Menu

Tempat Menarik Wajib Pergi Di Pulau Pinang

Raya Cina lepas, saya dan seluruh keluarga besar pergi ke Pulau Pinang untuk jalan-jalan. Asalnya nak bawa nenek yang belum pernah jejak kaki ke sana je tiber jadi percutian keluarga hehe. Walaupun ni bukan kali pertama saya ke sana, tapi bila jejak je Pulau Pinang tu mesti lah rasa blur sebab tak tahu nak pergi mana dan buat apa. Untuk pergi ke “mall” tu memang tak ada dalam list saya setiap kali travel. Dekat Kuala Lumpur dah berlambak, takkan pergi Penang pun nak masuk “mall” lagi. Nak termuntah nanti tau.

Macam biasa, kalau “Google”, Penang ni terkenal dengan tempat makan yang sedap dan aktiviti air lah.

Tempat Menarik di Pulau Pinang

Ini antara aktiviti dan tempat menarik yang saya akan pergi kalau di Pulau Pinang. Tempat ni semua sesuai untuk bawa anak-anak kecil pun. Tapi kebanyakannya memang kena banyak berjalan kaki sebab parking memang sesak ya terutama bila musim cuti.

1. Jalan-jalan cari makan

Antara perkara penting setiap kali travel tak kira di mana saja ialah cari makan. Pastikan cuba sendiri menu yang popular dan di “approve” oleh orang asal negeri tersebut. Sejak zaman canggih ni, kadang-kadang kalau “Google”, memang banyak je list tapi bila tanya penduduk setempat, selalunya tak “tally”. Maknanya hanya sebab viral dan bukan sebab kualiti makanan pun.

Ini antara kedai makan yang saya sekeluarga suka dan rasa dia lain dari yang lan. Kedai ni kawan-kawan yang menetap di Penang cadangkan. Maknanya lebih dipercayai. Bukan popular atas dasar viral semata-mata.

Paksu Curry House

Kedai ni pertama kali kami pergi dengan ayah mertua. Kawan beliau yang bawakkan ke kedai ni. Simple je kedai dalam pagar rumah sendiri. Jadi jangan terkejut kalau dah Waze tetiba macam sampai rumah orang😅

First impression kami mula-mula datang,

“tak sangka kedai macam ni je tapi sedap!”

Kedai dekat deretan perumahan

Kedai ni asal dari rumah ‘corner lot’, dan diubahsuai, tambah meja dan dapur, kemudian jadilah restoran. Menu yang wajib order kat sini ialah kari kepala ikan. Rasa dia tahap kesedapan memang another level. Tak macam mamak biasa yang banyak kat Penang ni. Tambah lagi ‘vibes’ kekampungan dan mengimbau memori bila dia hidang lauk pauk dalam pinggan coklat macam ni haa.

Nampak biasa tapi rasa luar biasa
Menu macam kenduri

Terus teringat zaman kanak-kanak, nenek dan jiran-jiran pakai pinggan macam ni bila ada kenduri. Kat belakang pinggan pulak mesti ada cat hijau, merah, kuning menandakan “ownership” sebab terlampau banyak orang yang beli pinggan sama jenis. Jadi nak elakkan tertukar, lepas bawak keluar dari kotak terus buh cat bawah pinggan.

Kedai ni sesuai untuk makan malam sebab beroperasi jam 5.30petang dan ke atas. Untuk ke kedai ni boleh Waze je Paksu Curry House.

Kedai Pakwan Kari Sembilang Kuala Jalan Bharu

Kedai ni kawan saya yang buat bisnes Shaklee sama-sama tunjukkan dan beliau belanja kami makan.

Ni kedai lama. Sekarang dah pindah

Lepas pergi dengan orang yang belanja tu, hampir setiap kali pergi ke sana dan akan singgah makan kedai Pakwan Kari Sembilang.

Kalau pergi sini, jangan lupa order menu ni:

  • Ikan bawal emas goreng dengan sambal kicap
  • Kari ikan jenahak
  • Sambal sotong
  • Telur dadar

Ini antara menu yang kami wajib order kalau ke kedai ni. Menu ni dah memadai untuk 4-5 orang dewas makan tau. Portion dia agak besar.

Gambar kredit soampas.com tiber lah gambar sendiri tak jumpa

Mengikut cerita kawan saya, kedai ni menggunakan ikan segar hasil tangkapan pemancing untuk dijadikan lauk. MasyaAllah bukan saja masak sedap tapi rajin berkongsi rezeki dengan orang sekeliling pulak tu.

Kalau ke sana, boleh cuba kedai ni. Kat sini pulak dia tutup jam 3 petang. Makan tengahari sesuai sangat ni.

Serima Ice Kacang

Sepanjang saya ke Penang dengan keluarga atau urusan kerja dulu, tak pernah tahu kat Jalan Armenian ni ada kedai laksa dan ice kacang yang sangat sedap.

Memang sedap dan terasa ice kacang dia
Aduh Eisyal pun garu kepala tengok saya makan sedap sungguh

Jalan Armenian ni terkenal tempat orang bergambar dengan banyak mural dan jalan yang estetik gitu. Dekat sini kalau nak tahu, nampak macam Hong Kong atau jalan di Singapore. Dengan bangunan lama, kedai yang masih kekalkan identiti bangunan sangat beri sentimental value.

Dekat simpang jalan ni lah ada kedai Serima Ice Kacang.

Kedai betul-betul hujung simpang jalan ni

Sebelum nak bergambar dan jalan-jalan sekitar sini, kami tergerak nak cuba menu kat sini. Ya Allah, memang berair mulut kalau teringat balik. Sedap sungguh. Tapi selera masing-masing mungkin berbeza kan. Laksa Penang kat sini RM7, simple je. Telur pun takdak tapi sedap nak mampuih. Haa tiber tercakap Penang. Kahkah.

Jalan ni sentiasa sesak dengan manusia
Dekat lorong ni kena beratur ya demi sebuah gambar kenangan
Ada banyak lagi sampai hujung, kami tak larat nak harung
Dengan anak sulung

Nanti pergi sana silalah cuba ya. Masa kami pergi tu kelam kabut juga sebab yang buat kerja nya tauke seorang je, semua staf diberi cuti raya cina hari tu.

Hameediyah Restaurant

Jangan tersilap kedai sebab Hameediyah Restaurant ni ada banyak sangat dekat Penang sendiri pun. Ada yang di Bayan Lepas juga. Kalau ke Penang tu, boleh cuba kedai ni. Ini cawangan yang original dari 1907 gais.

Hameediyah yang original

Hari pertama kami sampai, kami pilih di Bayan Lepas. Perasaan dia macam makan di kedai di Desa Pandan. Masa tu tuan kedai ni offer kari kepala ikan. Kami setuju dan dia buat kari kepala ikan kerapu. Siap makan je bil hampir RM500, kari kepala ikan saja dah cecah RM250😅

Nak tergelak ke nak menangis tak tahu lah. Sudah lah harga gitu, vibes pun macam kedai Hameedia Desa Pandan je. Kuang kuang..

Hari terakhir baru dapat makan di kedai yang betul. Kena Waze Hameediyah Restaurant pastikan Lebuh Campbell Georgetown baru betul.

Kat sini kena beratur dan hadap sesak la baru boleh makan sedap. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya ye dak hihi

Kat sini pun kami order kari kepala ikan, RM70 je semangkuk. Katanya ada promosi. Harga mungkin berbeza ikut musim. MasyaAllah, kuah campur dia, lauk pauk, nasi dan sayur-sayuran semuanya sedap dan kena tekak. Baru lah puas hati dan terasa nikmat nasi kandar Penang tuuu. Lauk lain kami order juga lamb shank, ayam goreng, ayam kari, sotong dan udang kari pun semuanya sedap. Sotong tak terlalu keras dan yang penting ada telur. Memang syok lah. Alhamdulillah.

Roti Bakar Bangkok Lane

Sebenarnya kedai ni kami jumpa secara tak sengaja. Pagi tu jalan-jalan nak cari menu breakfast. Ternampak ramai orang kat kedai ni. Gerai tepi jalan macam tu je. Tapi beratur punya lah ramai. Bila tengok tempat duduk pun penuh. Itu seawal sebelum jam 8 pagi. Dah penuh macam tu. Kalau lambat sikit, mau sampai ke hujung jalan eh.

Kalau di Kelate macam Kopitiam Kita kot

Kedaj Roti Bakar Bangkok Lane ni ada jual roti bakar macam-macam jenis. Kami cuba roti bakar telur goyang dan peanut butter. Menu ni antara yang terpilih dan sedap pada tekak kami.

Roti canai dan kari-kari lain tak ada kat kedai ni. Tapi ada banyak juga kuih muih, nasi lemak pelbagai jenis yang orang letak kot, dan nasi goreng juga.

Nampak telur goyang tuuu sesuai dengan nama dia roti bakar telur goyang

Boleh cuba makan pagi di Roti Bakar Bangkok Lane. Tapi kedai ni buka 24 jam. Jadi nak makan pagi atau malam pun tak kisah. Hihi.

2. Jalan-jalan sekitar Padang Kota

Biasanya kami akan ke Padang Kota waktu siang. Tempat ni memang sentiasa penuh dengan manusia. Jadi tak pelik kalau susah nak cari parking atau kena parking jauh. Okey lah kan sambil tengok sekeliling, tak terasa pun kena berjalan jauh. Hihi.

Pemandangan di siang hari

Padang Kota ni menghadap laut. Boleh berjalan di tepi kaki lima sambil menikmati tiupan angin laut santai dan dapat melihat jambatan Pulau Pinang. Dekat sini lah tempat sambutan acara penting diadakan. Contohnya hari kemerdekaan dan Sambutan Tahun Baru.

Waktu malam sangat meriah dengan aktiviti
Kubu orang Inggeris

Sebenarnya Padang Kota ni famous sebab di sinilah terletaknya kubu pertahanan British, yang dikenali sebagai Fort Cornwallis. Kubu ni dibina oleh British East India Company pada 1786. Di kubu itulah Francis Light menaikkan kibaran Union Jack, kemudian diturunkan pada 30 Ogos 1957 sehari sebelum hari kemerdekaan Malaysia.

3. Aktiviti air di Batu Ferringhi

Setiap kali ke Penang, sini lah tempat yang paling kerap kami pergi. Biasanya akan mandi air dan buat aktiviti pantai. Tapi yang terbaru ni, kami mandi pantai berjam-jam main air dengan anak-anak. Memang seronok dapat keluar dari rutin biasa dan mandi pantai, terasa sangat menyegarkan dapat dekat dengan alam semulajadi.

Seronok berendam air laut

Aktiviti air pula kami main Banana Boat je tapi kali ni tak extreme sangat. Agak frustrated sebab tak jatuh tengah laut. Orang yang bawa boat tu cakap, bahaya sebab ada jelly fish. Entah betul entah tidak. Sebelum ni kami main jatuh-jatuh juga.

Banana boat ni antara yang kami suka main

Puas hati dapat layan anak-anak main air sampaikan gambar pun tak banyak. Halah halah. Rasa macam dah addicted nak mandi laut. Apa pun kena hati-hati bila mandi laut ni. Selalu berada dalam kelompok ahli keluarga, jangan menyendiri pergi ke tempat yang dalam terutama kalau tak pandai berenang, dan pastikan anak-anak kecil ada pelampung dan di bawah pemantauan ketat orang dewasa.

Air laut ni bukan macam air kolam yang tak berombak. Dalam seronok main air, tetap kena sentiasa beringat. Di sekitar Batu Ferringhi pun ada banyak gerai-gerai sampai ke hujung jalan kami pergi. Barang-barang dekat sini lebih murah berbanding di Jalan Armenian walaupun barang yang sama.

Kalau ada masa dan minat jalan-jalan, boleh ke sini untuk beli cendera hati sebab ada banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Hampir 2000 step kami berjalan malam tu saja sekitar Batu Feringhi.

4. Cuci Mata di Design Village

Kat Design Village ni sesuai kalau kalian orang yang suka shopping😅. Tempat ni ialah premium outlet ada barang dari pelbagai jenama dan tawaran harga lebih rendah. Mungkin sebab off season atau pun ada minor defects. Saya kat sini tak berjalan pun. Sempat juga pergi surau, Watson, Guardian dan 7Eleven. Itu jelah😆

Tempat untuk kaki shopping hehe

Kalau bawa anak-anak, ada juga taman permainan yang sesuai untuk anak kecil. Ini pun sama tetap kena beringan dan jangan biarkan anak-anak bermain sendiri.

Sekian trip kami ke Penang kali ni

Jangan lupa “share” post ni untuk rujukan nanti bila ke Penang. Dan kalau ada lagi tempat menarik yang saya perlu pergi, sila letak di ruang komen ya.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: