Menu

Tips Hadapi Anak Chicken Pox Dari Merebak

Hari ni saya nak kongsikan tips untuk hadapi anak yang kena penyakit chicken pox atau cacar air ni. Walaupun mulanya bila dapat tahu anak dijangkiti dengan penyakit ni, memang gelabah betul. Tapi terpaksa buat-buat tenang sebab nanti satu rumah akan gelabah juga.

Bagi yang sudah ada pengalaman hadapi anak chicken pox, ini bukanlah sesuatu yang pelik. Untuk saya dan suami, ini yang pertama kali kami kena hadap anak-anak yang dijangkiti dengan chicken pox.

Tanda-tanda awal Chicken Pox

Jangkitan chicken pox ni dibawa oleh virus, kebanyakannya menjangkiti kanak-kanak. Ia berjangkit melalui sentuhan secara terus, lelehan hingus dan air liur sama seperti jangkitan tangan, kaki dan mulut (HFMD). Jangkitan virus biasanya akan membuatkan anak-anak demam, namun bergantung juga pada tahap penerimaan badan individu.

Amanda Imani waktu dijangkiti chicken pox

Yang saya ingat Amanda demam tapi tak terlalu panas. Awalnya ada bintik kecil 2 biji, selebihnya tak ada perubahan yang nampak ketara. Ada juga kanak-kanak yang hilang selera makan, lesu dan kurang aktif. Sekiranya ada gejala sebegitu, bawa anak ke hospital untuk rawatan yang selanjutnya.

Saya masih ingat lagi mesej dari suami dengan gambar bintik kecil ini pada badan Amanda, beliau tanya,

“Ini apa?”

Gambar yang suami tunjukkan pada saya

Mungkin suami ingat saya ni bomoh yang boleh bagi diagnosis sekelip mata dengan sekeping gambar macam tu. Dengan biji kecil macam tu, ia boleh jadi gigitan serangga atau nyamuk. Kebetulan pula masa tu Amanda dah balik kampung untuk majlis persaraan ibu mertua. Saya pula masih di Kuala Lumpur sebab ada urusan kerja dan hari penting dalam kerjaya saya sebagai pembina bisnes Shaklee.

Selesai majlis di Kuala Lumpur, saya bergegas pulang ke kampung di Kota Bharu. Lega nya hati dapat tengok dan jumpa anak-anak dan suami. Jadi dapatlah saya sahkan yang kejadian biji air tu ialah peringkat awal untuk jangkitan chicken pox. Merasa lah saya dan suami uruskan anak yang dijangkiti dengan virus ni.

Tips Hadapi Anak Chicken Pox

Perkara penting yang ibu bapa perlu tahu bila anak-anak dijangkiti dengan virus ini ialah agar penularannya dapat dikurangkan. Antara yang saya dan suami buat ialah,

1. Bertenang dan jangan gelabah

Biasanya kalau hal yang melibatkan kesihatan ni, suami akan jadi lebih gelabah. Saya pula akan jadi yang tenang-tenang dan rilek saja. Mungkin sebab ada latar belakang berkerja di jabatan kecemasan hospital dulu.

Lagipun kalau gelabah, sama-sama tergopoh-gapah nanti risau silap langkah. Suami dan isteri kena mainkan peranan. Bila bertenang, barulah dapat berfikir dengan rasional apa langkah yang perlu diambil. Masa ada nampak biji kecil, suami memang nak bawa ke hospital. Kebetulan hari Sabtu klinik kesihatan memang cuti.

Saya tenangkan beliau supaya teruskan dengan langkah seterusnya, kalau ke hospital pun  buat tambah sesak je nanti. Kita beri laluan untuk yang betul-betul dalam kecemasan sahaja untuk guna jabatan tersebut dan elakkan salahguna.

2. Asingkan anak-anak

Anak-anak yang dijangkiti chicken pox akan menjangkiti orang lain melalui sentuhan cecair dari badan. Yang paling penting ialah sama-sama berusaha untuk kurangkan penularan.

Elakkan tempat awam, cutikan daripada sekolah atau pusat asuhan dan asingkan dari anak-anak yang lain juga. Sementara waktu jangkitan virus tengah aktif, fasa yang akan berjangkit, bawa bertenang dan guna masa yang ada untuk jaga anak yang sedang sakit.

Untuk penjawat awam pula, ada cuti khas yang diberikan bagi menjaga anak yang sedang hadapi penyakit berjangkit.

Fasa jangkitan hampir ke penamat

3. Perhatikan tahap keaktifan anak

Dalam apa jua keadaan, sebagai ibu bapa perhatikanlah tahap keaktifan anak-anak. Adakah anak-anak aktif seperti biasa, atau lesu tidak bermaya. Selalunya, ibu bapa boleh jangka perlakuan anak-anak. Tahap keaktifan anak-anak akan beritahu tahap kesihatan dalaman secara menyeluruh.

Sekiranya anak-anak aktif seperti biasa, maka teruskan penjagaan di rumah. Namun jika sebaliknya, janganlah bertangguh untuk terus bawa ke hospital bagi rawatan yang selanjutnya.

Alhamdulillah, Amanda kekal aktif pada hari ke-7 selepas jangkitan
Bila anak tak aktif, kelakuan berubah, bernafas laju atau gejala lain yang mencurigakan ibu bapa, janganlah ambil ringan. Sekurang-kurangnya dapatkan pandangan dan pemeriksaan yang sepatutnya dari mereka yang lebih arif.

4. Beri anak galakan untuk makan dan minum

Bila di rumah, beri galakan untuk anak makan dan minum seperti biasa. Cuba umpan dengan makanan yang mereka gemar tapi makanan sihat lah ye. Waktu begini, badan perlukan nutrisi untuk melawan jangkitan virus.

Maryam pula berjangkit dengan Amanda

Masa ni juga boleh masakkan bone broth, salah satu makanan yang tinggi dengan zat galian dan beri makanan kepada bakteria baik dalam perut. Selain itu, saya bekalkan anak-anak dengan minuman susu yang lengkap dengan vitamin. Minuman Mealshakes ni bantu lengkapkan nutrisi yang anak-anak perlu.

5. Bekalkan anak-anak dengan penggalak imun

Tahap badan melawan jangkitan kuman seperti virus yang membawa penyakit chicken pox ni benar-benar bergantung kepada kekuatan dalaman. Sama ada sistem pertahanan badan kuat atau lemah, ia akan mempengaruhi kadar kesembuhan penyakit.

Dr Yasuhiko Kojima yang menciptakan formulasi Nutriferon

Selain daripada makanan dan minuman, bekalkan anak-anak dengan penggalak imun. Saya berikan Nutriferon setiap hari.

Nutriferon ni diperbuat daripada bahan semulajadi. Antara bahan-bahannya ialah biji labu. Ia adalah formulasi daripada doktor pakar dalam bidang imunologi juga. Penggalak imun Nutriferon adalah hasil kajian selama 40 tahun lamanya yang diperbuat dari bahan semulajadi, tidak ada bahan kimia dan selamat untuk badan manusia serta alam sekitar.

Penggalak imun Nutriferon dalam bentuk serbuk

Bila beri penggalak imun begini, sistem pertahanan badan seakan-akan mendapat bantuan daripada luar untuk melawan penyakit. Dengan itu, kadar keterukan penyakit juga akan berkurang dan kesembuhan akan meningkat.

6. Pastikan badan sentiasa bersih

Badan anak-anak yang dijangkiti dengan chicken pox akan ada biji air yang sangat mudah berjangkit sekiranya pecah. Air yang keluar juga akan menyebabkan kegatalan. Biasanya di fasa ini, anak-anak akan mula menggaru. Nak garu memang lah rasa sedap, tapi bila lepas garu atau nak mandi, pedih boleh rasa sampai ke tulang.

Mandikan Dengan Basic H

Saya mandikan anak-anak dengan campuran 3 sudu besar Basic H ke dalam satu baldi air. Basic H ni adalah pencuci serbaguna yang organik dan juga melawan kuman. Dan ia tak pedihkan kulit walaupun selepas menggaru. Bayangkan saya yang ada masalah ekzema pun boleh gunakan Basic H untuk mencuci rumah dan dapur, tak pedihkan dan tak menyebabkan keradangan pun pada kulit.

Formulasi Basic H ini dari bahan semulajadi, iaitu kelapa, yang berupaya membasmi kuman. Kalau lah saya boleh cadangkan untuk pencuci serbaguna Basic H supaya ada di setiap rumah.

Pencuci serbaguna yang perlu ada di setiap rumah

Pencuci yang bukan sahaja selamat untuk manusia, tetapi mesra dengan alam sekitar juga. Inilah yang kita perlu utamakan untuk ditinggalkan kepada anak-anak.

Sapu Herbal Blend Selepas Mandi

Lepas mandikan dengan Basic H, keringkan badan dan saya sapu Herbal Blend ke seluruh badan. Krim ni membantu untuk melegakan kegatalan. Krim serbaguna ni boleh juga dijadikan sebagai losyen untuk lembapkan kulit anak-anak.

Herbal blend membantu melegakan kegatalan

Rupanya Herbal Blend bukan saja melegakan kegatalan, parut chicken pox pun hilang gitu je. Lepas beberapa hari memang tak nampak macam kena jangkitan chicken pox pun.

Dalam seminggu, kulit pun nampak bersih

7. Tahu batas sebagai ibu bapa

Dalam hal yang melibatkan kesihatan anak-anak, sepatutnya kita perlu ada ‘high index of suspicious‘. Jangan terlalu bergantung kepada naluri dan gerak hati keibuan. Salah satunya sebab kesihatan anak boleh merosot dengan sangat cepat.

Bila nampak ada kelainan pada anak-anak, segera bawa ke hospital untuk dapatkan rawatan. Selain itu, bila biji air chicken pox nampak tanda seperti ada nanah, itu juga salah satu bahaya jangkitan kuman chicken pox.

Sekarang ni kena lebih berjaga-jaga sebab banyak penyakit berjangkit yang menular dengan cepat. Basuh tangan dengan kerap, elakkan dari kawasan yang sesak dan jaga pemakanan. Ini akan membantu untuk mengurangkan penularan penyakit dan wabak yang boleh menjejaskan tahap kesihatan.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: