Menu

Cara Buat Nona Manis Kuih Pemanis Mulut

Sebelum masuk bulan puasa, konon nak siapkan satu hari satu resepi. Ini dah 4 Ramadan saya baru nak kongsikan resepi pertama iaitu cara buat kuih nona manis. Kuih ni untuk mereka yang di Malaysia memang mudah nak beli.

Tapi di negara luar seperti Singapore, Brunei dan United Kingdom yang baca blog saya tu, lepas tengok cara buat kuih nona manis ni insyaAllah boleh buat sendiri kat rumah. Hehe

cara buat nona manis
Fatima pun berair mulut terliur

Sebelum ni, setiap kali tengok nona manis saya akan rasa kagum, teruja dan betul-betul tabik spring pada orang yang buat kuih ni. Lepas tu saya akan beli tak kiralah dari kedai yang biasa beli atau tak, punya lah gemar sangat dengan kuih nona manis ni ha.

Cara Buat Kuih Nona Manis

Kuih ni ada 2 bahagian, hijau dan putih. Bila tengok kuih Nona Manis yang jadi hijau tak bersatu dengan putih, memang saya tahu nak buat kuih ni perlu pembuatan yang teliti. Sejujurnya saya ni kalau makanan asalkan siap dan sedap je, rupa tu saya tak pandang sangat.

kukus kuih nona manis

Disebabkan ni kuih kegemaran saya, hari tu saya cuba lah buat sendiri. Anak-anak pun suka sangat sangat. Untuk yang belum pernah cuba, kuih nona manis ni ada rasa lemak, berkrim dan ada manis sikit. Sangat sedap bila rasa lemak dan berkrim bergabung dengan manis tu, kalau makan sebiji memang tak cukup. Kena berbiji-biji tapi jangan sampai koma gula pulak tau.

Bahan-bahan untuk Kuih Nona Manis

Bahan-bahan untuk buat kuih nona manis ni tak lah banyak sangat, tak rumit pun cuma agak renyah hahah. Amboi makan sedap, kalau malas tu, haaa sila bawak bertaubat.

Maafkan lah rupa tanpa seni hahah

Disebabkan kuih nona manis ni ada bahagian putih dan hijau, maka bahan-bahan pun perlu diasingkan dua bahagian iaitu:

1.Bahagian Hijau

Dalam periuk:

Bahagian hijau
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1/4 cawan gula
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna hijau
  • 1 biji telur

Bahan yang dikisar dengan blender pula ialah atau boleh juga whisk dengan perlahan:

  • 1 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan santan
  • 1/2 Cawan gula

2.Bahagian putih

Bahan-bahan untuk bahagian putih ialah:

kuih nona manis
Bahagian putih
  • 1 Cawan santan
  • 1 Sudu tepung gandum
  • Garam secukup rasa

Cara-cara untuk buat kuih nona manis:

1.Masak setiap campuran bahan hijau dan bahan putih hingga mendidih.

2.Kemudian, aturkan acuan dalam pengukus. Alas dengan sedikit minyak supaya tak melekat.

cara buat nona manis
Alas acuan dengan lapisan minyak

3.Masukkan dulu bahagian hijau, kemudian sedikit bahagian putih.

Cara buat nona manis
Bentuk lebih kurang begini

4.Kukus selama 10 minit. Pengukus yang saya guna ni sesuai untuk isi rumah kecil macam saya, beli di sini.

5.Biarkan sejuk sebelum keluarkan dari acuan supaya adunan tidak rosak macam yang saya buat ni.

kuih nona manis
Jangan terus bukak dari acuan, biarkan sejuk dulu supaya tak pecah gini

Selamat menikmati kuih nona manis buatan sendiri. Walaupun kuih ni sedap dan bila makan boleh buat kita jadi lalai, orang yang memang ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang perlu makan dalam keadaan beringat dan berjaga-jaga. Eh tiber macam ceramah kesihatan.

Yang belum ada penyakit pun jangan berlebihan. Begitulah dalam bulan Ramadan ni semoga ia mendidik hati dan jiwa supaya lebih bersederhana.

Selamat mencuba. Semoga amalan kita diterima oleh-Nya. Ameen.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: