Menu

Pengalaman Ikhtiar Hamil dan Melawan Endometriosis

Sebenarnya dah lama nak kongsikan kisah melawan, merawat dan cara mencegah endometriosis dari seorang yang saya kenal agak rapat. Mungkin ramai yang dapat manfaat lepas baca perkongsin beliau. Ini kisah benar, pengalaman orang sebelah saya dalam gambar ni, dalam melawan endometriosis, iaitu sejenis ketidaknormalan pada tisu organ peranakan wanita.

rawatan endometriosis
Gambar tahun lepas, sekarang beliau dah berpurdah, jadi Nna tutup. hehe

Katanya, semasa diberitahu tentang sakit yang dialami iaitu endometriosis, beliau sedang berusaha untuk dapatkan zuriat ketiga, malangnya doktor memberitahu harapannya agak tipis dan mustahil. Tapi beliau tak putus asa berusaha. ini dari tulisan beliau sendiri yang berusaha merawat endometriosis.

Dari Seorang Bekas Pesakit Endometriosis Stage 2

Saya yakin ramai yang tak tahu bahawa saya merupakan seorang pesakit endometriosis stage 2 dan telah selamat menjalani pembedahan laparoskopi awal bulan Jun 2016 hari tu.

Endometriosis
dalam wad untuk pembedahan

Saya didiagnosis penyakit ini beserta masalah rahim terbalik. Sebab itulah usaha saya untuk hamil anak ketiga gagal. Dah hampir 3 tahun saya TTC (Trying to conceive) tetapi masih belum berjaya.

Beliau usahakan untuk merawat endometriosis demi kesihatan dan nak ikhtiar hamil.

Punca Penyakit Endometriosis

Salah satu punca penyakit endometriosis adalah stres yang seterusnya menyebabkan ketidakstabilan hormon dalam badan. Jika kalian rajin membaca, kalian akan maklum yang kebanyakan pesakit endometriosis ini adalah golongan wanita profesional dan mereka ini kuat berfikir dan terlalu fokus terhadap kerja. Akhirnya, mereka mengabaikan waktu rehat dan tidur. Emosi tidak stabil dan hormon mula bercelaru.

Dalam usaha merawat endometriosis, perlu ubah juga gaya hidup sebab ia berkait rapat.

punca endometriosis
Faktor-faktor yang boleh menyebabkan endometriosis

Ya, itulah yang saya alami. Stres semasa zaman bekerja makan gaji dahulu terus menerus bersambung struggle di alam perniagaan. Saya akui, tahun pertama saya berniaga, memang saya tidak cukup rehat dan tidur. Siang dan malam fokus saya 100% untuk memajukan perniagaan dan keluarga sehingga mengabaikan hak diri 😔

Haid saya bermasalah. Dulu normal saja. Tapi dari hari ke hari, haid saya yang asalnya hanya 7 hari menjadi panjang sehingga 13-14 hari dalam sebulan. Dahla panjang, kemudian tak lancar pulak. Tersekat-sekat. Selain masalah haid terganggu, saya juga kerap muntah, perut berangin, sebu , badan lemah dan lesu sepanjang 14hari haid. Yang paling teruk, saya menghidapi senggugut yang sangat dasyat sehinggakan 3-4 hari tidak boleh bangun. Terbaring je setiap masa

endometriosis dengan vivix shaklee
Haid normal adalah 7 hari

Doktor Pakar Kata Mandul

Akhirnya saya mengalah dan berjumpa dengan 2 orang pakar pakar perbidanan dan kewanitaan untuk merawat endometriosis yang saya alami. Pakar pertama mengatakan saya menghidapi adenomyosis dan saya sudah mandul. Kata beliau, rahim saya dah rosak dan perlu jalani pembedahan untuk buang rahim. Allahuakbar. Menitis air mata saya dengar kata-kata doktor tu.

Tetapi saya masih positif dan buat pemeriksaan dengan pakar di hospital lain. Alhamdulillah pakar tersebut mengesahkan saya bukanla sampai tahap adeynomiosis akan tetapi endometriosis stage 2 & rahim terbalik bererti saya masih berpeluang untuk hamil 😭 , sebak saya dengar.

Pakar tersebut mengesyorkan saya supaya menjalani pembedahan betulkan rahim dan laparoskopi. Saya terpaksa akur kerana saya sayangkan kesihatan dan rahim saya. Lagipun saya nak sangat hamil anak ketiga 😔

beza endometriosis adenomyosis
Beza penyakit rahim pada nama mengikut tempat di mana ia muncul

Selepas jalani pembedahan laparoskopi dan betulkan rahim yang terbalik. Saya jaga kesihatan betul-betul.

Hanya makan REAL FOOD dan detox bersungguh-sungguh. Berat badan turun hampir 10kg.

Sejujurnya, saya tak ada ambil sebarang ubat kesuburan dari hospital.

Memang doktor pakar ada memujuk saya untuk ambil injection lucrin untuk hentikan haid buat seketika (sebab nak elakkan sakit sengugut yang kronik), tapi saya menolak dengan elok. Lagipun memang doktor pakar tu sendiri yang cakap ubat lucrin ada side effect seperti mood swing, sakit kepala, sukar tidur dan sebagainya. Saya takut dan buat keputusan untuk tidak mengambilnya.

Saya beritahu doktor untuk cuba berikhtiar untuk lengkapkan nutrisi dengan supplement Shaklee. Kalau 3 kali haid saya masih belum stabil, saya akan serah diri untuk diberi suntikan Lucrin.

Dan pakar akur dengan keputusan saya yang degil ni. Hehe.

“Bagaimana Saya Melawan Endometriosis”

Selepas disahkan ada endometriosis oleh doktor pakar sakit puan,  honestly saya sangat sedih dan risau sebab penyakit ni ada potensi untuk merebak menjadi kanser jika tidak dirawat dari awal.

Mula-mula tu saya sendiri tak tau apa tu endometriosiss sebab tak pernah dengar. Ganjil. Tapi saya sangat beruntung sebab di bawah D’Alfatih empire, downlines saya ramai doktor perubatan.

Saya banyak merujuk Doktor Wanita dan Peranakan, doktor Asma’ Mohd Haslan dan Doktor Hasifah.

Boleh dikatakan setiap hari saya kacau diorang mintak info pasal endometriosis dan belajar memahami penyakit ni. Diorang rujuk jurnal perubatan dan explain kat saya satu persatu. Apa bahayanya penyakit ni dan apa yang saya perlu buat untuk cegah dari terus parah

nutrisi untuk endometriosis
polifenol berkesan untuk rencatkan pertumbuhan sel tidaksihat

Mereka menasihatkan saya soal pemakanan supplement Shaklee dengan memberi rujukan dari jurnal. Rupanya memang terbukti berdasarkan kajian saintifik ada kaitan yang kuat di antara polifenol (terdapat dalam Vivix) dan Endometriosis

Kandungan polifenol yang tinggi dalam Vivix mampu merencat & melumpuhkan sel-sel endometriosis dari terus merebak.

Mereka menasihatkan saya supaya istiqomah consume beberapa jenis vitamin dengan kuantiti yang khas iaitu:

Vivix
Gla complex
B complex
 Omega guard
 Vitamin C plus
 ESP
Set Detox

Sebulan saya ikut aturan makan yang betul, Alhamdulillah sengugut saya 100% hilang. Ajaib ! Walhal sebelum tu berguling-guling saya sakit macam nak mati. Selepas detox dan istiqomah amalkan vitamin seperti di atas, senggugut saya hilang sepenuhnya!

Tapi kitaran period saya masih tingtong.

Bulan kedua lepas saya konsisten amalkan vitamin tersebut,  period saya dah kembali normal dan lancar-selancarnya. Sebelum itu kitaran haid saya sangat panjang iaitu selama 14 hari dan tersekat-sekat. Bulan kedua dah jadi normal, 7-8 hari sahaja dan smooth.

Ya Allah, bahagia sungguh rasa. Setiap kali check up bulanan dengan doktor pakar yang merawat, saya share improvement penyakit saya dan pakar pun turut meluahkan rasa gembira.

Pakar kata saya dah tak perlu lagi suntikan lucrin dan dia sendiri nasihatkan saya supaya terus istiqomah dengan vitamin yang saya amalkan cuma kalau bulan ketiga masih tak hamil jugak. Saya perlu jalani beberapa rawatan kesuburan khas.

“Disahkan Hamil Selepas Pembedahan”

Tiga bulan selepas pembedahan laparoskopi untuk endometriosis, saya disahkan hamil.

Allah itu Maha Mendengar. Bulan ketiga saya delay period 5 hari. Memang sangat mendebarkan. Tapi tetap saya buat ujian kehamilan dengan air kencing (UPT) dan keputusannya positif .

ikhtiar hamil dengan shaklee
Alhamdulillah berjaya hamil anak ketiga

Saya terus inform pakar dan beliau minta saya tunggu lagi 2 minggu delay dan buat check up dengan beliau.

Inilah kisah perjalanan saya seorang endometriosis fighter 🙂

Bulan Jun 2016, saya menjalani operation laparoskopi dan mula amalkan supplement di atas, manakala bulan September 2016, Alhamdulillah hamil 😊

Saya kini check up kehamilan bulanan dengan doktor pakar yang rawat saya dari awal yakni Doktor Ishak dari  KPJ Seremban.

Doktor sendiri akui penyakit endometriosis saya beransur sembuh pun asbab konsisten mengamalkan vitamin Shaklee.
Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana sembuhkan penderitaan saya dan kembalikan kesihatan saya seperti sedia kala.

Yang paling bermakna, penantian saya selama 3 tahun kini berakhir. 3 tahun saya bersedih tidak dapat hamil walaupun pelbagai usaha yang saya dah buat.

Masa tu pun saya belum tahu  yang saya sebenarnya ada endometriosis.

Terima kasih suami kerana bersabar melayan karenahku yang mabuk teruk😢

Terima kasih Allah kerana izinkan rahimku berfungsi lagi dan mampu mengandungkan zuriat suami buat kali ketiga 😢

Nak kata semudah ABC saya lawan penyakit ni takla jugak. Banyak berendam air mata tapi saya sentiasa positif dan berdoa pada Allah swt  moga diberi kekuatan.

Alhamdulillah, kini anak ke3 sudah berumur 3 tahun. Semoga kisah ini memberi harapan kepada kalian yang mendhidap endometriosis.

ikhtiar hamil dengan vivix
Alhamdulillah hamil

Dapatkan Vivix pada harga ahli, jimat 25% berserta rebat tunai sekiranya membeli dari Pengedar Shaklee Ampang. Amalkan setiap hari untuk kesihatan yang lebih baik.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: