Menu

Cara menurunkan berat badan dengan berkesan

Ini kisah sahabat baik saya sendiri yang berjaya turunkan berat badan hampir 10 kilogram dalam masa 3 bulan.

Waktu mula-mula terima Whatsapp dari beliau untuk minta bantuan dalam proses turunkan berat badan, memang lah saya tak percaya langsung. Saya tanya, “Nak kurus macam mana lagi? Nanti terbang dibawa angin”.

Tahun 2001 gambar sahabat saya yang ini dalam bulatan biru

Bayangkan saya kenal beliau sejak di Tingkatan 1 tahun 2001 sebagai seorang yang tinggi dan kurus, waktu tu tinggi saya tak lepas paras bahu beliau pun. Agaknya waktu tu kalau angin kencang beliau boleh jatuh atau terbang dibawa angin. Tak dapat bayangkan bagaimana gemuk beliau sehinggalah diberikan gambar terbaru kepada saya.

Berat berlebihan selepas melahirkan anak

Disebabkan masing-masing sudah berkahwin dan sibuk menguruskan kehidupan berumahtangga, kami memang jarang berjumpa. Dalam 10 tahun, ada sekali itupun waktu hadir majlis perkahwinan beliau.

Ceritanya, berat badan semakin bertambah mengikut pertambahan umur bermula selepas melahirkan anak ketiga melalui pembedahan. Baju-baju lama sudah tidak muat dan terpaksa beli size L-XL sahaja.

Dari seorang yang kurus, berat mencecah 80kilogram awal tahun 2021

Melihat sendiri perubahan beliau, memang ternganga mulut saya, hampir-hampir dimasuki lalat ahaha. Namun hakikatnya laut pun berubah inikan pula berat badan lagi-lagi selepas melahirkan anak. Kalau tidak dikawal dan dibendung dari awal, boleh menyebabkan risiko penyakit lain pula akibat obesiti.

5 Cara Untuk Turunkan Berat Badan dengan Berkesan

Ini 5 perkara yang beliau buat dengan konsisten sejak bulan Jun 2021 dalam usaha menurunkan berat badan;

1. Tekad untuk turunkan berat badan

Banyak baju yang sudah tidak boleh dipakai, nak naik turun tangga di sekolah untuk mengajar pun rasa mengah apatah lagi untuk buat aktiviti lain, pertambahan berat badan benar-benar merubah hidup beliau.

Kalau dulu beliau sangat aktif, kini beliau lebih selesa makan, tidur atau menonton TV sahaja di rumah dan ulang lagi sudah seperti ular sawa yang selepas kekenyangan meratah seekor badak sumbu.

Akhirnya beliau tekad untuk turunkan kembali berat badan demi kesihatan yang lebih baik. Juga demi pakai kembali baju-baju lama di dalam almari. Hihi. Nak turunkan berat badan harus ada tekad dan azam yang tinggi. Tanpa tekad, ia hanya akan jadi mimpi di siang hari.

2. Kawal kalori makanan

Beliau sangat mengawal kalori yang diambil setiap hari dan hanya memakan nasi suku-suku separuh satu kali setiap hari.

Kalori ialah jumlah tenaga yang terdapat dalam sesuatu makanan. Sekiranya ia tidak digunakan, maka badan akan menukarkan kalori tersebut menjadi lemak yang terkumpul. Hasilnya berat badan akan bertambah setiap kali kita menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Kalori dalam sepinggan nasi kandar dengan lauk daging serta ayam

Untuk mengurangkan berat badan, jumlah kalori perlu diturunkan dengan mengurangkan pengambilan makanan dan juga melakukan senaman. Namun, perlu diingat bahawa keperluan kalori untuk setiap individu adalah berbeza mengikut umur, jantina serta gaya hidup. Boleh buat semakan jumlah kalori dalam makanan di sini.

3. Ganti pengambilan karbohidrat dengan protein

Beliau mengambil nasi (karbohidrat) sebagai menu utama sekali sehari, iaitu pada waktu makan tengahari.

Waktu pagi dan malam beliau mengambil sumber protein daripada soya organik seperti ESP dan Cinch Shake Shaklee. Pengambilan protein akan meningkatkan penggunaan tenaga untuk proses pencernaan berbanding untuk mencerna karbohidrat. Jadi, lebih banyaklah kalori yang akan dibakar.

Minum protein dari soya organik waktu pagi dan malam untuk memberikan rasa kenyang lebih lama

Protein juga memberikan kesan kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat. Minum waktu pagi, kadang-kadang pukul 3 petang pun perut masih steady tak berbunyi.

4. Melakukan senaman untuk kempiskan perut

Cara untuk bakar kalori di rumah sahaja

Selain kawal makan dan menggantikan karbohidrat dengan protein, beliau juga melakukan senaman untuk membakar kalori dan kempiskan perut.

Ini bagi mengelakkan kalori yang tidak digunakan daripada ditukarkan menjadi lemak dalam badan. Bukan sahaja berat bertambah, malah risiko serangan jantung juga boleh meningkat. Bayangkan selepas makan nasi beriyani, badan terus rasa mengantuk dan tak bakar kalori. Betapa seram memikirkan lemak terkumpul.

Jadi, bersenam lah secara berkala dan buat lah kerja-kerja rumah jika tidak berkesempatan untuk mengikuti seisi bersama jurulatih di gym.

5. Mengamalkan suplemen kurus paling berkesan

Suplemen yang diamalkan setiap hari ialah omega-3 untuk membantu pembuangan lemak serta daun senna dalam Herblax sebagai agen untuk membuang toksin daripada tubuh badan. Pengumpulan toksin dari makanan, persekitaran termasuk asap rokok yang dalam badan akan menyebabkan kesukaran untuk menurunkan berat.

Selain berat susah turun, ini juga tanda badan banyak toksin

Hasilnya setelah konsisten dengan 5 perkara di atas, beliau kini mencapai berat ideal dan sudah boleh pakai kembali baju-baju lama. Hampir 10kilogram berat turun dalam masa 3 bulan ialah satu pencapaian yang besar. Namun perlu dibuat dengan bersungguh-sungguh dan ada tekad yang tinggi.

Tekad yang membuahkan hasil
Baju pun sudah longgar dan badan terasa lebih sihat

Nak turunkan berat badan dengan berkesan boleh ikut cara-cara seperti yang sahabat saya lakukan. Dapatkan suplemen paling berkesan untuk turunkan berat berserta bimbingan dari saya dan meal plan di sini.

Order vitamin cadangan untuk turunkan berat badan pada harga ahli di sini 

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: