Menu

Cara Saya Pilih Tadika Untuk Anak

Hari ni hari pertama Amanda mula bersekolah di Tadika On Pong. Lepas sebulan Amanda rehat, mom ambik keputusan, untuk hantar ke sekolah tadika Cina. Saya akan kongsikan sedikit sebanyak cara saya pilih tadika untuk anak. Maklumlahm, tadika ialah sekolah pertama anak-anak. Jadi kena buat pilihan yang betul.
vitamin shaklee anak sihat
Amanda nak perg sekolah
Sebelum ni rancangan saya untuk hantar anak ke Khalifah Model School (KMS), oh my dream school. haha. Mom yang mengidam sekolah tu sebenarnya. 

Cara Saya Pilih Tadika untuk Anak

Dari KMS, jauh melencong ke tadika cina, dah kenapa pulak kan. Lari terus dari islamik kepada aliran anak.
 
Ok pertama sekali, kalau nak teruskan sekolah Amanda di KMS, Amanda boleh je terus sekolah di Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM), aliran kat sana sesuai untuk teruskan di KMS. 
Yang mana benda apa yang mereka belajar, sangat bagus untuk long term, membentuk peribadi dan khalifah, bukan terlalu fokus kepada akademik. Tapi sebab buat masa sekarang, mom dah kena buat keputusan, sebab Amanda dah 5 tahun. 
Tak ada fikir dulu atau kemudian, sekarang jugak kena buat keputusan. Lepas fikir, tengok orang, buat research, observe, tertarik juga dengan cara angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, yang sekolahkan anak beliau di sekolah aliran Cina. Mom memang peniru bersiri😝

Banyak yang saya belajar dari beliau, teruatamanya belajar cara parenting issues, spending time with kids. Memang lah tak ada ibu bapa yang sempurna, tapi kita boleh cuba cari jalan untuk beri yang sesempurna mungkin kepada anak-anak.  
 

Cuba tengok jadual Bella and Tasha, perghhh, memang hectic tapi anak-anak kan memang masa ni nak bagi dia serap
Yes! Dapat idea nak sekolahkan Amanda di sekolah Cina, maksudnya sekarang Amanda dah kena masuk sekolah Cina, kalau nak tunggu 6 tahun lambat sangat. Bermula pencarian sekolah untuk Amanda..

TASKA/TADIKA/PRA SEKOLAH CINA SEKITAR AMPANG, KUALA LUMPUR

Bermula seisi tanya Mr Google, nak tanya siapa lagi kan, mana ada adik beradik Nina sekolah Cina pun. In fact, Nina memang tak pernah fikir sebelum ni nak masukkan Amanda ke sekolah Cina sehinggalah Nina tertarik dengan Bella dan Tasha , yang seawal 5 tahun dah di train.
Nina kena cari tadika Cina untuk Amanda, tapi pilihan pertama Nina, ialah pra sekolah Cina. Tak banyak lepas tu kena research sendiri, sebab tak tahu macam mana nak cari🤧
Bermula dengan SRJK (C) Tsun Jin, paling dekat dengan area rumah Abah Nina, so senang. Dekat Taman Maluri je, masuk pejabat tanya pasal pra sekolah, memang tak ada.
Katanya, ada 1 je kalau area KL ni yang ada pra sekolah, SRJK (C) Kung Min, sini je yang ada pra sekolah. Bila telefon pejabat, sekolah cakap dah tutup, semua kena buat online. Dah terlambat untuk 5 tahun. Tapi korang yang belum 5 tahun, bersedia 1 MAC nanti register online untuk kemasukan tahun 2019😁
 
cara mohon darjah satu
Aplikasi untuk anak ke darjah 1

1 Mac nanti apply darjah 1 SRJK (C) On Pong untuk Amanda

Anak 6 tahun pun boleh apply, tapi kena online jugak.
Kami okay sebab tu bukan pilihan kami jugak, jauh dari rumah sendiri di Pandan Indah, dan rumah keluarga di Desa Pandan. 
Kalau sekolah Cina lain yang tak ada pra sekolah Cina, kena masuk tadika swasta dulu. Jadi, dari google Nina jumpa SRJK (C) On Pong dekat Ampang. Siap ada tadika! Okay then this is it! 
 

Sama kawasan dengan sekolah rendah, macam pra sekolah tapi sebenarnya swasta
Terus telefon pejabat, ‘ada satu kekosongan’ , Alhamdulillah! Memang rezeki Amanda. Sebab sekolah Cina diorang ada quota untuk Melayu Islam, 5 orang saja katanya. Kami terus ke sekolah tu, tadika tu dalam sekolah rendah, tapi bukan kerajaan punya.
Yang bestnya, anak yang tadika di On Pong, akan diberi keutamaan untuk teruskan darjah 1 di SRJK (C) On Pong, tapi mesti kena isi online jugak. Bersedia saja 1 Mac, jangan sampai lupa🤭

TADIKA ON PONG 

Alhamdulillah, ALLAH swt mudahkan. 30hb Januari 2018 kami siap register, yuran sebanyak RM800 , bulanan RM150.
Yuran dah termasuk 2 pasang uniform, 1 pasang baju sukan, dan buku sekolah.

2 pasang uniform
Uniform untuk sukan

1 pasang baju sukan setiap Jumaat

Jumpa guru kelas, dan mereka sangat minta kerjasama untuk pantau anak supaya siapkan homework. Kami faham, ye la bayangkan tak ada basic, dan kami pun memang tak pandai, sendiri punya ingat la kan. 
Kena kerja kuat sama-sama dengan Amanda, mom anggap mom boleh sama belajar dengan Amanda, sama-sama kita pandai Cina ok😁
Good luck sayang! Tak sabar nak tau apa feedback Amanda untuk hari pertama ni😆
P/S: Amanda dah 6 tahun, dan Maryam 4 tahun pun sekolah yang sama. Nina kongsikan review di sini.
Nina Salleh | Empowering moms
vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

9 thoughts

  • Assalam puan. Maaf ganggu, tengah mencari kiddy utk anak, terserempak hasil nukilan puan😊, nak tnya, so far mcm mna anak puan kt tadika tu? Niat anak 5y nanti nak hntr tadika tu. senang, tahun 1 x payah pening2 cari sekolah.

  • Assalam puan. Maaf ganggu, tengah mencari kiddy utk anak, terserempak hasil nukilan puan😊, nak tnya, so far mcm mna anak puan kt tadika tu? Niat anak 5y nanti nak hntr tadika tu. senang, tahun 1 x payah pening2 cari sekolah.

    • w’salam maaf lambat, so far anak saya ok dan memang ibu bapa kena close monitoring sebab setiap hari akan ada homework yang agak banyak untuk 5 tahun, tapi boleh je buat kena kurangkan main juga. Tahun 2019 ni adik dia pun masuk sama. sesi pagi ke tadika cina, petang ke PASTI untuk tadika agama, balik tu maybe tengok homework:)

  • Assalamualaikum. Thanks for the reply. Maaf bnyk tnya pula. Tadika tu ada kelas agama x? N btw puan hntr pasti kt mana ye? Maaf la, skrg anak sy kt qdees, niat ptg nk hntr kelas agama tp xtau kt mna ada, tgh mencari lg, tgh berkira nk withdraw current kiddy. And maybe boleh share monthly paymnt for on pong & syllabus mcm mna kalau x keberatan. Thanks you so much.

    • w’salam maaf lambat. saya hantar tadika cina pagi, kemudian pukul 12.30 anak masuk PASTI sesi petang hehe. on pong untuk 4 years month rm 235 klau tak silap, 6 tahun rm185. registration lebih kurang rm1000 termasuk uniform.

      PASTI rm125/month, registration RM1600 for both.

      syllabus on pong memang strict study, ada exam dah tapi untuk 4 years more to like nursery rhymes. banyak yang pengenalan je. Kalau on pong tu takde kelas agama. BM,english,maths chinese je.hope it helps:)

    • Maaf lambat reply lagi. Tadika Cina tak ada kelas agama, sebab tu saya hantar PASTI sebelah petting hehe, on pong murah je, RM150 and ada english club keen bayar lebih skit.. syllabus dia macam tadika biasa punya and of course more on chinese language, ada tuition juga. so far satifsying untuk bag saya.
      Qdees kenapa nap withdraw tu?
      Tadika on ong tu best sebab day attached dungeon SJKC On Pong so miming say masukkan anak sjkc tu je anti than depan:)

    • w’salam, biasanya untuk sekolah cina nak masuk darjah satu, dari 5 tahun dah tadika cina. sebab banyak subjek guna bahasa cina. kalau bahasa mandari tu saya tak pasti macam mana dia cover bahasa tu:)

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: