Cara detox badan untuk lebih sihat ialah dengan melalukan aktiviti yang berpeluh dan juga melalui pemakanan.
Kenapa perlu detox badan
Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin.
Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, proses detoksifikasi secara berkala adalah penting untuk kesihatan.
Sumber toksin yang merosakkan sistem badan
Antara masalah paling besar adalah tubuh badan kita sudah dipenuhi dengan toksin sehinggakan tidak tertampung oleh sistem tubuh. Makanan yang dimakan setiap hari penuh dengan pengawet, perasa, gula, makanan segera yang akhirnya membebankan sistem tubuh.
- Udara yang tercemar dari asap rokok, pembakaran terbuka dan jerebu
- Air yg tercemar
- Proses dalam badan serta radikal bebas
- Sumber makanan yang tidak sihat seperti minyak yang digunapakai serta penambah rasa
- Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok
Organ penting untuk detox badan
Ada beberapa organ dalam badan yang melalukan pembuangan toksin iaitu:
- Hati
- Buah pinggang untuk pembuangan air kencing
- Usus untuk pembuangan air besar
- Paru-paru melalui pernafasan
- Kulit melalui peluh
Kalau salah satu daripada organ ini tidak berfungsi dengan baik, maka kesihatan badan akan terjejas. Sebagai contoh, sepatutnya setiap hari kita perlu membuang air besar. Namun kita hanya membuang sekali sahaja setiap dua hingga tiga hari. Ia memberi kesan buruk kepada tubuh badan jika dibiarkan tanpa apa-apa rawatan.
Manfaat detoksifikasi untuk tubuh badan
- Usus lebih sihat
- Meningkatkan tenaga
- Mengawal nafsu makan
- Kulit lebih cantik
- Menguatkan sistem ketahanan badan
- Tidur lebih lena dan berkualiti
Penyumbang kepada toksin dalam tubuh badan
Ada beberapa perkara yang boleh menyumbang kepada peningkatan toksin di dalam badan. Boleh semak dan ubah mana yang mampu agar ianya dapat dikurangkan.
1) Tinggal di tempat yang udaranya tercemar
2) Merokok/tinggal dengan orang yang merokok/kerap menghidu asap rokok
3) Bersenam kurang dari 3kali seminggu
4) Tidur kurang 6 jam sehari
5) Selalu mengalami tidur terganggu
6) Suka makan fast food, dan makanan yang diproses (daging burger, hotdog, daging cincang dan banyak lagi)
7) Tak makan banyak tapi berat badan tetap naik
8) Selalu mengidam makanan manis
9) Ambil alkohol
10) Hidup dalam keadaan tertekan
11) Ada masalah sembelit
12) Rasa perut berangin dan makanan tak hadam
13) Nafas berbau
14) Badan berbau
15) Selalu letih dan kurang bertenaga
16) Selalu terasa hati dan moody tak tentu pasal
17) Kulit kering dan kusam
18) Lebih banyak allergik makanan
19) Selalu sakit kepala dan diserang migraine
20) Selalu susah nak beri tumpuan dan cepat lupa
Sekiranya terdapat 5 atau lebih tanda di atas, mulakanlah detox badan dengan konsisten.
10 Sumber Semulajadi yang boleh digunakan untuk proses detox badan
Proses detoksifikasi boleh juga dilakukan dengan menggunakan sumber semulajadi seperti di bawah. Namun caranya lebih rumit serta memerlukan kerajinan yang berterusan untuk mengupas, menjadikan air rebusan dan sejukkan sebelum dimakan atau minum.
- Daun Senna – sebagai julap semula jadi untuk kesihatan usus.
- Daun pudina– meredakan ketidakselesaan perut dan usus, penghadaman,merangsang penghasilan saliva dan jus penghadaman.
- Polifenol– terdapat dalam buahan dan sayuran, sumber antioksida dan anti radang yang bermanfaat mengurangkn risiko masalah jantung , penuaan dan kencing manis serta baik untuk baikpulih sel.
- Alfalfa – mengandungi 300 jenis nutrien untuk membantu menormalkan pH , detoks darah ,anti radang, dan menyokong sistem penghadaman.
- Arthicoke – tinggi kandungan asid folik, vitamin c dan vitamin K , ianya merangsang pengeluaran cecair hempedu yang normal.
- Kunyit – anti radang dan anti bakteria, melindungi hati daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas.
- Milk Thistle Extract–melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.
- Cendawan Reishi-membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung.
- Dandelion-merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit.
- Schizandra Chenensis-merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin.
Suplemen untuk proses detoksifikasi
Selain dari menggunakan bahan semulajadi, cara yang lebih mudah dan dapat menjamin konsistensi ialah dengan mengamalkan set detox Shaklee. Ia juga diformulasi dari bahan semulajadi namun dengan cara pengambilan yang lebih mudah.
-
Alfalfa Complex
Alfalfa ialah sejenis tumbuhan yg sgt kaya dgn pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan atau sayur-sayuran lain dan merupakan salah satu produk yang sangat penting untuk memastikan proses detox berjalan lancar.
Pengambilan 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yg sama dgn segelas susu. Alfalfa mampu mencantikkan kulit dan mengembalikan kesihatan kepada badan yang berasid. Ia menghilangkan toksin dalam badan dengan membersihkan hati, usus serta darah.
2. Peppermint Ginger
Terdapat 4 herba di dalam peppermint ginger plus iaitu pudina, halia, adas dan cekur manis (anise) yang digunakan secara tradisional untuk membantu proses penghadaman serta melegakan kembung perut.
Peppermint ginger plus sangat-sangat membantu untuk mengatasi alahan waktu mengandung, masalah pedih ulu hati serta loya dan mual-mual.
3. Herblax
Disebabkan semua makanan yang memasuki mulut akan melalui usus, maka amat penting untuk memastikan usus sentiasa melalui proses detoksifikasi. Untuk mengelakkan usus daripada berkeladak dengan toksin, amalkan untuk mengambil Herblax bagi kelancaran proses perkumuhan semulajadi dalam tubuh badan.
4. DTX Complex
DTX complex ialah suplemen yang berkesan untuk menjaga fungsi hati. Hati boleh dianggap sebagai industri pemprosesan dalam tubuh manusia.
Kajian terhadap herba dalam DTX complex iaitu milk thistle, dandelion dan kunyit mampu menyokong keupayaan badan untuk menghasilkan protein bagi menjana semula sel-sel hati.
Detoksifikasi perlu dilakukan secara berterusan supaya kesihatan dalaman badan sentiasa terjaga. Bagaimana setiap hari kita makan, begitulah kita perlu detox badan .
5. Vivix
Ada 4 tumbuhan utama dalam Vivix yang sangat kaya dengan polifenol iaitu:
- Anggur muscadine
- Purple carrot
- Polygonum cuspidatum
- Japanese Elderberry
Polifenol sangat berkesan dalam pembuangan toksin yang terhasil akibat radikal bebas dalam badan. Radikal bebas bukan sahaja menambah toksin, lebih teruk kerana ia boleh menyebabkan serangan terhadap sistem tubuh termasuk merosakkan sel dan menyebabkan kanser. Amalkan detoksifikasi dengan polifenol dari Vivix hanya 1 sudu kecil setiap hari untuk fungsi badan yang baik.
Set Detox Shaklee untuk Buang Toksin dengan Berkesan
Daftar sebagai ahli (percuma) dengan pembelian set detox Shaklee dan penjimatan berganda-ganda di sini.
One thought