Menu

Res-V Untuk Bantu Penyembuhan Ibu Berpantang

Pemulihan selepas bersalin adalah fasa yang penting bagi setiap ibu baru. Luka bersalin, sama ada melalui pembedahan caesarean atau episiotomi, memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan ibu yang baru bersalin.

Res-V Shaklee, dengan campuran eksklusif polifenolnya, untuk menyokong dan mempercepatkan proses penyembuhan ibu berpantang.

testimoni pantang bersalin dengan resv shaklee
Pantang bersalin boleh jadi kenangan indah atau igauan ngeri

Res-V Shaklee ialah salah satu suplemen yang popular di kalangan ibu-ibu yang sedang berpantang. Suplemen ini dirumus khas untuk menyokong kesejahteraan keseluruhan, memberikan tenaga, dan mempercepatkan proses pemulihan selepas melahirkan anak. Untuk ibu berpantang, penggunaan suplemen seperti Res-V dapat memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang penting.

Kebaikan Res-V Shaklee Untuk Ibu Berpantang

1.Pemulihan Selepas Bersalin

Pemulihan fizikal adalah salah satu aspek paling penting dalam tempoh berpantang. Selepas proses bersalin, badan ibu memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Res-V Shaklee mengandungi polifenol yang bermanfaat dalam meningkatkan kesihatan sel dan mempercepatkan proses pemulihan tisu badan. Ini penting untuk membantu ibu kembali bertenaga dan sihat dengan lebih cepat.

resv untuk berpantang
Inilah bagaimana tubuh manusia bermula dari atom, DNA dan sel. Baik kesihatan sel, insyaAllah baiklah seluruh tubuh

Dengan sel yang sihat akan membantu pemulihan seluruh tubuh ibu berpantang dengan cepat.

2.Meningkatkan Tenaga Dan Stamina

Penat dan lelah benda biasa yang ibu bersalin perlu hadap disebabkan oleh perubahan hormon dan keperluan untuk menjaga bayi yang baru lahir.

berpantang dengan resv shaklee
Res-V mujarab untuk beri tenaga

Dengan kandungan polifenol dan ekstrak tumbuhan semulajadi, Res-V membantu meningkatkan tahap tenaga dan stamina. Ingat lagi pengalaman sendiri waktu berpantang dengan Res-V, hari ke-17 selepas melahirkan anak ke-4, saya dah mandi manda dan bermain di taman tema Sunway Lagoon. Itulah kesan Res-V buatkan badan bertenaga dan cepat sihat.

3.Meningkatkan Sistem Imun

Dalam 4 orang anak, anak ke-4 paling mencabar. Waktu mengandung saya dijangkiti Covid-19, kemudian anak-anak yang sulung dan kedua masuk wad sebab denggi di usia kandungan dah 37 minggu. Selepas bersalin pula anak ke-4 satu-satunya yang kena kuning.

Kalau ikutkan badan sendiri pun tak larat nak hadap. Syukur Alhamdulillah sepanjang itu dan hingga sekarang saya tak boleh tinggalkan Res-V Shaklee. Bukan untuk beri ketahanan badan saja, tapi dari segi kekuatan mental juga.

suplemen banyakkan susu ibu
Teman sepanjang berpantang

Polifenol dalam Res-V sangat membantu dengan melindungi sel-sel daripada kerosakan oleh radikal bebas dan meningkatkan daya tahan tubuh.

4.Menyokong Kesihatan Jantung

Formulasi Res-V termasuk bahan-bahan yang menyokong kesihatan jantung seperti anggur Muscadine yang kaya dengan resveratrol. Bahan-bahan ini membantu dalam meningkatkan peredaran darah dan menjaga kesihatan jantung, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan ibu berpantang.

5.Menambahbaik Kualiti Tidur

Tidur yang berkualiti adalah penting untuk pemulihan dan kesejahteraan mental ibu berpantang. Jangan perlekehkan masalah tak cukup tidur ibu berpantang.

Polifenol dalam Res-V membantu meningkatkan kualiti tidur dengan menyediakan kesan menenangkan dan menstabilkan mood. Ini adalah penting memandangkan tidur yang cukup dan berkualiti dapat membantu ibu merasa lebih segar dan kurang tertekan.

6.Menyokong Pelangsingan Badan

Bagi sesetengah ibu, penurunan berat badan selepas bersalin adalah satu kesukaran. Dengan amalkan Res-V waktu berpantang akan membantu dalam pengurusan berat badan dengan meningkatkan metabolisme badan.

turunkan berat selepas bersalin
Lepas anak ke-4 baru boleh sarung semula baju waktu anak dua

Ini membantu pembakaran kalori yang lebih efisien dan menyokong usaha penurunan berat badan secara sihat dan selamat.

7.Mengurangkan Keradangan

Keradangan berlaku bila ada kerosakan dalam badan. Sama seperti melahirkan bayi, ada sel dan tisu akan rosak yang menyebabkan berlaku keradangan dalaman.

Komponen antiradang dalam Res-V membantu mengurangkan keradangan dan ketidakselesaan, mempercepatkan proses pemulihan badan. Ini akan membantu mengurangkan rasa sakit selepas bersalin.

8.Menyokong Kesihatan Mental dan Emosi

Kesejahteraan mental adalah penting dalam tempoh selepas bersalin, terutama bagi ibu yang berhadapan dengan isu seperti baby blues atau perubahan mood.

Res-V Shaklee menyediakan sokongan dengan menstabilkan mood dan mengurangkan tekanan. Polifenol memainkan peranan penting dalam membantu ibu merasa lebih tenang dan positif, yang penting untuk hubungan ibu dan anak yang harmonis.

9.Meningkatkan Kesihatan Kulit

Tidak kira waktu berpantang atau tidak, kesihatan kulit perlu dijaga dengan rapi. Sebab itu bila berpantang dengan Res-V Shaklee kulit akan nampak lebih berseri.

Kandungan antioksidan dalam Res-V membantu melindungi kulit daripada kerosakan dan memperbaiki kesan regangan yang terjadi semasa kehamilan. Ini akan meningkatkan keyakinan diri ibu berpantang selepas bersalin.

kelebihan set pantang shaklee
Nutrisi yang lengkap akan bantu cepatkan proses penyembuhan

Res-V Shaklee menawarkan pelbagai manfaat untuk menyokong proses penyembuhan ibu berpantang. Dengan penjagaan yang betul dan suplemen yang tepat, tempoh berpantang dapat menjadi lebih selesa dan bermanfaat bagi ibu dan bayi.

Nina Salleh | Kesihatan Wanita

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: