Dari awal tahun lepas, anak-anak merengek minta hadiah ni untuk ulangtahun kelahiran mereka. Rezeki juga sebab anak-anak 4 orang lahir pada bulan November dan Disember, jadi saya dan suami memang sekalikan je sambutan 4 orang ni.
Sebenarnya kami tak biasakan sambut hari lahir. Kalau sebelum ni hanya beli kek dan anak tiup lilin di sekolah, makan kek dan makanan lain bersama kawan-kawan dan cikgu. Untuk tahun 2023, saya dah pasang niat nak tunaikan permintaan anak-anak untuk Barbie Staycation ni.
Pilihan Hadiah Ulang Tahun
Walaupun dah lama anak-anak nak hadiah ni, tapi saya tetap bagi pilihan. Sama ada mereka nak simpanan emas atau nak menginap di sini. Jadi ini pilihan mereka. Saya fikir bukan setiap tahun, dan ini juga yang pertama, dan anak-anak tak dibenarkan minta lagi staycation yang sama untuk tahun berikutnya. Melainkan saya yang offer, itu syarat yang saya beri.
Anak-anak ramai, saya perlu buat perancangan awal supaya kewangan pun terjaga. Untuk hadiah Barbie Staycation ini pun saya memang menabung dari awal tahun. Saya niatkan sedikit dari hasil bisnes saya dari rumah, untuk gembirakan anak-anak.
Jadi bila dah buat kira-kira dan bersedia dari awal, tidak lah terasa sangat duit mengalir keluar macam air. Siapkan mental begitu.
Review Barbie Staycation Grand Hyatt
Baca sampai habis kalau nak tahu review jujur saya tentang Barbie Staycation Grand Hyatt tau.
Awalnya dari mula nak booking bilik ni, saya ada masalah sebab domain asal memang dah di revamp. Jadi saya agak kelam kabut sebab risau tarikh mungkin dah penuh dengan tempahan dan masa tu juga peak sebab cuti sekolah.
Dari mesej di Instagram, saya dapat link untuk booking melalui email dan terus beritahu bilik, tarikh dan berapa pax untuk buat tempahan.
Bila dah secure booking dan dapat tarikh, baru lah saya dapat confirm kan tarikh untuk dessert dan menu lain. Saya ada tempah sedikit dessert, makanan lain juga makcik sediakan, dan adik beradik sponsor makanan.
Alhamdulillah rezeki anak-anak, sama kongsi rezeki ajak ahli keluarga untuk makan-makan di sini. Tak ada hadiah lain, hanya beri pengalaman dan tunaikan impian untuk menginap di sini.
Bilik Barbie Staycation
Untuk bilik saya pilih suite, sebab nak ajak keluarga makan dan potong kek anak-anak. Itupun adik beradik yang sponsor. Banyak dapat sponsor hari tu, saya cuma bayar bilik. Hihi.
Keadaan bilik sangat kemas, tak ada habuk dan tak ada benda yang saya patut pertikai. Dengan apa yang saya bayar, masyaAllah berbaloi dari segi layanan staf, makanan, keadaan bilik dan buat kita rasa dah lupa bayar bilik beribu tadi.
Sarapan Buffet Di Grand Hyatt
Untuk setiap tempahan bilik Barbie, memang akan dapat sarapan pagi buffet di restoran ni. Pilihan makanan sangat lah banyak sampai rambang mata. Yang paling sedap dan teringat sampai hari ni ialah salmon dan coconut milk chia seed ni.
Secara keseluruhannya, dengan staf yang sentiasa mendengar dan menunaikan permintaan, berbaloi dan berpatutan servis, bilik, makanan dan juga treatment yang diberikan dengan apa yang dibayar.
Anak-anak sangat seronok dapat juga merasa menginap di bilik Barbie Grand Hyatt, syukur Alhamdulillah. Kami semua puas hati dan dapat pengalaman yang penting sebagai salah satu core memory untuk anak-anak.
Selesai tunaikan hadiah hari lahir anak-anak.
Doakan semoga Amanda Imani (11), Maryam Tihani (9), Eisyal Diyani (7) dan Fatima Ardani (3) membesar menjadi saham Syurga dan sentiasa dalam kebaikan dan rahmat Allah swt. Ameen.
Nina Salleh | Empowering moms