Menu

Buah anggur sebagai makanan untuk cegah kanser

Kita semua tahu betapa sedapnya buah anggur namun tak ramai yang tahu manfaat buah anggur untuk kesihatan. Dengan tektur nya yang bulat dan rasa masam sedikit dan manis yang banyak, buah anggur sangat sesuai dibuat snacking. Lebih sedap lagi jika dimakan sebaik sahaja keluar dari petis ais, boleh buat lupa diri, tahu-tahu sudah habis sekilogram makan seorang diri. Nak lagi sedap, bersihkan buah anggur dan masukkan dalam bekas, letak dalam peti bahagian sejuk beku, biarkan 6jam sebelum makan. Pergh, terasa seperti makan aiskrim anggur!

Di Malaysia, harga buah anggur sekilo boleh mencecah RM30. Ia antara buah yang agak mahal. Namun dengan lebih 1600 kompoun  termasuk resveratrol, lycopene, quercetin, melatonin dan antioksidan lain, buah anggur memberikan banyak manfaat untuk kesihatan.

Manfaat Buah Anggur untuk kesihatan

Buah anggur sangat tinggi dengan antioksidan, vitamin C, vitamin K dan serat.

            1. Melambatkan penuaan

Dalam buah anggur terdapat phytonutrien yang sangat penting untuk melambatkan penuaan iaitu resveratrol. Menurut kajian, resveratrol yang sangat tinggi di bahagian kulit anggur ini mampu meningkatkan gene expression yang melibatkan kepanjangan umur.

    2. Mengurangkan risiko obesiti dan penyakit kencing manis type-II

Malaysia adalah negara paling obes di Asia Tenggara, manakala satu daripada lima dewasa di Malaysia adalah penghidap kencing manis. Kedua-duanya adalah penyakit yang berkait antara satu sama lain. Kencing manis type II berlaku apabila insulin yang dihasilkan tidak lagi sensitif terhadap gula dalam darah. Insulin tidak lagi mengangkut gula untuk sampai ke organ tertentu, jadi paras gula dalam  darah menjadi tinggi. Kajian menunjukkan polifenol dalam anggur boleh mengurangkan gejala tersebut.

Satu daripada lima dewasa menghidap kencing manis

Malaysia negera paling obese di Asia Tenggara

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Phytonutrien dalam buah anggur bertindak dengan mengimbangi paras gula dalam darah, meningkatkan sensitiviti insulin terhadap gula dan meningkatkan regulasi insulin. Pengambilan anggur muscadine terbukti dapat meningkatkan tahap kesihatan pesakit kencing manis, berbanding pengambilan jus anggur biasa.

3. Kaya dengan antioksidan

Flavonoid dalam anggur menunjukkan kandungan antioksidan yang sangat tinggi. Ia sangat penting untuk mengurangkan oxidative stress yang berlaku akibat radikal bebas terkumpul di dalam tubuh badan manusia. Vitamin C dan mangan juga nutrisi penting dalam  buah anggur. Walaupun keseluruhan buah anggur ada banyak manfaat untuk kesihatan, bahagian biji dan kulitnya mengandung antioksidan yang paling banyak!

4. Kuasa untuk kurangkan keradangan

Polifenol dalam anggur terbukti mampu mengurangkan keradangan, boleh jadi ia lebih berkesan dari ubat anti inflammatory yang ada di pasarsan.

5. Mengurangkan risiko kanser

Buah anggur yang sangat tinggi dengan antioksidan boleh mengurangkan keradangan sertsa kerosakan sel akibat radikal bebas, membuatkan buah ini salah satu yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser. Dalam kajian ke atas pesakit kanser prostat, ia menunjukkan ekstrak kulit anggur muscadine yang mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser.

Selain itu, kandungan serat yang tinggi dapat memberikan kesihatan pada usus. Kombinasi antioksidan dan juga serat yang tinggi dalam anggur menyebabkan ia jadi tarikan untuk kajian pencegahan kanser usus.

Fakta Nutrisi buah anggur (anggur hitam tanpa biji)

1 cawan anggur hitam (lebih kurang 150 gram) mengandungi:

  • 99.7 kalori
  • 21 gram karbohidrat
  • 1.8 gram protein
  • 0.15 gram lemak
  • 4.95 gram serat
  • 21.9 mikrogram vitamin K
  • 7.5 miligram vitamin C

Walaupun buahnya kecil, hanya dalam satu cawan pun terkandung phytonutrien yang sangat tinggi. Jadikan buah anggur makanan wajib setiap hari.

Jenis-jenis anggur

Beberapa kegunaan anggur sejak dulu, sama ada:

  1. Dimakan begitu sahaja
  2. Dikeringkan di bawah cahaya matahari dan dikenali sebagai raisin
  3. Digunakan dalam proses pembuatan arak

Ketiga-tiganya adalah dari keluarga yang sama iaitu Vitaceae(diambil dari genus Vitis).

Kebanyakan spesis Vitis mempunyai 38 kromosom kecuali dari subgenus Muscadinia yang mempunyai 20 kromosom.

Anggur muscadine sangat tahan lasak, mempunyai kulit yang keras untuk melindungi dari pelbagai serangan penyakit. Sudah pasti banyak manfaat untuk kesihatan jika dapat diamalkan setiap hari.

Anggur muscadine yang mempunyai kulit tebal dan sangat lasak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dari keluarga tersebut, terdapat lebih 60 spesis, yang mana terdapat ribuan jenis anggur yang lain. Di Italy sahaja terdapat lebih 1,000 spesis yang ditanam di kawasan persisiran bukit.

Anggur yang organik adalah lebih selamat kerana tidak mengalami mutasi genetik, namun harganya sudah pasti lebih mahal. Pilih juga untuk amalkan anggur merah kerana ia lebih tingi antioksidan berbanding anggur hijau. Amalkan setiap hari untuk kesihatan yang optimum.

Nina Salleh

Sama-sama amalkan untuk terus sihat.

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: