Menu

Penilaian Dyslexia Dyscalculia (SLD) untuk Maryam

Hari ni hari yang saya tunggu. Banyak kali tangguh tapi kali ni saya tekad. Betul-betul tekad lepas tengok Maryam jawab soalan penilaian Kumon, sepatutnya siap dalam masa 10 minit tapi Maryam ambik masa 40 minit.

cara penilaian dyslexia
Test Kumon sepatutnya 10 minit dah siap

Gerak hati saya memang katakan perlu buat penilaian untuk Spesific Learning Disability (SLD), antaranya ialah dyslexia (membaca) dan dyscalculia (mengira). Jadi untuk kes Maryam, saya rasa mungkin dia ada dyscalculia.

Mujurlah di Malaysia ni ada banyak sangat fasiliti cuma kurang disebarkan atau saya yang tak ambik tahu😅 

Tempat yang saya pergi ni di Dyslexia Genius Malaysia, cawangan Titiwangsa. Untuk buat penilaian, boleh Whatsapp sini nanti akan diberikan tarikh. 

Cara Penilaian Dibuat

Penilaian dibuat orang orang yang pakar dalam bidang ni. Bukan boleh didiagnos dengan gerak hati tau. Cuma mungkin kalau anak ramai macam saya, boleh nampak beza perkembangan dia. Jadi boleh la kita buat perbandingan, bukan untuk banding anak, tapi untuk tahu apa masalah dia. Bila tahu masalah, boleh atasi atau overcome cepat dan bantu dia nanti. 

Ini semua kena guna data dan kepakaran. Saya pun boleh “agak” je tapi tetap kena buat penilaian.

Macam Mana Terdetik Maryam ada Dyslexia

Sejak lahir, Maryam ni berbeza dari kakak. Tempat lahir Maryam di Kota Bharu, manakala adik beradik lain di Lembah Klang. Eh tapi ni bukan tanda dyslexia😂

Pusat penilaian dyslexia
Di pusat penilaian untuk dyslexia

Sebenarnya dyslexia ni salah satu cabang kepada Spesific Learning Disabilities (SLD). Ada lagi perkara lain seperti auditory (masalah pendengaran), dyscalculia (pengiraan), dysphasia dan banyak lagi “dys” yang lain. Yang mana perkara ni semua akan mengganggu seisi pembelajaran dan boleh menyebabkan masalah “behaviour” kalau tak ditangani.

1) Tertukar kanan dan kiri 

punca dyslexia
Masa umur 1 tahun, Maryam pernah kena sawan yang jenis uncommon.

Saya ingat lagi, masa Maryam kecik, dia selalu tertukar tangan kanan dan kiri. Setiap kali nak makan nasi, saya akan ingatkan tanya, mana tangan kanan. Baru lah dia seperti fikir sejenak dan tanya balik untuk kepastian.

Ada hari, betul jawapannya. Ada juga hari yang tangan kiri dikata kanan.

Bila nak pakai selipar, Maryam banyak kali tertukar kaki kiri dan kanan. Selipar kanan, dipakai pada kaki kiri dan begitulah seterusnya. Seawal ni saya dah syak ada yang tak kena. Nampak sangat confuse bila nak jawab.

2) Semua benda Maryam “semalam” kan

Dia susah nak faham pasal masa. Kalau pergi mana-mana, atau di rumah pun, Maryam akan cakap semalam. Walaupun benda tu dah lamaaaa sangat berlaku. Dah bertahun, bukan lagi semalam huhu.

Selain semalam, bila bercakap tentang masa, Maryam tak tahu bezakan. Dia akan tanya,

“Mom, ini dah pagi ke? Kalau dah pagi, Maryam taknak tidur la. Senang nak gi sekolah”, padahal jam baru pukul 11 malam. Dia akan tanya, 11 malam ni lambat lagi ke nak pagi.

Soalan-soalan yang macam tu. Agak menduga tapi saya terpaksa sabar sebab faham keadaan dan kesukaran otak Maryam untuk berfikir. Bila faham, kita akan rasa empati. Tak ada lah 24 jam nak jadi rimau je pulak. Haaha

3) Sukar nak ingat Huruf

Bila saya ajar membaca, Maryam kerap tertukar huruf yang sama. Masa ni saya dah ada sedikit gerak hati mengatakan Maryam ni ada sesuatu tak kena. Bukan macam Amanda, anak sulung saya.

intensif dyslexia
Pelajar yang masuk kelas instensif

Bila nak membaca, saya boleh nampak kerut dahi Maryam betapa “struggle” untuk sebut perkataan tertentu. Macam tak terkeluar di mulut haa gitu. Ada 1001 benda bermain di fikiran. Rupanya orang disleksia ni dia tak membaca macam apa yang kita nampak. Dia akan nampak cara berbeza. Itu yang boleh jadi terbalik terbalik tu.

Sebelum ni, Maryam memang tak tahu membaca waktu darjah 1. Saya ingatkan sebab Covid-19 yang masa tu sekolah atas talian.

Banyak hari saya abaikan sebab tak cukup tangan nak urus. Jadi kami pun memang buat tahu je la. Hinggalah dia masuk darjah 2. Syukur Alhamdulillah berkat usaha cikgu-cikgu yang tak putus asa, dia boleh membaca rumi, jawi dan Iqra’.

4)Orang yang detail

Bila bercakap atau bercerita, Maryam akan ulas satu-satu. Sama juga bila nak cerita pada Maryam, kena detail sampai dia puas hati. Ini tak pasti tanda disleksia atau memang perangai nya begitu. Kehkeh.

5)Perlu Fikir Lama bila nak Buat Keputusan

Kalau saya tanya Maryam, dan perlukan dia buat pilihan, biasa jawapannya “tak tahu” sebab dia betul-betul tak tahu nak fikir rupanya.

Penilaian dyslexia
Ruang anak-anak dinilai

Dia seolah-olah akan “pause” sebelum buat keputusan yang mengejut.

Selebihnya, Maryam nampak macam normal saja. Orang yang manis dengan senyuman, sentiasa penyayang dan empati tinggi terhadap adik-adik.

Harga Untuk Penilaian Dyslexia

Untuk ujian ni, RM200 perlu bayar bagi satu seisi penilaian untuk anak umur 11 tahun ke bawah. Proses penilaian berlangsung dalam 1 jam, bergantung pada tahap kebolehupayaan anak-anak.

Keputusan Penilaian Spesific Learning Disabilities 

Bila buat penilaian dyslexia ni, bukan hanya untuk kenalpasti masalah dyslexia saja. Tapi pecahan SLD pun akan sama dinilai. Jadi berbaloi lah dengan harga yang begitu.

Selepas siap dinilai, ibu bapa dipanggil masuk bilik untuk keputusan. Panjang lebar beliau beri penerangan.

Masalah utama Maryam ialah susah fokus, kurang pemahaman, short term memory dan juga dyscalculia. InsyaAllah, bila kita tahu apa masalah, jumpa jalan untuk diatasi nanti.

pusat penilaian dyslexia
Tempat kelas intensif dan terapi mingguan

Perbezaan nanti pada approach untuk mengajar anak-anak yang ada SLD. Mereka perlu kaedah berbeza yang membolehkan otak proses maklumat tu. Jadi lepas ni Maryam akan ada terapi pula setiap minggu.

Untuk Maryam, masalahnya ialah “mild” jadi tak perlu masuk kelas intensive harian. Syukur sebab dapat tahu awal. Boleh ubah mana yang patut.

Saya akan withdraw Maryam dari kelas Kumon sebab dia perlukan cara yang special bagi penuhi keperluan pembelajaran dia. Kaedah yang sama akan buatkan anak-anak dengan SLD ni mungkin jadi ketinggalan.

Kalau ada anak dengan masalah sama, atau kita rasa suspicious, bawa saja untuk pengesahan. Barulah dapat tahu pendekatan macam mana yang perlu diambil. Semua benda pun perlukan duit. Untuk bayaran kelas ni, saya gunakan bonus dari bisnes Shaklee. Syukur, Allah lapangkan lah rezeki untuk bantu anak kami.

Semoga tulisan ni membantu ibu-ibu yang sedang berkira-kira untuk penilaian dyslexia anak-anak.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: