Insulin resistance adalah keadaan di mana sel-sel tubuh menjadi kurang peka terhadap insulin, hormon yang mengatur kadar gula dalam darah.
Keadaan ini boleh berlaku secara perlahan dan jarang menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Namun, terdapat beberapa tanda amaran dan simptom yang menunjukkan bahawa tubuh mungkin mengalami masalah dengan insulin resistance.
Ketahui tanda bila badan ada masalah insulin resistance supaya kita dapat elakkan penyakit yang lebih kronik seperti kenicng manis jenis 2 dan penyakit jantung.
Tanda Badan Ada Masalah Insulin Resistance
Boleh semak antara tanda-tanda ni, kalau kita sedang alami, ketahuilah kena ambil langkah untuk terus ubah terutama pemakanan.
1.Perut Buncit
Salah satu tanda paling jelas dari insulin resistance adalah perut buncit, terutamanya apabila lemak terkumpul di kawasan abdomen. Lemak visceral, yang mengelilingi organ dalaman, boleh menyebabkan keradangan dan mengganggu fungsi insulin. Jika kita dapati bahawa badan lebih banyak menyimpan lemak di perut, ini mungkin petunjuk awal insulin resistance.
2. Kelelahan dan Keletihan
Apabila tubuh tidak dapat menggunakan glukosa dengan efisien, ini boleh menyebabkan perasaan keletihan yang berterusan. Anda mungkin merasa letih, walaupun setelah tidur yang cukup. Rasa letih ini adalah hasil daripada ketidakmampuan sel untuk menerima dan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga.
3.Berat Badan Susah Turun
Saya sendiri antara orang susah turun berat badan. Walaupun sudah jaga makan dan bersenam. Walaupun buat macam-macam tetap juga susah turun berat badan. Tak apa, kita mungkin sukar untuk melihat penurunan berat badan yang signifikan, tetapi kalau diet kita ada banyak parameter lain seperti peratusan lemak dalam badan dan otot.
4. Ketagih Makan Manis
Semasa lapar, memang menggigil la teringin nak makan manis. Rupanya ketagih manis ini timbul kerana tubuh mengalami lonjakan gula dalam darah yang tinggi dan rendah, menyebabkan badan akan lebih tertarik kepada makanan yang tinggi gula dan karbohidrat.
5.Masalah Kulit
Beberapa masalah kulit dapat menunjukkan insulin resistance, termasuk:
Hiperpigmentasi: Tanda gelap, terutama di kawasan lipatan seperti leher, ketiak, dan belakang lutut, dikenali sebagai acanthosis nigricans, yang merupakan tanda insulin resistance.
Jerawat dan skin tag: Kadar insulin yang tinggi dapat merangsang kelenjar minyak di kulit, mengakibatkan masalah kulit seperti jerawat.
6. Tekanan Darah Tinggi
Disebabkan insulin membantu dalam pengaturan garam dan air dalam tubuh, apabila sel menjadi resistan terhadapnya, ini boleh mempengaruhi tekanan darah. Pemantauan tekanan darah secara berkala adalah penting bagi mereka yang mempunyai risiko diabetes.
7. Kadar Lemak Trigliserida Tinggi
Dari segi bacaan darah, salah satu ujian yang paling biasa ialah lipid profile. Dalam lipid profile boleh lihat tahap keradangan dan insulin resistance dengan cara:
Bacaan trigliserida: Bacaan melebihi 1 bermaksud risiko penyakit tinggi
Nisbah TG/HDL: membahagikan bacaan trigliserida dengan HDL. Sekiranya bacaan melebihi 2, bermakna ada insulin resistance dan tinggi risiko penyakit jantung.
8. Kesukaran Untuk Fokus
Mereka yang ada masalah insulin resistance mempunyai “brain fog” atau kesulitan dalam fokus dan berkonsentrasi. Ini boleh menjadi hasil dari lonjakan gula dalam darah yang memberi impak kepada fungsi kognitif.
9. Kerap Membuang Air Kecil dan Rasa Haus Yang Berlebihan
Apabila kadar gula darah meningkat, ginjal akan berusaha untuk menyingkirkan glukosa berlebihan melalui air kencing. Ini akan menyebabkan buang air kecil yang kerap dan rasa haus yang berlebihan.
Insulin resistance adalah masalah metabolik yang memerlukan perhatian. Jika ada mengalami salah satu atau beberapa tanda di atas, penting untuk mula dengan ubah pemakanan dan gaya hidup.
Dengan ubah 80% dari pemakanan inilah saya berjaya kurangkan dan reverse masalah insulin resistance sebelum ia mengubah saya.
Nina Salleh | Coach Diet FBM