Menu

Cara Tambah Pendapatan dari Rumah Pengalaman Sendiri

Tak sangka dalam doa saya, dan dalam banyak benda yang saya rasa boleh “consider” gagal sebelum ni. Rupanya Allah nak bagi saya hadiah, dengan ilhamkan cara tambah pendapatan dari rumah, pilihan yang betul pada masa yang tepat.

surirumah bergaji
Lebih selesa kerja di sisi anak-anak

Saya ni bukan lah orang yang “power” bisnes. Hanya lah orang biasa, yang tak ada asas dalam bidang berniaga pun, dan tak belajar bab bisnes di universiti. Saya orang biasa yang nak keluar dari rutin kerja 8-5 petang yang memenatkan saya, suami dan anak-anak.

Saya faham, kita semua ada ujian masing-masing. Rezeki pun Allah swt tetapkan masing-masing dah cantik. Tulisan saya ni bukan lah nak kata yang kerja 8-5 petang tu buat pilihan salah.

Kita manusia kan ada “preferences” sendiri. Dan ini cerita tentang saya dan pilihan yang saya buat serta risiko yang saya tanggung.

Rutin kerja yang Tak Masuk Dengan Jiwa

Selepas habis belajar, saya berkerja di syarikat swasta yang uruskan barang perubatan kebanyakannya untuk pembedahan pesakit. Jadi, kerja saya masanya tidak menentu. Maksudnya, kalau pembedahan sudah melebihi jam 5 petang, saya akan dibayar “overtime”. Waktu pembedahan pula ikut masa doktor pakar yang nak guna peralatan yang syarikat sediakan, semestinya berbayar😅

kerja makan gaji ke binses
Ini lah kerja pertama saya, jaga mesin untuk kitar semula darah

Ada masa juga saya perlu ke luar kawasan. Pandu kereta sendiri ke utara, selatan tanah air untuk buat “kes” dengan doktor di hospital sana. Kerja ni saya suka cuma bila banyak travel, dan masa pun tak menentu, kadang-kadang duduk dalam dewan bedah terlalu lama memang saya tak selesa.

Bila berkahwin, dan ada anak sulung yang masih kecik, saya kena travel juga. Perkara ni lah yang buatkan saya rasa perlu ubah.

Perubahan Untuk Diri Sendiri

Saya ingat lagi waktu nak berhenti kerja dari syarikat tu, bos saya tawarkan kenaikan gaji RM1,000. Tapi saya tetap dengan pendirian untuk berhenti kerja.

Pertama, saya tak sanggup nak berjauhan dengan anak dan suami bila kena outstation. Susah sebab saya beri anak susu badan. Saya ada komitmen nak pam susu setiap 3 jam. Bayangkan macam mana saya nak buat kalau dalam dewan bedah sebab saya perlu uruskan alatan perubatan.

bisnes dari rumah
Kehidupan harian berkisar dengan anak-anak dan bisnes sendiri

Lama kelamaan susu badan saya pun berkurang. Ada masa saya campur dengan air kosong sebab masa tu masih tak reti. Susu ibu tak boleh dicampur dengan air, ia boleh bahayakan nyawa bayi.

Lepas berbincang dengan suami, saya pun melepaskan jawatan di syarikat swasta tersebut.

Kemudian saya dan suami rancang untuk buat bisnes fashion untuk jual baju, tudung dan jubah. Sejujurnya saya hanya nampak dengan buat bisnes ni saya boleh duduk dengan anak dan dapat duit. Itu saja.

Silap Sebab hanya Fikir Duit

Memang saya dan suami buat silap sebab kami hanya fikir tentang untung dan dapat duit. Kesilapan besar kami ialah bila nak mulakan bisnes tanpa berguna, bertanya yang lebih pakar dan buat kajian tentang pasaran.

Dan silap yang lebih besar ialah kami tak ada ilmu dalam bidang fashion pun. Sekadar mengikut orang saja. Saya nampak orang lain buat senang je, jadi saya pun nak buat juga.

Tertipu dengan Keindahan

Banyak bisnes di luar sana memang akan tunjuk yang indah-indah aje. Saya lah antara yang tertipu dengan semua tu. Kalau tengok syarikat yang sudah dikenali pun, kita hanya nampak keindahan, kemewahan dan kesenangan yang membutakan mata. Rupanya di sebalik kesenangan yang dilihat, ada kesusahan dan kepayahan perlu ditanggung.

Betapa susahnya, perit dan jerih nak mulakan bisnes, hanya yang berjiwa cekal akan terus berada dalam jalan bisnes.

Pilihan untuk buat sesuatu yang kita tak ada ilmu tentangnya memang silap besar. Itu belum lagi cerita hal pulangan selepas pelaburan. Walaupun banyak kali berlaku, ia tetap masih berlaku. Saya juga berdoa agar dijauhkan dari tipu daya ni semua.

Baru-baru salah seorang ahli keluarga saya juga terkena dengaan pelaburan kopi pracampur jenama *Belalang. Hampir RM50,000 modal permulaan. Hasilnya pakcik tersebut mendapat stok kopi berkotak-kotak, yang dijanjikan pulangan setiap bulan hanya masuk sekali sahaja. Lebihan dari RM50,000 lesap begitu saja.

ahli bisnes tidur
Jadi ahli bisnes tidur hanya sumbang modal, tetapi hati-hati memilih perniagaan

Beringatlah supaya jangan mudah tertipu dalam  keterujaan nak tambah pendapatan dari rumah. Ambil pengajaran dari kisah mereka yang sudah alaminya.

Tak ada real business dengan pulangan setiap bulan selepas laburkan puluhan ribu begitu. Melainkan kita sebagai ahli bisnes tidur Syarikat Megah Holding. Pulangan atau keuntungan syarikat akan dinikmati bersama dengan para pelabur.

Cara Tambah Pendapatan Dari Rumah

Sebagai surirumah, kita ada banyak pilihan dan alternatif untuk mula tambah pendapatan dengan bisnes tanpa modal.

Sebagai permulaan, pilihlah bisnes yang kita minat, ada jiwa dan ilmu tentangnya. Contohnya kalau kita suka memasak, mulakan dengan bisnes yang ada kaitan dengan memasak.

bisnes surirumah
Passion saya di sini

Jual alatan memasak atau jual apa-apa yang kita boleh masak dari rumah. Ini antara bisnes yang tak perlukan modal banyak.

Kalau kita ada ilmu tentang penyusuan susu ibu, minat dan suka berkongsi tentang pengalaman menyusukan bayi, boleh mula jadi “dropship” kepada syarikat yang jual peralatan penyusuan.

Atau jual servis sebagai kaunselor penyusuan bertauliah. Yang mana perlu ambil kursus khas untuk dapatkan “tauliah”. Itu saja modal permulaan.

bisnes sistem dropship
Sistem dropship paling selamat untuk surirumah

Selebihnya perlu war-warkan bisnes yang kita jalankan supaya orang tahu dan kenal.

Kalau zaman dahulu, nak buat war-warkan bisnes ni perlu bayar televisyen, radio dan suratkhabar. Tapi sekarang ni syukur ada jalan mudah dengan media sosial dan juga blog macam yang saya tengah tulis ni.

Zaman sekarang ni memang teknologi digunakan secara meluas. Rugilah kalau kita sekadar guna untuk tengok video-video viral di media sosial. Sebaliknya kita juga boleh ada pendapatan sendiri dengan cara yang betul.

Kebanyakan orang ada handphone dan sambungan internet. Semua tu boleh digunakan untuk war-warkan bisnes.

Tekad nak Ubah Kehidupan dengan Cara Tambah Pendapatan Dari Rumah

Selepas bisnes fashion saya mengalami kerugian, saya kembali dengan “mood” nak kerja sebab nak duit kan. Kemudian diserap sebagai pegawai kerajaan. Tahu-tahu lah kan ada sesetengah kes yang perlukan politik atau “kipas” supaya kita diterima dalam jabatan. Lagi sekali ia tidak kena dengan jiwa saya.

Untuk kipas dan sentiasa “yes boss”, saya tak bukan orang yang boleh bertahan begitu. Sekali lagi saya nak berhenti kerja dan nak cari bisnes yang kena dengan jiwa. Tapi kali ni saya taknak risiko kan dengan keluar modal sendiri.

Lagipun nak buat bisnes dari rumah dalam keadaan saya sebagai orang yang belum dikenali, siapalah yang sudi membeli. Huhu. Jadi saya pilih bidang kesihatan memandangan saya sendiri ada masalah eczema.

 

Bisnes tanpa modal
Bisnes tanpa modal pun mampu capai jualan ratus ribu

Sebelum mulakan bisnes ni dulu, memang saya ada pilihan dan kaji beberapa vitamin untuk saya mulakan. Dah serik dengan modal lebur sebelum ni. Kali ni Alhamdulillah, ini jalan yang saya pilih dan jenama ini terbaik untuk saya dan keluarga.

Akhirnya Jumpa Jalan Dan Teruskan Menuju Impian

Jalan ini yang saya mahu dan salah satunya doa yang saya mohon pada Allah swt. Dengan bisnes ni, saya tak lagi berperang dengan emosi setiap hari untuk pergi kerja. Setiap hari juga saya uruskan anak-anak, memasak di samping membantu surirumah yang lain untuk tambah pendapatan.

bonus shaklee
Ini pendapatan salah seorang surirumah yang saya bantu

Tahun ini saya nak buka peluang kepada surirumah yang nak tambah pendapatan, tanpa keluarkan modal yang besar pun. Dengan bisnes ni, saya tawarkan untung runcit dan juga bonus yang akan dikreditkan ke dalam bank akaun setiap bulan seperti gaji. Haa ada lah feeling makan gaji macam tu hihi.

vitamin malaysia
Vitamin harga rahmah

Berbekalkan modal RM99 untuk mulakan bisnes dari rumah, saya akan bantu dari zero. InsyaAllah mungkin ini jalan yang kita perlukan untuk ubah hidup. Klik sini untuk mulakan langkah pertama.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: