Alhamdulillah, hari ni suami ajak jalan-jalan. Kita excited betul kalau suami ajak ni, benda RARE jugak sebab suami pun kerja ikut masa dia yang kebanyakan memang kurang masa kalau nak jalan-jalan.
PLAN ASAL KE FARM IN THE CITY
Macam biasa, suami kalau suruh bersiap nak jalan-jalan, memang tak ada nya dia nak bagitau ke mana destinasi. Ada mood dia, dia pi booking hotel. Ada masa, kita jalan-jalan ke Taman Maluri sahaja, rumah parents saya.
Kali ni dalam kereta saya dah tanya nak ke mana tapi uami tak terus jawab pun.
Beliau hanya diamkan diri.
Sebelum tu beliau tanya, ‘Farm in the city bukak kan?’ Dalam dialek Kelate sebab kami berdua asal negeri Kelate.
Saya jawab, ‘buka, jom!’ Dengan penuh excited. ‘Maryam dan Amanda mesti suka ni.’ Sambung saya.
Masa kami dalam perjalanan ke sana, hujan membasahi bumi Ampang, maka berkira-kira risau hujan lebat di sana, kami reroute ke Aquaria KLCC. Memandangkan anak-anak pun mungkin suka dengan Aquaria, ada ikan jerung kegemaran saya! Hehe.
TIKET AQUARIA KLCC MURAH
Sampai Aquaria, mak aih punya panjang beratur. Maklumlah, cuti umum kami jangka ramai yang akan keluar dari KL, tapi sangkaan kami meleset. Ramai yang ambil peluang untuk melihat ikan dalam aquarium gergasi ni.
Beratur saja dah ambik masa dalam 30minit. Sebelum tu, saya dah siap-siap prepare Debit Card Hong Leong Bank, pinjam kad Kaklong, terserempak di KLCC😄
Ada promosi dan berita baik untuk pengguna kad RHB dan Hong Leong. Sebab boleh dapat tiket percuma untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun dengan pembelian 2 tiket dewasa.
Jimat banyak sangat!
Untuk kami tadi, jimat RM35, free ticket untuk Amanda. Jadi kalau nak jimat, pastikan bawa kad RHB atau Hong Leong.
Untuk bank CIMB akan dapat pengurangan sebanyak 25% dari harga tiket.
Untuk pengguna kad Maybank, akan dapat 10% pengurangan dari harga ticket.
Kami kira-kira, yang free admission untuk kanan-kanak paling jimat, kami hanya bayar RM92 sahaja, YEAYY!
Promosi tamat 31 Disember 2016
Untuk details, boleh layari http://aquariaklcc.com/promotions , banyak lagi kad boleh guna untuk penjimatan.
MOM AND PAPA OVER EXCITED
Apalah nasib kan, nak bawa anak, rupanya mak dengan ayah yang over excited. Tengok shark macam apa je. Nampak ikan pari besar pun rasa nak berlari. Tengok ikan panjang terbganga kejap. Macam-macam ciptaan ALLAH swt kan? Subhanallah..
Anak-anak mengantuk, sorang memang tengok dengan tak ada perasaan, taoi pindia takut kalau bawak dekat cermin. Yang kakak minta Papa dukung, kesian papa🤣 . Dari awal sampai akhir memang kena dukung. Dia mengantuk dan taknak duduk atas stroller tapi mok selamat sebab tak payah pakai carrier hihi. Dah ready carrier.
End up gambar anak tak banyak pun, gambar mak yang banyak, lagi pun handphone habis bateri. Ni pun ada la gambar sikit guna handphone suami tapi tak best lah sebab handphone dia pun battery low😭
Layan saja la walaupun quality gambar mengecewakan😖
Mom excited sangat, Papa pulak taklarat nak layan |