Menu

RESEPI SIHAT DAN MUDAH DARI NEGARA THAI; SIAKAP KENGSOM

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Selamat berhujung minggu. Hujung minggu ni aktiviti apa? Nina ada seminar esok pagi, seminar kepimpinan, bersama dengan Master Norita under group besar Euphoria, Master Norita ni super upline untuk group The Brightstars.

Hari ni nak share resepi sihat dan mudah dari negara Thai, siakap kengsom. Biasanya orang yang suka tomyam, akan suka Kengsom ni.

Rasa dia, masam, manis sikit, kalau pedas lagi best la sebab Nina suka pedas, tapi since ada anak, dah tak boleh nak masak pedas, nanti anak tak boleh makan. Sobs, kalau rajin, buat meny lain untuk anak.

Amanda dan Maryam memang makan saja semua, tapi kalau pedas level Nina tu memang tak lah kan. Yang Eisyal (tengah) ada makanan special lagi, buat asing.

RESEPI SIHAT DAN MUDAH DARI NEGARA THAI; SIAKAP KENGSOM

Resepi ni sangat mudah, ibu yang sibuk handle bisnes dari rumah dan berkerja pun senang nak buat. Lagipun memang sihat kan.

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 2 biji cili merah
  • 15 biji cili api
  • 3 inci kunyit hidup
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Ada resepi, tak bubuh halia dan lengkuas. Nina buh.

1. Kisar sehingga lumat.

2. Masukkan bahan kisar semua, ke dalam kuali yang dah ada ikan

3. Masukkan air secukupnya. Nak kuah banyak, letak banyak air. Tapi jangan sampai lebih ratio dengan bahan kisar pulak. Bagi ration 1:3 okay juga. Masukkan sekali nenas yang masak.

4. Masukkan cili hidup pun boleh atau lada besar. Masukkan juga asam keping atau air asam jawa.

5. Masukkan nenas. Biarkan mendidih mereneh bersama ikan. Perasakan dengan garam

6. Masukkan kangkung. Kemudian boleh dihidang. Makan bersama telur dadar.

Tadaaaaaa siap dah resepi sihat dan mudah dari negara Thai, siakap Kengsom.

Kalau di KL, kedai Thai seperti Suraya di Kampung Baru, boleh order menu ni. Mudah sangat.

Wanita sibuk urus rumah, dan kerja pun boleh buat.

Jangan lupa dapatkan Youth Eye Treatment dari Nina!

Baru launch dari Shaklee, untuk lesapkan eyebag. Boleh dapatkan dari Mina.

Selamat mencuba!

By Nina Salleh

A hot mompreneur,

Pengguna dan pengedar Shaklee,

Founder of The Brightstars.

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: