Menu

Tips Penjagaan Luka Bersalin Supaya Cepat Sembuh

Penyembuhan luka selepas bersalin adalah penting untuk kesejahteraan fizikal dan emosi ibu baru. Sama ada melalui pembedahan caesarean atau episiotomi, penjagaan khusus diperlukan untuk memastikan luka sembuh dengan cepat dan tanpa komplikasi.

cara jaga luka bersalin
Penyembuhan ibu berpantang sangat penting

Antara pengalaman ngeri saya sewaktu berpantang anak pertama ialah sembelit hingga berdarah-darah habis dalam mangkuk tandas menyebabkan ada koyakan pada luka bersalin. Moga ia tidak dilalui oleh ibu-ibu baru yang lain.

Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh

Beberapa tips yang saya nak kongsikan banyak dari pengalaman sendiri agar luka bersalin cepat sembuh dan ibu dapat rehat secukupnya.

1. Jaga Kebersihan Luka

Mencuci Luka:
Pastikan kawasan luka sentiasa bersih. Gunakan air suam dan elakkan penggunaan sabun yang boleh merosakkan pH di kawasan luka, bagi mengelakkan jangkitan kuman. Bersihkan kawasan luka dengan air suam sudah mencukupi.

cara jaga luka bersalin
Jaga Luka Bersalin Dengan betul

Keringkan dengan Betul:
Selepas mencuci, pastikan luka kering sepenuhnya. Tepuk-tepuk dengan tuala bersih untuk mengelakkan kelembapan yang boleh menyebabkan jangkitan. Saya juga akan anginkan untuk pastikan luka betul-betul kering.

2. Pemakanan Seimbang

Nutrisi untuk Penyembuhan:
Makan makanan yang kaya dengan protein (seperti daging, ikan, telur, dan kekacang) kerana protein membantu membina tisu baru untuk cepatkan penyembuhan luka.

menu berpantang ibu bersalin
Contoh menu berpantang yang seimbang

Banyakkan juga makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C dan A, yang penting untuk penyembuhan luka. Buah-buahan sitrus, beri, bayam, dan lobak merah adalah pilihan yang baik.

Suplemen Tambahan:
Pertimbangkan untuk mengambil suplemen seperti Res-V Shaklee yang kaya dengan polifenol yang tinggi dengan antioksidan dan antiradang akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin dari dalam.

cara sembuhkan luka bersalin
Res-V Shaklee sangat membantu ibu berpantang

3. Rehat yang Cukup

Mengambil Masa untuk Rehat:
Rehat adalah penting untuk pemulihan. Ambil peluang untuk tidur dan berehat setiap kali bayi tidur. Kurangkan aktiviti fizikal yang berat untuk elakkan ‘burn out‘.

4. Senaman Ringan

Gerakan Ringan:
Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau buat regangan lembut. Ini membantu meningkatkan peredaran darah yang sangat penting untuk penyembuhan luka.
Elakkan aktiviti berat seperti mengangkat beban atau senaman intensif sehingga betul-betul sembuh dalaman dan luaran.

5. Pengambilan Air yang Cukup

Hidrasi Penting:
Ibu berpantang perlu minum air yang cukup untuk memastikan tubuh cukup terhidrasi. Hidrasi yang baik membantu dalam proses penyembuhan luka dan keseluruhan kesihatan tubuh. Termasuk untuk membantu banyakkan susu badan.

6. Pantau Luka untuk Tanda-tanda Jangkitan

Kenalpasti Gejala:
Perhatikan tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan berlebihan, bengkak, nanah, atau bau yang tidak menyenangkan dari luka. Demam juga boleh menjadi tanda luka ada jangkitan kuman.

tanda luka bersalin jangkitan kuman
Luka yang ada tanda jangkitan kuman

Rujuk Doktor:
Jika ada tanda-tanda jangkitan, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan jangan bertangguh.

7. Penggunaan Bantal Semasa Duduk

Sokongan Tambahan:
Gunakan bantal donat atau bantal sokongan lain semasa duduk untuk mengurangkan tekanan pada kawasan luka dan membuat lebih selesa. Tambahan kalau bayi meragam dan perlu banyak duduk, bantal macam ni sangat membantu.

8. Kelengkapan Selepas Bersalin

Pad dan Pakaian yang Sesuai:
Gunakan pad selepas bersalin yang lembut dan tidak menyebabkan geseran pada luka. Pakaian longgar yang diperbuat daripada bahan yang bernafas seperti kain kapas (cotton) juga membantu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan.

9. Ubat-ubatan dan Rawatan Tambahan

Pain Relief:
Gunakan ubat penahan sakit seperti yang disarankan oleh doktor anda untuk mengurus kesakitan. Ini penting untuk memastikan bergerak dengan lebih selesa tanpa kesakitan. Pilihan lebih sihat untuk dapatkan Pain Relief Caplet dari bahan semulajadi yang berfungsi untuk mengurangkan kesakitan.

pain relief natural
Ubat tahan sakit dari bahan semulajadi

Krim dan Antiseptik:
Guna krim antiseptik atau rawatan topikal yang disarankan doktor boleh membantu menjaga luka daripada infeksi dan mempercepat proses penyembuhan. Jangan beli dan guna sebarangan krim yang dijual risau bahan boleh memberi kesan buruk.

10. Sokongan Emosional

Bercakap dengan Orang Terdekat:
Luahkan perasaan kepada pasangan, keluarga, atau rakan-rakan. Sokongan emosional adalah penting untuk kesejahteraan menyeluruh. Waktu berpantang kita sangat perlu bercerita dengan pasangan. InsyaAllah dapat curahkan yang terbuku dan jangan sesekali memendam rasa.

Komuniti Ibu:
Sertai kumpulan sokongan ibu dalam talian untuk berkongsi pengalaman dan mendapatkan tips berguna.

Penyembuhan luka bersalin memerlukan penjagaan dan perhatian khusus. Dengan itu, kita boleh mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan lupa untuk sentiasa memantau tanda-tanda jangkitan dan terus ke hospital sekiranya ada tanda-tanda atau sakit pada luka bersalin.

Amalkan Res-V Shaklee sebagai suplemen tambahan sewaktu berpantang untuk membantu tubuh sembuh dengan lebih cepat dan lebih efisien. Boleh dapatkan Res-V Shaklee dari Pengedar Shaklee Ampang.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: