Walaupun beberapa tahun dah berlalu, tetap juga nak kongsikan pengalaman berpantang bersalin normal. Sebab dah lalui 2 kali berpantang, walaupun baru 2, dah boleh buat comparison la kan. Hehe. Bukan bermakna nak pantang lagi, tapi kalau ada rezeki insyaALLAH, akan lebih bersedia untuk hadap.
Perkongsian ni diharap boleh membantu ibu-ibu yang bakal bersalin, dan berpantang, yang masih buntu nak pilih set berpantangš
Pengalaman Berpantang Sendiri Anak Pertama
Masa ni mengandung anak pertama, dah 37 minggu, tapi gigih photoshoot haa sebab menang giveaway jadi dapat slot photoshoot percuma. Yang anak lain jangan dengki eh ini tak berbayar.
Tanggal 8 November 2013, waktu pagi masa nak solat Subuh, air ketuban pecah kat rumah, terus bergegas ke hospital dan lahirlah anak pertama, tak sampai 1 jam di bilik bersalin. Lepas bersalin, seharian bermalam di hospital baru boleh balik.
Tak Beli Set Pantang Ke?
Balik rumah dari hospital, ahli keluarga lain semua duk tanya, ‘Tak beli ke set pantang ke apa”, normal la kalau kita dikelilingi ahli keluarga. Memang akan bertanya. Sebab bagi mereka, apa yang kita makan dalam pantang tu akan bagi tenaga kat kita.
Masa berpantang anak pertama, saya memang tak sediakan pun apa set pantang untuk makan macam vitamin semua tu sebab masa tu rasa tak perlu dan tak ada ilmu huhu. Jadi tak buat researchĀ sangat.
Paling penting, dalam pantang kena jaga betul-betul sebab bagi kesan masa kita berumur nanti. Saya pun akur saja lah. Dan tanya pendapat mereka, nak beli set apa sebab memang tak buat kajian punš
Pengalaman Berpantang Set Pantang Anak Pertama
Ramai yang suggest Nona Roguy, jadi saya pun minta suami belikan. Sekali bila dia balik, semua benda dia beli. Dalam tu ada tea herbanika, minyak urut herbanika, lulur herbanika, mandian herbanika. LENGKAP! Dari nak mandi, sampai nak makan. Oh ada 1 lagi, phytonatal.
Yang mandian, lulur semua, 2-3 hari je buat, lepas tu tak berapa nak rajin, maklumlah berpantang sendiri hihi. Yang saya amalkan pun pil phytonatal, tu pun lepas 2 minggu bersalin sebab dia herba dan keluarga suruh amalkan sebagai jamu, saya tak buat research jadi ikut ajelah.
Pasal Phytonatal, memang dah lama dengar sebab orang cakap memang tak sembelit. Lawas saja membuang. Tapi kalau bayi kuning, memang tak boleh makan tu, dengan tea herbanika pun tak boleh. Nurse pergi cek kat rumah pun nasihatkan supaya jangan ambil apa-apa jenis herba, risau kalau bayi kuning, akan tambah terukš°
Pengalaman Ngeri Berpantang Anak Pertama
Yang paling tak boleh lupa, kira pengalaman paling ngeri waktu berpantang anak pertama, masa 2 minggu lepas bersalin rasa azab sungguh. Sampai ada episod berak berdarah ingatkan pendarahan lepas bersalin. Berdarah sebab sembelit, lagipun masa tu jahitan luka episiotomy belum lagi sembuh punš
Menangis dalam bilik air. Bayangkan dalam mangkuk tandas penuh darah, buasir kot. Nurse datang melawat pun tak bagi makan pil phytonatal tu, sebab takut bayi kuning walaupun Alhamdulillah, anak-anak memang bebas kuning.
Masa tu tak study, tak buat research.
Lepas kejadian tu, memang dah nekad, nak kena guna set berpantang lain. Masa tu luka pun lambat juga sembuh, kalau tak silap dalam 3 minggu kot. Makanan pun kurang sayur, vitamin C pun tak cukup. Protein pun tak cukup, macam mana kulit nak cepat sihat.
Sembelit Waktu Pantang
Situasi sembelit waktu pantang bukan perkara yang asing lagi, baik yang bersalin secara normal atau secara pembedahan. Tetapi kalau dapat sembelit ni boleh menangis dalam bilik air.
Pengalaman saya berpantang sendiri inilah masalah paling buat saya perit nak bersalin. Tapi mudah lupa kan. Saya dah rasa tahap nak membuang sampai berdarah, penuh darah sekeliling tandas. Sakit, pedih dan macam bersalin kali kedua.
Punca Sembelit Waktu Pantang BersalinĀ
Banyak perkara yang sebabkan sembelit waktu berpantang bersalin antaranya:
- Buasir
- Kesakitan pada luka jahitan bersalin
- side effect daripada hormon ketika mengandung
- kesan daripada supplement iron yang dibekalkan ketika mengandung
- kecederaan pada ‘anal sphincter‘ atau ‘pelvic floor muscle‘ ketika melahirkan
Bila dah tahu punca, maka barulah kita boleh cari penyelesaiannya. Apa yang lebih penting, dalam pantang, mesti makan makanan yang berserat tinggi, untuk membantu Ā memudahkan proses pengeluaran najis.
Makanan yang kaya dengan protein dan Vitamin C, untuk mempercepatkan dan memberi kesembuhan pada luka, selain dari menyembuhkan otot yang mengalami trauma.
Kalsium pulak, sangat penting, sebab ia akan membantu pergerakan otot, termasuk otot pada usus. Maka najis akan keluar dengan mudah bila usus bergerak dengan lancar.
Pengalaman Berpantang Anak Kedua
Untuk berpantang anak kedua, saya memang dah buat kajian dan tekad untuk tak hadapi lagi pengalaman ngeri berpantang anak pertama.
Baru lepas bersalin terus selfie, sambil tahan sakit sebab ada drip pitocin, masa anak pertama tak ada drip ni katHKL. Ni anak kedua saya bersalin di HRPZ11
Masa mengandung lagi saya dah amalkan pun set hamil Shaklee. Sebab dah siap-siap prepare, dan janji dengan diri sendiri, kali ni mesti lebih baik.
Set yang sama ni juga saya makan masa berpantang, memang sambung je makan apa yang saya dah beli masa mengandung, tambah Alfalfa je.
Pantang Anak Kedua Lebih Bertenaga
Waktu pantang anak kedua memang beza sangat dengan anak pertama. Saya rasa lebih bertenaga, luka bersalin pun cepat sembuh. Alhamdulillah.
Bila pagi dah mulakan hari dengan ESP kisar dengan kurma, memang rasa bertenaga. Tak ada rasa kusam, dan serabut. Makan B complex untuk setelkan mood, biasa ibu berpantang kena jaga mood, sebab emosi kadang-kadang terganggu.
Mana taknya, sakit bersalin belum hilang, nak kena menyusukan anak, kalau anak bangun setiap jam, memang haru jugak. Atau ank yang jenis berjaga malam.
Set Pantang Shaklee Untuk Anak Kedua
Yang best nya bila minum ESP, anak tidur lena, kenyang lebih lama kot. Anak saya tidur kalau lepas maghrib, bangun kejap pukul 10 sambung menyusu, dan tak berjaga pun dalam tempoh berpantang, sampai la pukul 7 pagi. Kalau bangun pun sebab poopoo.
Setiap 1 tu bagi fungsi berbeza, tapi memang penting.
Untuk sembuhkan luka dengan baik, dan dari dalam, saya amalkan Vitamin C dan Omega Guard, untuk anti radang.
Kesan dia, dari hari ke 14 dah boleh berjalan dengan baik. Boleh travel dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur masa hari ke 10, jalan-jalan Johor masa sebulan selepas bersalin.
Selain dari tu, Ostematrix sebagai sumber kalsium, penting untuk tulang yang sihat, dan ATASI SEMBELIT. Sakit dan lenguh badan pun boleh hilang tau. Bukan untuk ibu berpantang saja, ibu mengandung, menyusukan bayi, orang-orang tua dan mereka yang amalkan gaya hidup yang aktif, mereka perlukan kalsium yang cukup.
Pengalaman Berpantang dengan Set Pantang Shaklee
Memang pengalaman yang berbeza, dapat tenaga yang berpanjangan, mood pun terkawal dengan B complex, luka cepat sembuh, episod mangkuk tandas penuh darah tak ada lagi. Hehe. Alhamdulillah.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang suggestkan.
Sekarang, dah habis tempoh pantang, tapi nak tau ada yang lagi power, yang ni. Yang buat muka kita glowing even dalam pantangš
Sesudu kecik je setiap hari, untuk kesihatan menyeluruh, tinggi resveratrol, membaiki dari peringkat sel.
Beza sangat muka dulu dengan sekarang, dulu kusam, kalau tak jaga dari awal, memang sendiri pun fed up. Walaupun dalam pantang, tetap kena jaga. Nanti diri sendiri yang stress tengok muka kat cerminš
Apa yang Nina belajar dari pantang ni, air kena minum cukup, 2-3 L sehari air kosong.
Kalau ibu berkerja, pam susu setiap 3 jam, mula dari awal kelahiran bayi tetapi mesti monitor, takut oversupply nanti baby ada risiko tersedak.Kalau nak tahu lebih pasal berpantang dengan Shaklee, boleh whatsapp je.
Nina Salleh
One thought