Tak sangka dapat testimoni pesakit kanser yang sudah mula amalkan diet FBM sejak 2 bulan lepas.
Bagaimana Kanser Terjadi
Sejujurnya, penyakit kanser ni ibarat titik hitam, yang dengar pun takut apatah lagi yang sedang alaminya. Penyakit kanser tak mustahil untuk sembuh, tapi kalau lambat diagnos, ia akan mudah merebak dan menyebabkan kerosakan dalaman.
Kanser ialah penyakit yang disebabkan oleh pembahgian sel yang tidak terkawal dan merebak ke tisu dan organ lain dalam tubuh badan.
Sel kanser boleh bermula dari mana-mana bahagian tubuh badan yang terdiri daripada triliun sel.
Dalam keadaan tubuh badan yang sihat, sel membesar dan membahagi untuk menghasilkan sel baru yang diperlukan oleh tubuh badan.
Bila sel badan sudah menua, atau rosak, ia akan diganti dengan sel yang baru.
Proses yang tersusun ini adakalanya terputus, sel yang rosak dan tidak normal akan membahagi walaupun belum tiba masanya.
Inilah sel yang mungkin akan menghasilkan tumor, atau biji tisu. Tumor pula berkemungkinan benign atau cancerous.
Makanan Yang Akan Aktifkan Sel Kanser
Tahun 1922, seorang pengkaji (Braunstein) mendapati glukosa pada pesakit kencing manis tidak dikesan dalam air kencing selepas pesakit tersebut didiagnos dengan penyakit kanser. Ini menunjukkan glukosa telah digunakan di kawasan yang terdapat kanser sel dan ia digunakan lebih dari biasa.
Diet seperti FBM (lemak 4: karbohidrat 1) membantu kebulurkan sel kanser yang bergantung kepada glukosa untuk hidup.
Diet ini perlahankan kanser dengan merencatkan insulin lalu menghentikan perebakan dan migrasi sel tumor.
Dalam kajian tahun 2020 pesakit kanser payudara stage 2/3 yang sedang jalani kimoterapi mengamalkan diet mimik puasa dan mengurangkan pengambilan karbohidrat.
Ketosis berlaku setelah 48-60 jam puasa mengurangkan kesan buruk ubat anti kanser. Ia juga mengurangkan kerosakan DNA dan sel darah putih pada pesakit yang puasa lebih 48 jam.Perubahan ketara kepada pesakit yang betul-betul ikut sekurangnya selama separuh kitaran kimoterapi menunjukkan kesan ketara pada rawatan.
Faktor Menyebabkan Penyakit Kanser
Banyak faktor yang boleh menyebabkan sel kanser menjadi aktif dan membahagi dengan cara yang tidak betul antaranya ialah pemakanan.
Selain dari pemakanan, berat badan berlebihan dan merokok atau perokok pasif ialah antara faktor yang meningkatkan risiko penyakit kanser.
Sebab itu penting jaga berat badan supaya tidak berlebihan. Namun, untuk kurus saja belum tentu sihat. Perlu tahu pilih pemakanan seperti dalam diet FBM untuk sihat dalaman dan luaran.
Testimoni Diet FBM Oleh Pesakit Kanser
Kisah Puan F, umur 30-an, yang sudah 5 tahun mengharung kehidupan sebagai pesakit kanser. Beliau kongsikan berita baik ini dengan saya selepas hampir 2 bulan fokus, konsisten dan betul-betul ikut mealplan diet FBM (fat burning machine).
Selepas dapat bacaan kanser terbaru beliau pada pertengahan bulan 12 tahun 2023, tak henti-henti beliau mengucapkan kesyukuran sebab Allah swt bukakan pintu hati untuk beliau mulakan diet FBM.
Awalnya memang rasa agak berat, iyalah, nak laburkan hampir ribu ringgit bagi permulaan untuk join diet FBM. Tapi semua itu berbaloi dan beri kesan positif pada beliau.
MasyaAllah Alhamdulillah, semuanya Allah swt yang menyembuhkan. Tapi melalui diet FBM, kita usahakan untuk ubah pemakanan.
Berminat untuk ubah tahap kesihatan dengan ubah pemakanan, jom mulakan hari ini dengan join diet FBM.
Nina Salleh | Coach Diet FBM