“Tak sayang ke berhenti kerja kerajaan? Ramai yang teringin nak masuk kerja tu. Nanti kalau berhenti tak dapat la pencen.”
Ini antara soalan sanak saudara bila mengetahui tentang perletakan jawatan saya sebagai sebagai kakitangan kerajaan di Kementerian Kesihatan Malaysia bergred U41 pada tahun 2016.
Sejujurnya mestilah rasa sayang lagi-lagi sebab dapat pencen, tetapi saya sendiri lebih senang untuk ada masa sendiri. Tak terikat dengan siapa-siapa dan tak perlu nak “kipas” bos atau orang atasan. Jadi saya pilih untuk fokus bisnes dari rumah sahaja.
Mula Bisnes Tanpa Modal Dari Rumah
Bisnes yang saya buat sejak 2016 hingga hari ini tak perlukan modal untuk beli stok pun. Tak seperti bisnes lain yang memerlukan modal untuk pendahuluan stok barangan untuk dijual. Ia adalah bisnes yang tidak berisiko. Sistem seperti dropship (untung atas angin) namun boleh memberikan keuntungan dan komisen yang berganda-ganda.
Hanya perlu daftar secara percuma atau bayar keahlian serendah RM35 sahaja untuk seumur hidup dan akan dapat akses ke website untuk:
- Semak perkembangan perniagaan
- Semak jumlah jualan
- Buat belian untuk pelanggan
- Semak bonus yang akan diterima
- Dapatkan akses untuk kelas daripada ahli nutrisi Shaklee yang bertauliah
Guna sendiri dan rasakan perubahan
Saya pilih untuk fokus bisnes ni bermula dengan mencari penyelesaian untuk masalah eczema yang saya hadapi.
Setelah berpuluh-puluh klinik saya pergi, bermacam-macam ubat yang saya telan dan banyak saranan orang sekeliling yang saya ikut, gejala eczema tetap tak dapat diatasi malah semakin hari semakin teruk keadaannya.
Sehingga saya cuba vitamin Shaklee sekitar tahun 2016, akhirnya jari jemari saya kembali sihat. Melihat sendiri mereka yang sedang membina bisnes Shaklee sebagai lifestyle, tanpa teragak-agak saya pun mulakan juga hanya dengan langkah seterusnya.
Berkongsi di Media Sosial
Ada bisnes yang perlukan modal besar untuk beli stok barang, sewa gudang dan kos operasi lain. Tapi bissnes Shaklee hanya perlukan modal kerajinan untuk berkongsi di media sosial atau website sendiri.
Awal dulu saya hanya gunakan Facebook peribadi sebagai “kedai online”.
Perkongsian yang konsisten setiap hari agar mereka yang ada masalah sama dapat penyelesaian seperti yang saya rasa. Bantu orang dan sentiasa beri manfaat, itu yang pertama. Yang kedua dan seterusnya seperti team yang berkembang, bonus yang besar dan kehidupan yang lebih baik akan menyusul. Percayalah!
Ramai yang salah faham bila beranggapan bisnes Shaklee akan beri pulangan besar tanpa perlu buat apa-apa. Walaupun tak perlukan modal besar, ia bukan bermakna boleh goyang kaki.
Tak kurang juga yang ambil kesempatan sebab bisnes tanpa modal, jadi kalau tak berkongsi pun takkan rugi. Mentaliti beginilah yang akan buat kita kecundang sebelum bermula.
Kalau baru nak bermula, aktifkanlah diri di media sosial. Tak perlu buat iklan berbayar, memadai dengan konsisten berkongsi. Kemudian baru lah saya upgrade dengan tambah:
- Facebook page TBS Wellness
- Facebook page Sihatnya Ibu
Sebagai tambahan cawangan “kedai online”.
Bina Kumpulan Perniagaan Sendiri
Bermula dengan seorang diri, saya kongsikan juga peluang untuk bina bisnes tanpa modal begini di Facebook. Bisnes ni sudah bantu ringankan beban ekonomi (saya buat pinjaman peribadi sewaktu kerja kerajaan), jadi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi agar ia akan bantu lebih ramai kawan-kawan untuk tambah pendapatan.
Daripada seorang diri, hari ini kumpulan yang saya mulakan iaitu TBS Wellness sudah ada lebih 100 ahli yang berdaftar dan aktif membina kumpulan masing-masing. Dari pelbagai latar belakang pekerjaan dan tak kurang juga surirumah yang nak memperkasakan ekonomi.
Impak Covid-19 terhadap ekonomi keluarga
Orang ramai diminta berada di rumah kerana Perintah Kawalan pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyebabkan tidak ada pembeli dan semua kedai terpaksa ditutup. Sektor ekonomi lumpuh kerana tidak ada pegerakan.
Kedai dengan nama besar seperti Robinson juga akhirnya dilaporkan akan menutup tirai. Begitu terkesan wabak ini pada kita semua dan seluruh dunia.
Banyak pekerja dibuang kerja dan para peniaga terpaksa menutup kedai sejak wabak Covid-19 melanda dunia. Segah hotel mewah di ibu kota juga ada yang terpaksa menghentikan operasi.
Mujurlah bisnes yang dijalankan oleh TBS Wellness berada dalam industri kesihatan. Allah beri rezeki yang tidak terjangka melalui wabak ini. Ia beri peluang besar kepada seluruh team untuk sebarkan manfaat kepada orang ramai tentang pentingnya amalkan vitamin.
Melalui wabak ini juga lebih ramai yang cakna dan sedar akan kepentingan vitamin. Disebabkan ia sentiasa jadi keperluan sepanjang masa, permintaan meningkat sehingga 600% dan jumlah jualan keseluruh team meningkat dengan mendadak.
Ini membuktikan yang kesihatan badan tetap yang utama walaupun dalam keadaan ekonomin yang terdesak. Banyak mana pun harta, tanpa kesihatan ia tak akan beri makna pada kehidupan.
Mula Bisnes Tanpa Modal Hari Ini
1. Daftar di sini
2. Whatsapp Nina Salleh untuk dimasukkan ke dalam group support di Telegram dan Facebook serta akses kepada kelas-kelas online.
Banyak lagi peluang yang Shaklee tawarkan. Jom saya bantu untuk bisnes tanpa modal.
2 thoughts