Baru ni saya terbaca ada satu kajian tentang polifenol yang boleh merencatkan sel-sel SLE (Systemic Lupus Erythematous) dari terus merosakkan organ. Tapi tak terkejut sebab memang saya sedia tahu betapa polifenol ni boleh jadi the next drug kalau semua orang mampu amalkan dos polifenol yang cukup setiap hari seperti dalam gambar di bawah.
Saya sendiri usaha untuk cukupkan dos polifenol harian dengan 1 sudu Vivix dan 2 biji Res-V Shaklee. Apa pun ini semua sebagai ikhtiar.
Selebihnya Allah swt yang tentukan. Dalam dunia ni, 8-10% populasi akan diserang penyakit autoimun.
SLE ialah Penyakit Autoimun tanpa Ubat
Sistem pertahanan badan kita akan hasilkan antibodi secara sendiri untuk melindungi badan daripada jangkitan kuman. Namun, ada beberapa hal bilamana antibodi sendiri tidak dapat membezakan mana sel yang baik dan mana sel yang jahat. Keadaan ini lah yang akan menjadi punca kepada banyak penyakit autoimun, salah satunya ialah SLE. Bila berlaku penyakit seperti SLE, keradangan akan berlaku dalam tubuh badan.
Setakat ini, masih belum ada rawatan yang menyeluruh yang boleh sembuhkan penyakit SLE. Rawatan biasanya akan mengurangkan gejala sahaja. Sebagai alternatif untuk mengurangkan gejala SLE, banyak juga kajian terhadap tumbuhan dibuat. itu banyak kajian menggunakan tumbuhan pula untuk membantutkan SLE. Salah satunya ialah polifenol.
Polifenol Sebagai Ikhtiar Rawatan untuk SLE
Rawatan dan ubatan biasa untuk penyakit autoimun seperti glucocortisoids dan non-steroidal anti inflammatory drugs (NSAIDs) untuk mengurangkan gejala penyakit SLE bergantung pada tahap penyakit. Sebagai alternatif dan ikhtiar rawatan SLE, banyak tumbuhan dikaji terutama yang tinggi dengan polifenol.
Setakat hari ni, lebih 8000 jenis polifenol yang telah dikenalpasti. Banyak polifenol terutama dari kategori flavonoid yang ada ciri-ciri untuk mengurangkan keradangan dan membetulkan sistem imuniti.
Polifenol jenis epigallocatechin gallate (EGGG), resveratrol, capsaicin dan curcumin antara yang sudah dikaji dan terbukti memberi manfaat untuk imuniti badan.
Kesan Terapeutik Polifenol Untuk Kesihatan
Polifenol ialah fitokimia yang paling banyak dalam diet pemakanan dan tubuh badan manusia.
Antara sifat dan manfaat lain yang ada dalam polifenol ialah:
- Antiasma
- Antidiabetic
- Antidepressant
- Cardioprotective
- Neuroprotective
- Anticarcinogenic (melindungi badan dari bahan yang menyebabkan kanser)
Polifenol bersama dengan resveratrol memberi kesan baik untuk penyakit auto imun.
Polifenol Vivix dan Res-V Shaklee untuk Ikhtiar Rawatan SLE
Kandungan polifenol dalam Vivix dan Res-V Shaklee sangat tinggi. Bukan hanya polifenol, ia ada bersama dengan resveratrol yang juga sebagai antioksidan unggul untuk melindungi sel.
Vivix dan Res-V Shaklee tinggi dengan polifenol yang mana ia kaya dengan antioksidan, sifat antiradang untuk melindungi dan menjaga tubuh badan dari peringkat sel.
Mereka yang amalkan polifenol untuk ikhtiar rawatan SLE, secara dalaman sel badan akan dilindungi dari kerosakan yang lebih teruk. Gejala penyakit juga berkurang dan jadi lebih baik dengan izin Allah swt. Inilah kerja polifenol dalam badan. Untuk melindungi dari kerosakan yang lebih teruk.
“Bacaan Darah Cantik”
Pengalaman mereka yang ada SLE dan ikhtiar dengan amalkan polifenol dari Vivix Shaklee, penyakit bertambah baik. Mungkin ada yang sedang mencari ikhtiar rawatan SLE, boleh cuba polifenol sebagai alternatif.
Dalam usaha ikhtiar rawatan untuk SLE, pesakit perlu faham yang penyakit ini belum ada lagi 100% kesembuhan. Hanya ada ikhtiar kurangkan kerosakan sel badan dan untuk elakkan gejala penyakit menjadi lebih teruk.
Sesiapa sahaja walaupun sekarang masih sihat, ada potensi untuk mendapat masalah autoimun begini. Walaupun begitu, tetap teruskan berjalan dan jangan putus asa. Mula amalkan polifenol dalam diet harian dari Vivix dan res-V Shaklee untuk melidungi sel badan. Bila sel badan sihat, keseluruhan sistem akan jadi lebih baik.
Disebabkan oleh penyakit yang menyerang seluruh sistem tubuh, pesakit SLE memerlukan banyak kepakaran untuk merawat di hospital. Salah satunya ialah doktor pakar bahagian rheumatologi, bahagian otot dan kerangka.
Gambaran betapa jimatnya hanya dengan sebotol Vivix. Hanya 1 sudu Vivix Shaklee dan 2 biji Res-V setiap hari untuk capai dos polifenol harian yang mampu melindungi sel badan.
Pesakit SLE yang amalkan Vivix ini kongsikan beliau tak perlu lagi teruskan pemeriksaan dengan doktor pakar rheumatologi disebabkan oleh bacaan darah yang cantik. Syukur Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah swt.
Untuk yang mencari ikhtiar dan ingin cuba polifenol sebagai alternatif, hubungi Pengedar Shaklee Ampang.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang
One thought