Apakah BLNC?
Bagi mereka yang menjalankan perniagaan Shaklee, Business Leaders National Conference (BLNC) adalah
event tahunan khas untuk mereka yang telah bergelar pemimpin perniagaan Shaklee di seluruh negara.
Di mana BLNC dilangsungkan?
Pada tahun ini, ia telah berlangsung pada 22 Februari 2020 bertempat
di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Apa yang istimewa di BLNC?
Di BLNC, kita akan didedahkan dengan info terkini yang berkenaan dengan
perniagaan Shaklee termasuklah lokasi percutian untuk tahun berikutnya yang ditaja oleh Shaklee,
promosi terbaru dan update untuk produk Shaklee terbaru yang akan dilancarkan di Malaysia.
Ia juga event yang dinanti-nantikan oleh semua. Kita akan berpeluang untuk bertemu
mata ke mata dengan mereka yang telah berjaya serta mempelajari sesuatu dari
perjalanan turun naik mereka dalam perniagaan Shaklee.
Bagaimana ingin menghadiri BLNC?
Mereka yang berjaya mencapai jumlah jualan kumpulan minimum lebih
kurang RM10,000 iaitu naik pangkat minimum sebagai Supervisor,
dan kekalkan jumlah minimum sehingga 3 kali dalam setahun akan
mendapat jemputan eksklusif dari Shaklee untuk ke BLNC.
Berapakah bayaran yang dikenakan?
Tiada bayaran yang dikenakan.
Ia adalah sebagai penghargaan kepada pemimpin perniagaan Shaklee.
Termasuk makan pagi, tengahari dan petang serta ‘doorgift’ eksklusif terdiri daripada
produk dan juga item premium Shaklee.
Apakad etika berpakaian untuk ke BLNC?
Ia adalah event rasmi. Oleh itu, kita dikehendaki memakai pakaian yang formal.
Tidak dibenarkan memakai jeans dan t-shirt tanpa kolar untuk lelaki