Menu

Pengalaman ngeri anak diserang sawan bukan jenis biasa

Teringat sekitar tahun 2016 waktu Maryam, anak kedua saya diserang sawan. Pagi tu seperti biasa saya kemas rumah dan Maryam duduk bermain sendiri. Waktu menyapu lantai, saya panggil Maryam supaya beliau alih duduk di tempat lain.
“Maryam, Maryam main dekat sana. Mom nak sapu sini”
Berkali-kali saya panggil nama Maryam namun beliau tidak berganjak dari kedudukan asal. Dari jarak lebih kurang 2 meter, saya lihat Maryam kaku dan bisu, keras kejung namun posisi masih tidak berubah, beliau masih duduk.
Maryam diberi bantuan pernafasan sebaik tiba di jabatan kecemasan
Terasa bagai luruh jantung, sepantas kilat saya menuju ke arah Maryam dan angkat tubuh beliau yang kaku. Mata masih terbuka, mulut pula sedikit-sedikit keluar air liur. Saya panggil dan saya gerakkan tubuh Maryam. Maryam masih kelu dan bisu tidak ada bicara dan respon kepada saya. Saya perasan hanya jari kelingking Maryam sahaja yang bergerak seakan-akan ada tarikan mekanikal. Pergerakan yang tidak disengaja tetapi berulang-ulang. Mujurlah saya ada sedikit ilmu hasil pengajian dalam jurusan Sains Perubatan Kecemasan dulu kala, saya tahu beliau sedang menghadapi sawan, namun bukan jenis sawan biasa.
Sewaktu di bertugas di jabatan kecemasan, saya hanya biasa lihat sawan dengan genjatan seluruh tubuh badan, bola mata ke atas dan air liur akan meleleh keluar. Ini antara tanda-tanda sawan yang biasa dan klasik.
Saya harus kekal tenang walaupun dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Macam-macam bermain di fikiran. Saya terus telefon suami dan kami bergegas ke Hospital Ampang. Sepanjang jalan saya tak henti-henti salahkan diri sebab waktu Maryam tidak menyahut panggilan saya di rumah tadi, saya fikir Maryam hanya bergurau. Tak henti-henti juga berdoa minta Allah pulihkan kesihatan dan kembalikan kesihatan Maryam seperti biasa.
Sampai saja di jabatan kecemasan, Maryam terus dimasukkan ke zon kritikal.
Di hospital, para doktor dan pakar kanak-kanak juga beritahu bahawa sawan yang Maryam hadapi bukan jenis yang biasa. Maryam diberi bantuan pernafasan dan diamasukkan ke wad untuk pemerhatian. Alhamdulillah syukur kepada Allah, kesihatan Maryam kembali seperti biasa. Syukur Alhamdulillah, hari ini beliau sihat dan aktif serta petah berbicara.
Tips Hadapi Anak Yang Diserang Sawan

Ini tips yang ibu bapa perlu tahu sekiranya anak-anak hadapi sawan sama ada jenis biasa atau hanya genjatan kecil seperti Maryam.

Jenis sawan yang kebanyakan
1. Bertenang dan jangan panik.
Sebenarnya kalau panik, kita tak dapat nak berfikir secara waras. Risau kalau-kalau terlupa perkara yang perlu diutamakan dan boleh membuatkan keadaan semakin teruk. Tarik nafas dan bertenang supaya dapat buat tindakan yang seterusnya.
2. Pastikan anak berada dalam persekitaraan yang lapang dan selamat.
Jika anak-anak alami sawan yang melibatkan genjatan seluruh tubuh, persekitaran begini akan mengurangkan kecederaan pada tubuh badan anak.
Kedudukan anak bukan lah di atas kerusi, atas katil atau dalam buaian. Pastikan persekitaran yang lapang dan tidak ada apa-apa yang membahayakan.
3. Mengiringkan anak ke sebelah kiri
Perhatikan pergerakan anak, sekiranya tidak berlaku lagi genjatan, letak dalam posisi mengiring ke kiri bagi mengelakkan anak tersedak air liur.

 

Mengiringkan anak sekiranya sawan sudah berhenti
4. Jangan masukkan apa-apa dalam mulut anak.
Petua orang lama perlu masukkan sudu dalam mulut supaya anak tidak kancing gigi. Sebenarnya dengan masukkan sudu, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih besar seperti tercekik dan boleh mengancam nyawa. Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut anak yang sedang sawan.
5. Perhatikan apa yang berlaku pada anak dan catat masa

Sebolehnya, cuba ingat kejadian dan perlakuan anak-anak sepanjang kejadian sementara menunggu petugas kesihatan sampai atau dalam perjalanan ke hospital. Sebarang perubahan atau kejadian anak akan membantu memudahkan urusan rawatan oleh petugas kesihatan.

6. Hubungi 999 untuk dapatkan bantuan

Hubungi 999 untuk meminta bantuan kecemasan atau jika ada kemudahan, boleh bawa sendiri ke hospital terdekat dan terus ke jabatan kecemasan. Ia dapat menjimatkan masa serta mempercepatkan proses anak untuk menerima rawatan yang sewajarnya.

Dalam kes anak yang diserang sawan. ibu bapa perlu ingat agar tidak panik dan ikut langkah di atas untuk mempercepatkan rawatan yang akan diterima. Semakin cepat dirawat, Insya-Allah dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan yang serius.

Committed in empowering moms,

Nina Salleh

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: