Menu

Vitamin Shaklee Bahaya Untuk Kesihatan?

Masuk tahun 2023 ni, dah lebih 7 tahun saya jadi pengguna setia jenama Shaklee. Selain vitamin, Shaklee juga ada rangkaian penjagaan muka, pencuci pakaian&rumah, dan penjagaan rambut tau.

Setiap dari rangkaian produk termasuk vitamin Shaklee akan pentingkan:

  1.  Keselamatan
  2.  Jaminan berkesanan
  3.  Dibuktikan oleh Sains

Kiranya semua produk Shaklee dijamin selamat, jadi apa nak takut. Boleh guna tanpa was-was.

Keistimewaan Vitamin Shaklee Yang Ramai orang tak Tahu

Vitamin Shaklee bukan dihasilkan atas dasar nak kaut keuntungan semata-mata. Sejarah asal vitamin Shaklee bila pengasasnya, iaitu Dr Forrest C Shaklee yang ada masalah kesihatan sejak lahir, beliau didiagnose dengan penyakit tuberculosis. Sejenis penyakit yang menyerang sistem pernafasan.

vitamin pertama di dunia
Multivitamin pertama di dunia

Mengikut para doktor, hayat hidup Dr Forrest C Shaklee ni tak lama. Sebab waktu itu, teknologi dan akses kepada perubatan pun terhad. Iya, tahun 1894, mesin x-ray pun tak tahu la macam mana rupa😅

Berkat usaha mak dia, ikhtiar bawa anak jauh dari pembangunan, bebas pencemaran berbanding kehidupan di bandar, Dr Forrest C Shaklee pun membesar lebih sihat berbanding rakan yang sebaya.

Dari situlah beliau mulakan proses untuk hasilkan herba, yang diberi nama vitalized mineral, untuk orang sekeliling supaya hidup lebih sihat.

1.Pentingkan Kesihatan Alam Semulajadi

Bukan sahaja kesihatan tubuh badan, Dr Forrest C Shaklee sangat mementingkan kesihatan alam sekitar. Sebab itu setiap dari vitamin Shaklee dan juga rangkaian produk lain dipastikan tidak merosakkan alam sekitar.

Ia adalah bebas bahan kimia berbahaya, malah bahan-bahan yang digunakan memberikan impak positif terhadap alam sekitar.

Climate neutral company
Syarikat climate neutral pertama di dunia

Selain alam sekitar, Shaklee juga tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Jadi, dalam proses penghasilan produk Shaklee, tidak ada isu kekejaman terhadap binatang.

Disebabkan produk yang dihasilkan dijamin selamat, maka ia hanya digunakan oleh manusia. Sejak 1915 hingga hari ini, Shaklee kekal dengan falsafah untuk tidak merosakkan satu sel pun dalam badan.

Kita hanya ada satu sahaja Bumi untuk generasi anak cucu nanti. Jadi, sama-sama lah kita buat pilihan yang lebih baik bukan saja untuk kesihatan badan malah untuk alam sekitar.

carbon neutral apple
Climate neutral Shaklee bukan semata-mata carbon

Salah satu bukti yang Shaklee ni pentingkan alam sekitar ialah menjadi syarikat pertama di di dunia yang diiktiraf “climate neutral”, pada tahun 2000. Syarikat Apple pun baru je buat lepas 23 tahun😅

2. Mengutamakan Kesihatan

Kalau tengok trend di Malaysia, banyak syarikat jual vitamin yang tumbuh macam cendawan. Sekejap vitamin A kemudian vitamin B, jarang yang dapat sustain sehingga lebih 100 tahun.

Sebab kebanyakannya berpaksikan duit.

Cerita dia, kalau ada duit dan modal, boleh terus ke mana-mana kilang untuk keluarkan vitamin jenama sendiri. Keluarkan dalam bentuk “mass market”, bila tak habis, keluarkan jenama baru atau rebrand. Kitaran akan berulang-ulang.

Dalam syarikat Shaklee yang bukan berpaksikan wang ringgit semata-mata, kesihatan ialah keutamaan. Sebab itu nak hasilkan sesuatu vitamin, akan ambil masa yang lama.

  • Nak pastikan pembuatannya sempurna
  • Nak buat kajian dulu, adakah berkesan atau sia-sia kalau diambil
  • Nak dapatkan bahan mentah yang akan lalui proses panjang sebab Shaklee utamakan Beyond Organic
  • Ia dibuktikan oleh pakar dalam ratusan kajian yang diterbitkan dalam journal

Sejak dulu, falsafah Shaklee sentiasa sama, untuk tidak merosakkan walau satu sel pun dalam tubuh manusia. Apatah lagi nak sebabkan penyakit kronik seperti buah pinggang, itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Bukan Salah Vitamin Shaklee

30 tahun hidup dengan makan makanan segera, minuman bergas dan tidur yang tak terjaga, baru 3 bulan makan vitamin Shaklee. Kemudian di diagnos dengan masalah buah pinggang, tetap Shaklee juga yang disalahkan.

Kajian keberkesanan vitamin
Kajian buktikan vitamin Shaklee beri kesan baik untuk pengguna

Masalah kesihatan kronik semua perlukan masa untuk “build up” dalam sistem badan kita. Keradangan dan radikal bebas yang tinggi dari gaya hidup yang tidak sihat ialah punca penyakit.

3 bulan masa makan Shaklee, sel badan sedang dibaiki. Namun agak terlambat sebab kerosakan sudah teruk. Itulah yang kami sarankan supaya ubah sekarang dan mulakan hari ini.

3. Kualiti Melangkaui Organik

Di Malaysia, kita biasa dengar tentang organik. Tapi di Shaklee, organik terlalu rendah, sebab itu ia melangkaui organik.

Jangan risau dengan setiap pengambilan vitamin Shaklee. Ia bebas gluten, tanpa kekejaman, dan produk yang tidak melalui genetik modifikasi.

Melangkaui organik di mana setiap bahan mentah akan disaring lebih daripada 350 bahan pencemar.

kepentingan makan vitamin
Vitamin yang pentingkan kualiti

Untuk capai status organik, bahan mentah akan ditapis lebih dari 100. Namun Shaklee sudah melebihi tahap organik.

Setiap produk akan dihasilkan bukan hanya “cukup-cukup makan” seperti yang diminta oleh industri. Ia akan pastikan kualiti Shaklee jauh lebih baik dari apa yang dipinta.

Dalam proses tapisan, sekiranya ada bahan mentah yang terdapat bahan pencemar, maka seluruh batch tidak akan digunakan. Begitu tegas Shaklee dalam memastikan piawaian sesuatu bahan mentah.

4. Barisan Doktor Pakar dan Para Saintis

Di sebalik jenama Shaklee, bukan ada kilang timbang kilo tau. Jadi hentikanlah fitnah terhadap Shaklee.

Cuba dulu kemudian baru rasa.

noble prize winner
Barisan pakar di sebalik Shaklee

Kajiand dah ada, bahan pun semua diuji dulu sebelum dapat sebotol vitamin Shaklee dan barisan yang memastikan produk Shaklee sentiasa berinovasi bukan calang-calang, ini lah antaranya.

Mereka yang sudah puluhan tahun dalam bidang kajian, ada Pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan, ada barisan saintis dan doktor pakar. Mereka yang bertanggungjawab memastikan setiap vitamin terhasil dengan kesan untuk baik pulih tahap kesihatan.

falsafah shaklee
Falsafah dari pengasas hingga hari ini

Di Malaysia pun tak ada lagi pemenang hadiah nobel, dalam Shaklee itu sudah jadi perkara biasa.

Hentikanlah propaganda salahkan vitamin Shaklee bila pemakanan sendiri selama puluhan tahun tidak dijaga.

Nak mulakan penjagaan kesihatan dengan vitamin Shaklee, hubungi Pengedar Shaklee Ampang hari ini.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: