun.
Untuk cari kelaianan, boleh la cuba menu yang hanya ada di Kuching, atau saya yang tak tahu ada di Semenanjung huhu:
•Oyster omelette
•Umai
•Ambuyat
•Midin
Yang ini sejenis sayur yang biasa ada di Sarawak. Kalau di semenanjung macam kailan ikan masin kot.
4. Mi Sapi/Kolok Hj Salleh Satok
Ada banyak kedai mee Kolok, tapi ni yang paling ramai recommend. Kalau tanya pemandu grab pun, inilah kedai mi kolok yang mereka cadangkan. Kedai ni pun pukul 6 pagi orang dah mula beratur panjang.
Secara jujur, mi kolok ni memang buat saya teringat-ingat. Tapi kelemahan kedai ni ialah waiting time agak lama. Dari kami dapat tempat duduk, kena tunggu lagi dalam 30 mint. nampak macam mee celup kalau di Kuala Lumpur, tapi mungkin cara penyediaan berbeza menyebabkan masa diambil jadi panjang. Hari Sabtu lepas, kami beratur jam 7.23pagi, dapat makanan jam 8.24 pagi. Anggaran 1 jam dari masa beratur untuk dapat makan mi kolok ni.
Di Kuching Sarawak ni, mi kolok dan laksa Sarawak makanan pagi kat sini. Jangan datang tengahari sebab kedai akan tutup dah. Laksa Sarawak tak dapat makan kali ni.
5. Kubah Ria
Di Kubah Ria ni ada macam-macam jenisbarang jualan, kedai dan makanan. Kalau berjalan dengan orang yang ada keluarga, haaa sini ibarat syurga lah. Ada medan selera, ada kedai lauk basah, ada kedai lauk kering dan ada jenis kuih muih yang pelbagai boleh cuba. Terutama yang ada di Kuching sahaja macam buah dangai.
Sempat juga saya merasa nasi lemak ganja di Kuching ni. Haa sedap. Cuma rasa dia lebih lemak dan bersantan. Sambal dan lain-lain tak ada beza sangat.
Di sini pembayaran masih lagi banyak menggunakan tunai. Jadi kena sediakan tunai secukupnya. Tak semua lagi menggunakan QR pay, mereka guna Sarawak Pay.
Bahagian yang ada medan selera, pakaian dan mainan anak ialah yang Kubah Ria. Bahagian sebelahnya yang macam pasar ialah Medan Niaga Satok.
Ini juga sebahagian Kubah Ria.
6. Satok Suspension Bridge
Jambatan ni macam di San Fransisco cuma warna sahaja tak merah dan di bawah tu ada buaya😂 Ya betul, ini orang Sarawak yang cakap.
Bawah jambatan ni ialah bahagian dari sungai Rejang, sungai terpanjang. Haaa inilah dia.
Kalau nak bergambar, elok sangat datang sambil senam buang lemak lepas menjamu kat medan selera. Tapi seram juga kalau tengok kat bawah tu.
7. Patung Kucing
Nama nya pergi Kuching, kena lah ada gambar dengan kucing yang berekor-ekor ni. Comel pulak tu macam-macam kejadian kucing ada kat sini. Ish. Geram nak buat balik sekor, yang ini tak payah haru nak tukar pasir ke beli makanan ke apa.
Saya pergi sendiri je kat patung ni sebab kawan lain semua diva, tak boleh jalan tengah panas dan tak adventure haha. Demi gambar dengan kucing comel ni saya redah je. Ada beberapapatung kucing di Kuching ni. Yang ini di depan Margherita Hotel Kuching. Inilah dia.
Tujuan Asal dan Utama di Kuching
Sehari di Kuching yang memberikan pengalaman dan sarat dengan pelajaran baru buat saya. Tujuan asal ke Kuching untuk meraikan hari bahagia sahabat seperjuangan dalam bisnes Shaklee atas kejayaan beliau capai pangkat tertinggi. Pihak Shaklee sendiri akan taja sambutan besar-besaran di hotel untuk setiap yang berjaya capai pangkat tertinggi ni.
Mereka ni keluarga besar Shaklee saya. Dari 2016, hingga selamanya Insya-Allah ameen. Doakan kami dapat bantu lebih ramai dengan bisnes Shaklee. Nak sertai kami dengan bisnes modal rendah, RM35 untuk daftar dan mulakan hari ni. Hubungi Pengedar Shaklee Ampang.
Nina Salleh | Work at home mom