Saya pernah terjebak dengan supplement dengan jenama yang berbeza dengan Shaklee. Di Malaysia, supplement banyak dijual di kedai seperti Watson’s dan Guardians. Itu kisah zaman muda mudi sebelum kahwin, zaman saya fikir vitamin dan supplement yang ada di pasaran Malaysia semuanya sama. Rupanya saya silap sebab tak buat pembacaan dan kajian. Akhirnya makan vitamin tanpa ilmu jadi sekerat jalan.
Saya sendiri tak tahu untuk apa saya beli dan makan vitamin tersebut. Lagipun membeli di Watson’s atau kedai begitu hanya harapkan sale’s person sahaja. Mereka bukannya orang yang boleh dibuat rujukan bila perlu. Kisah saya nak mula makan supplement terhenti di situ sahaja. Hinggalah saya diuji dengan masalah eczema selepas melahirkan anak pertama.
Kenapa Saya Pilih Jenama Shaklee
Selepas ikhtiar dengan banyak doktor, saya cuba juga cari-cari dan baca tentang supplement Malaysia khususnya. Kebetulan masa tu ada kawan terdekat yang jadi pengedar Shaklee, itulah permulaan perjalanan saya dengan jenama Shaklee.
Saya puas hati dan pilih untuk iktiar dan amalkan vitamin jenama Shaklee untuk diri sendiri dan ahli keluarga.
Ini 5 sebab jenama Shaklee, iaitu supplement Malaysia yang terbaik sebagai pilihan saya.
1.Shaklee ialah Supplement Malaysia yang diiktiraf
Di Malaysia, setiap vitamin atau supplement dijual serta diiktiraf untuk dipasarkan perlu mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Supplement Malaysia yang ada di pasaran perlu melalui proses yang panjang untuk mendapatkan kelulusan KKM.
Setiap produk Shaklee kategori supplement akan dilengkapi dengan hologram bagi memastikan ketulenannya. Untuk memastikan supplement yang diambil adalah selamat, pilihlah yang diiktiraf oleh KKM dengan membuat carian di portal rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Jadi, dengan memilih jenama Shaklee, ia adalah supplement Malaysia yang terbukti tidak memudaratkan kesihatan sebagaimana ia telah diluluskan dipasarkan di Malaysia.
2.Jenama supplement Malaysia berasaskan komitmen untuk Kesihatan
Sekarang ni nak jadi founder dengan jenama sendiri perlu ada duit sahaja. Ada duit, semua boleh jalan begitu. Di sebabkan supplement Malaysia ni macam cendawan tumbuh selepas hujan, lambakan yang diluluskan mahupun dijual secara haram, sebagai pengguna saya perlu jadi bijak.
Tak banyak supplement Malaysia yang diasaskan atas komitmen untuk kesihatan. Kebanyakannya bermotifkan duit semata-mata hingga ada yang memudaratkan kesihatan. Sebaliknya Shaklee pula bermula dengan sejarah kesihatan pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
Sejarah Pengasas Jenama Shaklee
Sejak lahir beliau telah disahkan menghidap penyakit tuberculosis, iaitu jangkitan kuman yang menyerang organ tubuh terutama paru-paru. Dr Forrest C Shaklee dijangka tidak akan mampu hidup lama.
Dari situ, kedua ibu bapanya telah memilih untuk berpindah lebih jauh ke dalam hutan yang jauh dari pembangunan. Ini bagi mendapatkan udara yang bersih untuk anak mereka. Kerana mereka percaya, udara segar serta dekat dengan alam semulajadi akan membantu meningkatkan taraf kesihatan.
Jenama Vitamin Pertama di Dunia
Idea ibu bapa Shaklee berhasil apabila tahap kesihatan beliau disahkan memuaskan oleh doktor yang merawat. Sekitar tahun 1912, beliau memulakan kajian dan penyelidikan hasil penemuan pengekstrakan dari bahan semulajadi yang dinamakan ‘vitamin’ berasal dari perkataan ‘vital amines‘.
Tahun 1915, Dr Forrest C Shaklee mengeluarkan Shaklee’s Vitalized Minerals sebagai ikhtiar untuk membantu dan membaiki kesihatan pesakitnya. Ia adalah jenama vitamin pertama di dunia yang dihasilkan dengan pengekstrakan dari bahan semulajadi.
Inilah sebab yang menguatkan pilihan saya. Jenama Shaklee ialah supplement Malaysia yang terbaik dan berinovasi demi kesihatan tubuh badan.
3.Orang Kuat di Sebalik Jenama Shaklee
Kebanyakan orang kuat yang mengeluarkan jenama produk ialah mereka yang ada duit. Jenama Shaklee bermula dengan komitmen untuk kesihatan. Hingga kini, Shaklee masih lagi dengan komitmen sebagai supplement terbaik dengan barisan doktor pakar, para santis yang diiktiraf dan juga kolaborasi dengan pihak universiti. Ini tak lain tak bukan demi memastikan produk Shaklee ialah di tahap yang terbaik.
Antara barisan orang hebat dalam jenama Shaklee:
Professor Emeritus Gladys Block
Beliau antara orang kuat yang mengetuai kajian keberkesanan Shaklee. Ia adalah kajian ulung menjadikan Shaklee jenama yang satu-satunya melakukan penyelidikan begini disebabkan risiko yang perlu diambil.
Saya tak tahu tentang yang lain, yang saya pasti jenama Shaklee ialah satu-satunya supplement Malaysia yang berkerjasama dengan epidemiologist untuk satu kajian unggul.
Dr Elizabeth H. Blackburn
Beliau ialah antara barisan penasihat saintis jenama Shaklee. Beliau juga saintis yang membuat penemuan telomere, iaitu komponen DNA, yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kesihatan tubuh badan manusia.
Saya tak tahu jenama supplement lain dengan barisan saintis yang hebat-hebat begini. Sebab itu saya pilih jenama Shaklee. Jenama yang meyakinkan untuk kesihatan tubuh badan.
Dr Jamie McManus
Di Malaysia, ada kalangan doktor yang anti supplement. Dalam Shaklee pula, ada pegawai perubatan dengan kepakaran pelbagai yang terlibat secara langsung untuk penghasilan vitamin untuk kesihatan. Salah seorang darinya ialah Dr Jamie McManus.
Ini antara barisan yang ada dalam jenama Shaklee. Jadi, tak ada sebab lagi untuk saya bertukar ke jenama lain walaupun banyak jenama supplement di pasaran Malaysia. Namun, belum ada barisan penasihat seperti ini.
4.Kajian keberkesanan vitamin jenama Shaklee
Kajian keberkesanan yang diberi nama Landmark Study Shaklee adalah kajian unggul yang tak ada jenama supplement lain ada membuat kajian seumpamanya.
Memandangkan kajian ini dibuat oleh pihak ketiga, Landmark Study Shaklee akan merisikokan pihak Shaklee sendiri seandainya keputusan tidak menyebelahi Shaklee.
Keputusannya tidak dirancang, kedua-dua pihak tidak mengetahui keputusan akhir. Sekiranya keputusan tidak menyebelahi Shaklee, ia juga tetap akan dipublish. Begitu telus CEO Shaklee dalam memastikan Shaklee benar-benar berkesan.
Keputusan akhir kajian menunjukkan antara 3 jenis subjek:
-
Tak makan vitamin
-
Makan makan vitamin Shaklee
-
Makan vitamin jenama selain Shaklee
Didapati tahap kesihatan mereka yang makan vitamin Shaklee meempunyai tahap kesihatan yang lebih baik serta risiko penyakit yang lebih rendah berbanding yang lain. Sebab itu dalam pemilihan vitamin, jenama juga memainkan peranan penting.
5.Kualiti vitamin jenama Shaklee yang terjamin
Banyak supplement yang ada di pasaran tapi tak banyak yang sanggup melabur jutaan ringgit untuk pastikan kualiti terjamin. Ini adalah sebab yang membuatkan dalam banyak jenama supplement Malaysia, saya pilih Shaklee.
Dalam penghasilan produk vitamin Shaklee, setiap bahan-bahannya diuji dengan 350 jenis ujian bagi memastikan kualiti kekal top notch. Untuk jadikan vitamin harian dalam tubuh badan darah daging, inilah yang saya cari. Bukan sekadar vitamin, tetapi ia adalah yang terbaik untuk kesihatan.
Shaklee juga memastikan setiap ujian yang dilakukan melepasi garis panduan yang dikehendaki. Ia tidak dibuat sekadar cukup syarat kerana ia melibatkan nyawa. Shaklee tak berikan kompromi pada perkara kesihatan.
Jadi tak hairanlah ada yang sudah amalkan Shaklee sejak saya belum lahir dan sebelum saya sendiri kenal Shaklee lagi. Sekarang saya tetap konsisten amalkan Shaklee terutama set kurus dan juga untuk kesihatan keluarga.
Nina Salleh| Empowering Moms