Menu

5 Cara untuk Cegah Demam Denggi

Sebenarnya, cara berkesan untuk cegah demam denggi ada pada rumah kita sendiri.

Sejak saya berkerja di hospital, denggi ialah antara penyakit yang membimbangkan di negara kita. Demam ini disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.

Cara Jangkitan Demam Denggi

Apabila  nyamuk Aedes betina dijangkiti dengan virus denggi kemudiannya menggigit individu lain, dari situlah bermula merebaknya virus denggi.

Virus denggi tidak tersebar melalui sentuhan, wap air seperti Covid-19 atau dari manusia, ia memerlukan nyamuk Aedes sebagai hosnya.

Nyamuk yang bebas virus akan menggigit individu yang dijangkiti dan menyebarkan kepada individu lain

Gejala Demam Denggi

Kebiasaannya gejala denggi akan muncul antara lima hingga enam hari selepas digigit nyamuk Aedes. Gejala yang biasa dialami seperti:

Gejala selepas beberapa hari digigit nyamuk Aedes
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

Namun, gejala yang ditunjukkan akan berbeza mengikut fasa demam denggi iaitu fasa febrile, kritikal dan penyembuhan. Perinkat ini dibezakan berdasarkan keadaan pesakit dan juga ujian darah.

Peringkat Demam Denggi

Fasa berbeza yang dialami oleh pesakit demam denggi

Fasa Febrile

Ini ialah fasa bermulanya gejala demam denggi. Individu yang dijangkiti akan menunjukkan gejala seperti:

  • Demam
  • Ruam yang tidak gatal pada badan
  • Sakit sendi dan seluruh badan

Fasa Kritikal

  • Demam sudah kebah ketika di fasa ini
  • Keputusan ujian darah kuning (platelet) akan mengalami penurunan dan kepekatan (hematocrit) yang meningkat
  • Mungkin mengalami sakit perut, muntah dan cirit birit
  • Pendarahan di mana-mana seperti gusi atau dari hidung dan mulut
Antara bacaan yang penting pada fasa kritikal ialah tahap hematocrit dan platelet

Fasa penyembuhan

Ini ialah fasa terakhir demam denggi di mana seluruh badan akan berkerjasama untuk kembali kepada keadaan biasa.

Di fasa ini, keputusan ujian darah kebanyakannya akan kembali normal, fungsi badan akan mengalami pemulihan dan selera makan akan kembali seperti biasa.

Cara Untuk Mengenalpasti Jangkitan Demam Denggi

Hanya ujian darah yang akan menentukan sama ada terdapat jangkitan virus denggi atau sebaliknya.

Mengikut kebiasaan ketika saya masih berkhidmat di jabatan kecemasan hospital kerajaan, pesakit yang datang ke hospital dengan gejala demam tiga hari dan ke atas perlu menjalani ujian darah.

Hanya ujian darah akan mengesahkan jangkitan denggi

Sebolehnya, jika diri sendiri atau anak-anak demam melebihi 3 hari, saya akan bawa ke hospital atau klinik kesihatam untuk melakukan ujian darah bagi saringan denggi.

Mengikut statistik, demam denggi ialah penyakit yang sudah membunuh hampir 200 orang pada tahun 2019 hingga 2020 dan angka ini adalah amat menakutkan.

Kes denggi yang tidak pernah berkesudahan

5 Cara untuk Mencegah Demam Denggi

Denggi ialah penyakit yang tidak ada ubat dan belum ada vaksin yang boleh mencegah dari dijangkiti penyakit ini. Mahu atau tidak, langkah pencegahan adalah yang terbaik untuk mengawal denggi dari terus merebak.

Nyamuk Aedes ialah pembawa virus denggi. Jadi cara pencegahannya ialah dengan mengurangkan pembiakan dan menghapuskan nyamuk tersebut.

1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

Nyamuk Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung. Cegah nyamuk Aedes  dari terus membiak dengan melalakukan langkah ini:

  • Membuang bekas yang boleh menakung air
  • Tangki air dan bekas tadahan hujan ditutup
  • Pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • Saliran atap sentiasa mengalir dzan tidak bertakung
  • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan pembiakan jentik-jentik

2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

Nyamuk Aedes sangat banyak pada waktu senja. Buat semburan aerosol pada waktu tersebut untuk menghapuskan nyamuk dewasa.

3. Lindungi diri daripada gigitan nyamuk

  • Gunakan lotion penghalang nyamuk

Teringat waktu di asrama, mosquito repellent adalah antara yang wajib beli sebelum masuk ke asrama. Bau serai wangi dan sapuan seperti lotion mampu mengelakkan dari gigitan nyamuk.

  • Memasang ubat nyamuk
Lingkaran ubat nyamuk

Ubat nyamuk elektrik atau yang manual mana-mana akan beri kesan dan mengelakkan daroi gigitan nyamuk. Yang penting pastikan ia dipasang setiap waktu.

  • Elakkan pakaian berwarna gelap

Pemakaian pakaian berwarna cerah mampu mengurangkan risiko daripada digigit nyamuk. Pakai baju lengan panjang serta seluar panjang untuk mengelakkan gigitan nyamuk pada badan.

4. Tutup pintu dan tingkap rumah

Terutamanya waktu senja di mana nyamuk sangat banyak. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup bagi mengelakkan kemasukan nyamuk ke dalam rumah.

5. Gunakan pembasmi jentik-jentik

Bubuh abate iaitu pembasmi jentik-jentik ke dalam bekas takungan air bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

 

Vitamin Shaklee Yang Boleh Membantu Badan Melawan Jangkitan Virus

1.Performance Drink

Minuman isotonik yang rendah gula serta boleh memberikan tenaga, dan kekalkan bendalir dalam badan. Ia lengkap dengan 6 jenis elektrolit yang badan perlukan.

Terdapat perisa lemon lime dan juga oren

Performance Drink dapat menggantikan kehilangan air dalam badan yang sangat kritikal sewaktu demam denggi.

2.Vitamin C

Vitamin C tidak ada keraguan lagi yang bertindak untuk meningkatkan ketahanan badan melawan jangkitan kuman. Amalkan vitamin C sepanjang hayat untuk kualiti kesihatan yang lebih baik.

Vitamin C Shaklee dengan sistem pelepasan berperingkat

3.Nutriferon sebagai penggalak imun sistem

Nutriferon ialah produk yang dihasilkan daripada 4 bahan semulajadi yang sudah dikaji oleh pakar dalam bidang imunologi di Jepun, yang mana bahan ini terbukti dapat mengaktifkan tentera dalam badan untuk melawan jangkitan.

Bahan utamanya terdiri daripada:

  • Bunga Japanese Honeysuckle
  • Safflower
  • Biji plantago
  • Biji labu
Kajian selama 40 tahun sebelum menemui bahan terbaik
Pengambilan Nutriferon dapat meningkatkan ketahanan badan

Untuk pastikan badan sentiasa bersedia melawan jangkitan, amalkan satu hari satu sachet Nutriferon.

set kuatkan badan shaklee
Kuatkan ketahanan badan dengan set defence trio

Sama-sama pastikan keadaan rumah yang selesa tanpa nyamuk, bebas dari pembiakan nyamuk Aedes dan diri sendiri juga terjaga daripada gigitan nyamuk dengan melakukan langkah-langkah pencegahan di atas.

Tekan link untuk hubungi Nina Salleh Pengedar Shaklee bagi dapatkan vitamin kuatkan ketahanan badan hari ini.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: