Menu

Youth Complex; Kandungan Utama Dalam Youth Skincare

Buat julung kalinya Shaklee telah mengeluarkan rangkaian produk penjagaan wajah yang dibuktikan dengan kajian klinikal. Selama 8 tahun pelbagai formula dibuat dan diujikaji semata-mata untuk memastikan ianya adalah produk penjgaan wajah yang sesuai untuk semua jenis kulit. Malah bukan setakat sesuai, ia juga terbukti berkesan untuk kulit yang lebih sihat.
Memang bukan calang-calang produk penjagaan wajah yang Shaklee keluarkan kali ini. Pelancaran produk penjagaan wajah Youth Skincare sudah dibuat pada awal bulan Februari tahun 2018. dengan Youth Complex sebagai kandungan utama Youth Skincare Shaklee.
 
Nina haruslah jadi yang terawal dapatkan Youth Skincare hihi

Seronok betul macam nak lompat bintang bila dapat beli Youth Skincare. Sebenarnya inilah pertama kali saya beli set skincare yang macam ni tau. Maklumlah umur pun dah cecah 30 tahun, jadi kena ambil berat dan lebih cakna untuk jaga kulit muka.

Taknak la bila berjalan beriringan dengan suami nanti, orang nampak kita macam makcik dia pulak kan. Eh ghisau tau.

Youth Complex: Kandungan Utama Youth Skincare Shaklee

Youth complex sebagai kandungan utama dalam Youth Skincare

 

Proses untuk hasilkan produk yang 100% daripada bahan semulajadi dan100% terbukti berkesan, bukan lah sesuatu yang mudah namun ia tidak mustahil. Selama 8 tahun, formula demi formula, ia pelaburan yang berbaloi sebab akhirnya Shaklee berjaya hasilkan Youth Skincare Shaklee.
Youth Complex sebagai kandungan utama Youth Skincare.
Youth complex terdiri daripada bahan aktif yang akan memulihkan, merawat dan membekalkan nutrisi agar kulit lebih sihat.
Youth Skincare adalah sebuah revolusi. Dengan lapan paten dan paten-diproses, setiap produk Youth diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya disebabkan cara hidup, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.
Memang mind-blowing sangat dengan penghasilan Youth Skincare ni.
Antara faktor penuaan

 

Faktor yang menyebabkan kulit nampak lebih tua dari usia
Shaklee mengambil langkah hebat dengan penciptaan Youth Skincare Shaklee dengan Youth complex untuk melambatkan penuaan pada wajah.
Formula yang diuji secara klinikal

Testimoni Youth Skincare

Sebelum ia dilancarkan kepada umum, pihak Shaklee telah melakukan eksperimen ke atas beberapa orang rakyat Malaysia bagi menguji keberkesanan Youth Skincare. Ternyata, Youth bukan sekadar untuk orang putih, ia juga berkesan memberi perubahan kulit kepada kulit orang Asia.
Tona kulit lebih sekata
Kurang kedutan dan garis halus
Parut jerawat berkurang
Tona kulit sekata dan kulit lebih berseri

Kandungan Dalam Youth Complex

Terdapat 5 bahan utama dalam Youth Complex yang menjadi kandungan utama rangkaian produk penjagaan wajah Youth Skincare Shaklee iaitu:

1. Muscadine Grape

Muscadine grape kategori anggur yang istimewa dan banyak manfaat
Polifenol dari muscadine grape yang sudah dipatenkan berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki kesihatan sel dari dalam.
Dalam masa yang sama ia menghalang daripada kerosakan kolagen dan elastin.

2. Lotus Japonicus

 Lotus Japonicus mengaktifkan protein dalam Youth Skincare yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.

3. Ekstrak stem sel epal

Kajian menunjukkan bahawa ekstrak stem sel epal mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda.
Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

4.Ekstrak buah schisandra chinensis

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.
Sesuai untuk semua jenis kulit, ekstrak buah Schisandra Chinensis menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

5. Vital Repair Complex

 

Vital Repair Complex+®️ yang memberikan nutrien, antioksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit. Ia juga menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Tutorial Penggunaan Produk Penjagaan Wajah Youth Skincare

Saya dah siapkan video penggunaan rangkaian prorduk penjagaan wajah Youth Skincare Shaklee. Berminat untuk lihat lebih testimoni daripada pengguna Youth? Ini adalah testimoni daripada mereka yang sudah menggunakan Youth Skincare.
Berminat untuk dapatkan Youth Skincare Shaklee, boleh order di sini.

Senang je kan? Nina pun dah tak sabar nak cuba sendiri.
Nina Salleh | Empowering moms
vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: