Menu

Idea Bisnes Online Terbaik untuk Surirumah

Ingat lagi masa anak sulung saya umur 7 tahun, saya sembang sambil teman dia siapkan kerja sekolah. Saya tanya dia soalan agak dewasa lah,

“Amanda, bila besar nanti nak jadi apa?”, sambil perhatikan dia yang sedang siapkan latihan di bawah tajuk ‘Cita-cita’.

bisnes online terbaik
Sekarang anak sulung dah 10 tahun

Dalam buku tersebut, pelajar perlu tulis cita-cita berdasarkan gambar. Ada gambar jururawat, ahli bomba, polis dan doktor.

“Tak tahu”, jawab Amanda. Mungkin dia tak faham atau belum dapat gambaran tentang apa yang dia nak jadi untuk masa akan datang.

Cita-Cita Hanyalah Dalam Buku

Waktu saya sekolah rendah, setiap kali cikgu tanya nak jadi apa, saya akan jawab saintis atau cikgu. Saya pun tak tahu mana dapat idea nak jadi saintis sedangkan saya memang tak tahu apa tugas kerja seorang saintis pun. Memang kelakar kalau fikir balik. Tetapi yang pasti untuk buat bisnes online ni memang tak pernah ada dalam kamus hidup zaman kanak-kanak saya.

bisnes online malaysia
Bisnes online ni mudah sebab ada internet semua boleh jalan

Jadi saya cuba untuk biasakan anak-anak dengan ideologi untuk bisnes online.

“Nak buat bisnes Shaklee macam mom?”, saya cuba bagi idea.

Taknak, Amanda nak jual cekak rambut, getah rambut, playdough, semua la”, kali ni Amanda jawab dengan penuh yakin.

“Okay, boleh. Tapi Amanda kena kumpul duit dari sekarang tau, nanti boleh beli cekak banyak-banyak untuk jual. Dah jual baru Amanda dapat untung”. Saya beri penerangan sambil nak terapkan budaya menabung dan berjimat cermat pada Amanda. Dia angguk saja.

Saya sambung,

“tapi kalau Amanda nak jual Shaklee macam mom, tak payah ada duit banyak pun. Kalau nak jual cekak, kena ada duit sebagai modal permulaan untuk beli cekak banyak-banyak sebab nak jual kan? Tapi bisnes Shaklee, Amanda cuma kena rajin kongsi macam mana Amanda rasa lepas makan vitamin je”.

Pengalaman Mula Bisnes Online 

Ini antara pengalaman saya sendiri memulakan bisnes online tanpa keluarkan modal besar sebab memang tak ada modal. Jadi surirumah yang tak berkerja. Hinggalah akhirnya jumpa bisnes online terbaik dekat di hati hingga hari ni.

1.Jadi Agen Dropship

Saya pernah jadi agen dropship untuk jual pakaian sebelum nak mulakan bisnes jenama sendiri. Masa tu era Facebook baru bermula selepas kejatuhan Friendster. Aha, yang ada Friendster tu kita sebaya lah tu.

bisnes online
Pernah jual tudung ni dan masih ada baki tak terjual haha

Kemudian ada nampak iklan untuk tambah pendapatan dengan cara menjual pakaian, terus nak join sebab nak tambah pendapatan. Masa tu yuran pendaftaran RM50, kemudian gambar-gambar baju diberikan dalam satu group Facebook private. Jadi agen dropship ni mudah sebab dapat untung ‘atas angin’. Kita tak perlu ada modal yang besar sebab penjual yang akan beli stok dengan banyak.

Setiap helai baju terjual, boleh dapat untung dalam RM5-RM10. Hanya untung runcit, tanpa insentif bulanan. Saya dapat jual 2 helai jubah. Itu pun sehelai saya beli untuk pakai sendiri, sehelai lagi kawan sekolah nak support katanya.

jenis bisnes online
Pernah jual biskut untung RM4 sebekas. Modal masa, tenaga nak balut memang kelakar. Haha

Masa join jadi agen dropship, saya tak diberi pendedahan tentang bagaimana nak mula menjual dengan platform online. Penjual hanya beri gambar dan pandai-pandailah nak menjual. Itu antara sebab saya tak teruskan sebagai agen dropship begini.

2.Jadi agen affiliate

Saya juga pernah jadi agen affiliate. Affiliate pun bisnes online yang tak perlukan modal besar untuk bermula. Senang cerita, bisnes ni hanya perlu buat promosi link untuk dapatkan untung atas angin. Biasanya affiliate ialah promosi untuk jual produk digital yang berbeza dengan dropship, sebab ada produk fizikal seperti baju atau barang makanan.

Kesilapan saya sewaktu jadi agen affiliate pula sebab tak kenal audien sendiri. Jadi, bila kongsi link memang tak ada orang yang berminat untuk klik. Jadi affiliate pun terhenti begitu.

3.Jadi mini stokis 

Sekitar tahun 2013 juga, saya tukar untuk jadi sebagai mini stokis bagi menjaul produk penjagaan wajah, yang dipopularkan oleh seorang artis. Disebabkan ia adalah produk dengan sistem agen, stokis dan master stokis, maka ada perbezaan harga bagi setiap restock.

bisnes online
Bisnes online perlu ada passion

Masa bermula sebagai mini stokis, saya hanya ada simpanan RM500 sahaja. Dan itulah modal sebagai syarat untuk jadi mini stokis produk tersebut. Margin untuk mini stokis pula lebih kurang 20%, untuk master stokis 50%. Maksudnya kalau ada modal yang besar, maka lebih besar untung yang boleh dikaut.

Setiap kali restock, jumlah itulah yang perlu dibayar. Jika tidak, saya tak dapat beli dengan harga mini stokis dan tak dapat untung runcit. Maka dapat penat sesajalah.

Ni antara faktor saya tak teruskan dengan bisnes sebagai mini stokis ni.

4.Buat Jenama Sendiri

Kisah nak ada produk sendiri ni sebenarnya lebih kepada angan-angan. Sebab tanpa ilmu, impian jadi angan-angan yang merugikan. Inilah kesilapan terbesar saya yang menyebabkan kerugian berganda. Memang saya serik walaupun ada jenama sendiri untuk nampak macam gah.

bisnes online yang mudah
Berangan nak jadi founder

Waktu buat jenama sendiri, saya belajar yang tak semua benda kita boleh capai dengan ‘main redah’ kecuali kita ada duit yang sentiasa jatuh dari langit. Kisah ni memang saya nak bagi pengajaran untuk anak-anak dan cucu-cucu. Jangan sebab nak jadi ‘founder, kita terpaksa bergadai dan berhutang. Bisnes tanpa ilmu boleh musnahkan kesihatan kewangan.

5.Jual produk kesihatan

Saya buat keputusan untuk ceburkan diri dengan jual produk kesihatan, tetapi semestinya bukan produk yang saya buat atau kilangkan sendiri.

Belajar dari kesilapan sendiri untuk tidak mengejar title founder. Kali ni saya pilih bisnes yang produknya diiktiraf, tidak memudaratkan malah mudah untuk saya jalankan bisnes secara online sahaja.

bisnes online terbaik
Antara momen yang membahagiakan

Inilah bisnes online terbaik yang saya pernah buat dan tak akan tinggal. Selain untuk masalah kesihatan sendiri, saya dapat berkongsi dengan orang lain juga. InsyaAllah aim saya bukan hanya untuk tambah duit, tapi tambah saham di sana nanti bila dapat bantu orang lain baiki tahap kesihatan.

Hasil dari buat bisnes online ni lah saya mampu ada pendapatan di samping uruskan anak-anak dan rumahtangga. Nikmat masa yang sering saya lupa, ada dalam bisnes online yang saya sedang buat ni.

bisnes online terbaik
Selain produk, ini antara sebab bisnes ni yang terbaik

Kalau dulu terkejar nak pergi kerja, uruskan anak dan siapkan makan malam, kali ni saya berkerja dengan masa sendiri. Walaupun bisnes online ni seolah-olah sistem dropship, tetapi ada komisen yang dibayar setiap bulan dan insentif percutian mewah ke luar negara ataun umrah setiap tahun.

bisnes online malaysia
Ukhuwwah yang terbina dari bisnes ni adalah nikmat paling mahal

Surirumah macam saya, memang seronok kalau buat bisnes dan ada komisen masuk setiap bulan terasa macam ada gaji. Selain semua di atas, komuniti bisnes online Shaklee ni buat saya tak rasa keseorangan. Alhamdulillah.

Peluang untuk Mulakan Bisnes Online

Kalau masih tercari-cari bisnes online yang boleh dibuat dari rumah, tanpa modal besar dan sesuai untuk surirumah, saya boleh bantu untuk mulakan bisnes Shaklee. Istimewa dengan promosi dan jimat berganda bulan April, inilah masa untuk mulakan langkah pertama.

bisnes online malaysia
Mulakan hari ini

Klik sini untuk bermula sertai kumpulan kami. Untuk bantuan, hubungi Pengedar Shaklee Ampang.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: